Kongsi Resepi

Saturday 14 April 2012

Titanic Part 3 - 100tahun Kemudian

PART 3

Penemuan sulung bangkai kapal Titanic pada tahun 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadiklan kekal terkenal sehingga kini. 


100 tahun kemudian....

Sebuah kapal persiaran mewah, MS Balmoral

Sebuah kapal persiaran mewah, MS Balmoral dengan jumlah penumpang yang sama memulakan pelayaran pada 10 April 2012. Kapal itu belayar dengan mengikut laluan yang sama dari pelabuhan di Southampton. Ia membawa 1,309 penumpang. Kapal tersebut turut menuju ke lokasi Titanic tenggelam pada 15 April 1912 di Lautan Atlantik. Titanic karam semasa pelayaran sulung menuju ke New York, Amerika Syarikat.


Pelayaran selama 12malam itu adalah sempena memperingati ulang tahun ke-100 tragedi kapal tersebut. Pada masa yang sama, pihak penganjur juga menghidupkan semula pengalaman di atas kapal tersebut seperti sajian makanan yang sama sehingga kepada persembahan muzik secara langsung pada zaman itu. Menurut pihak penganjur, penumpang dari 28 buah negara yang menempah pelayaran itu. Sebahagian penumpang merupakan saudara-mara penumpang kapal tersebut. Tiket-tiket berharga AS$4,445 (Rm13,595) sehingga AS$9,520 (RM29,117) ditawarkan kepada penumpang.

Wooowww!


Antara penumpang lain turut serta ialah para penulis dan ahli sejarah termasuk seorang pakar sejarah Titanic, Philip Littlejohn, seorang cucu mangsa yang terselamat. Sebahagian penumoang turut memakai pakaian pada zaman awal tahun 1900 semasa mereka menaiki kapal berkenaan. Pengajur pelayaran itu, Miles Morgan menyatakan ia merupakan pelayaran yang istimewa terutamanya untuk para saudara penumpang yang meninggal dunia. Kapal itu akan berlabuh di Cherbourg di Perancis dan Ireland seperti yang dilakukan Titanic.





Selain daripada itu, pada tahun ini juga, sempena memperingati ulang tahun ke-100 tragedi karamnya kapal Titanic, pengarah terkenal, James Cameron akan melancarkan semula filem Titanic buat kali pertama dalam bentuk 3D bermula 5April 2012. Selepas ditayangkan pada 1997, filem ini telah menjadi salah satu filem paling berjaya dalam sejarah perfileman dunia yang mengaut kutipan sebanyak USD1.8 billion selain memenangi pelbagai anugerah.

Titanic akan kembali berlayar di semua cinema seluruh dunia. Mungkin ada yang diantara korang dah tengok Titanic berulang-ulang kali kan, so, apa kata kita tengok lagi sekali dalam versi 3D. Walaupun tengok berulang kali, babak menangis mesti ada. Hehe.. Dulu tengok Titanic ni kat dalam CD je, tak mampu/tak kenal erti panggung wayang masa tu, masa ni lah nak menonton dalam cinema. Walaupun 15tahun dah berlalu, tapi penangan jalan cerita dia tak pernah lupa.

Poster TITANIC, 1997

Titanic yang dibintangi Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio adalah filem kedua terlaris tertinggi sepanjang masa. Masa ni lah Leonardo DiCaprio femes! Apa saja movie yang keluar kat panggung, wajib tengok walaupun jalan cerita dia BORING. Hahaha.

-------------------------------------------------------------------------
Jum ke:
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4Part 5 | Part 6 |
Korban Selamat Terakhir Titanic  
--------------------

No comments: