Kongsi Resepi

Saturday 28 June 2014

Farewell Dan Makan Tengahari

Projek kat PNB dah close deal, so, team kitorang kena balik ke HQ. Sebelum sume kene transfer ke projek lain termasuk aku yang akan resign, bos ajak pergi lunch sebelum nak puasa ni.

Lastday sebelum balik HQ
So, bos decide nak makan kat Kenny Rogers, Aeon AU2. Team kitorang 14 orang je umpama reunion.
Kejap je dah setahun setengah dengan dorang. Masa kat PNB dulu, macam-macam aku belajar. Sampaikan kerja hari weekend lah.

Kitorang ada 5perempuan dan selebihnya lelaki. So nak cuci mata, harapanlah! Sebab sumenye bapak2 orang, bak kata Kak Hai, nak jadi no.1 takde, yang ada no.2,3 dengan 4 je tinggal. Hihihihi

 

Tu dulu, skang tinggal 3 perempuan dan 7 lelaki. Kalau aku sorang je, then dak laki yang lain nak kluar gi minum/breakfeast, aku ikot!! Tak berani aku tinggal sorang2. Sebab tempat kitorang duduk ni, bangunan ni dah kosong dalam setahun lebih. Yang had ramai orang, bangunan lagi 1.

Aku menghitung hari last day kat sini. Skang ni dalam 2 minggu, duk pergi balik kerja, sampai ofis, surf internet je. Yang kena block, mediasocial, nasibbaik blogspot dorang tak blok.

  
Farewell sebelum dorang pergi projek lain. Ada yang nak resign -- aku lah tu. Hihi 





Friday 27 June 2014

Review E-Day - Mini Pelamin

Tak sangka pulak, team mini pelamin ni area umah aku je. Selama deal ngan kak mira ni, aku tak pernah tanya dia duk mana, yang aku ingat, dia duk area Lembah Klang/Jln Klang Lama..

Bila dorang datang nak pasang mini pelamin malam Jumaat tu, baru kenal salah sorang bakal adik ipar dia, rupanya dorang duk area taman berdekatan. Hihi.. 



Tetiap hari aku duk survey mini pelamin kat group FB. Tanya tarikh, compare harga dengan barang yang dorang bagi, tuptup aku amik Little Lily Creation a.k.a kak Mira. Aku siap bagi ukuran tempat nak letak mini pelamin tu berapa kaki lebar, muat ke tak, tinggi boleh adjust ke tak backdrop tu, ada setengah team mini pelamin, fix tau backdrop tu, tak boleh adjust. Terima kasih lah sebab layan kerenah aku yang cerewet ni. 



Ikotkan, Chandelier Stand (Lampu Stand) tu aku tak dapat, walaupun dalam gambar yang dia bagi, ada benda tu, sebab katanya lampu tu pecah. Agak frust lah, tapi kite deal cara baik, request dengan benda lain, nak dijadikan rezeki, malam Khamis tu, kak Mira mesej, tanya nak tak Chandelier Stand tu sebab dia dah dapat yang baru, ofcosss lah naakk kann.. Alhamdulillah, rezeki. Dapat juga design yang nak sebelum ni. Aku pun tak expect yang tema mini pelamin warna purple. Sebelum ni, tak terfikirkan warna ape, sebab aku ni kadang2 berubah2 keputusan. Tu yang seriyau sikit.


  

Sarung cincin pun belum, tapi dah dok bergosip dengan fMIL. hehe

Kenapa aku amik MUA lain, mini pelamin lain? Sebabnya adalah BAJET. Tak semestinya yang mahal tu nampak lawa. Pandai-pandailah kite deal dengan vendor. Aku nak simple tapi naik seri mini pelamin tu. Alhamdulillah, puas hati sangat-sangat. Bagi aku, puas hati. Tapi tulah, lain orang lain cara. Mama suh booking dorang untuk majlis Khatam Quran hujung tahun ni.

Thursday 26 June 2014

Review E-Day -- MUA

Kalau ikot bajet, memang aku nak minta tolong dengan sorang kawan ni.
Dah booking since awal bulan 5 lagi..
Nak jadikan cerita, 2minggu lepas tu, mama ajak gi butik kawan dia -- k.Ina..
Ingat nak sewa veil ngan accessories nak padan kan dengan baju bertunang nanti.
Kalau ikutkan, jangankan mama, dengan kak Ina pun macam jem sebab dorang x expect baju tunang macam tu...

Yelah, macam aku bagitau, kalau ikot bajet tuan punya badan, kite tau lah macam mana kan.
Sebab baju tu tak touch-up lagi. Nasib baik ada veil yang padan dengan baju tu. Pasal baju nanti aku review next entry! Hihi...

Bila veil dengan accessories dah booking, kak Ina promote mini pelamin dengan make-up, da booking belum. Bukan tak nak amik dengan k.Ina, tapi ongkos nya enggak cukup. Mini pelamin aku amik seminggu sebelum majlis. Sebabnyaa... tunggu next entry!

So, bila aku cakap yang make-up aku minta tolong kawan, pergh, mama punya bising, boleh down tau.
Rasa nak keluar je dari butik. Bila aku cakap, duit tak cukup, terus dia bagi bayarkan. Dah orang bayarkan, kite amik lah. Hahahaha..

So, aku amik make-up, veil dengan accessories -- berbaloi lah harga untuk area KL. Ada yang aku servey, harga yang aku dapat dari K.Ina ni, hanya dapat make-up je. T.T


So, kak Ina datang dan make-up kan pukul 11.30pagi, sebab pagi tu ada kenduri doa selamat.
Aku cuak juga, takut muka jadi lain ke, putih melepak sangat ke...
Elok siap sume 20minit sebelum pihak lelaki sampai. Masa tu baru rasa nerves.

Aku nak tengok kat cermin output dia pun aku takut. Tapi kak Ina speechless bila tengok hasil tangan dia sendiri. Mama lagi la, bila dia masuk bilik nak tengok da siap ke belum, tersengeh2.. Hahaha..

Aku recommend kan sape-sape yang area Lembah Klang, korang gi kat facebook.

Baju pengantin dia up-to-date. Berbaloi dengan bayaran korang tu.



Wednesday 25 June 2014

Review E-Day -- Persiapan

Salam korang..
Lagi beberapa hari je nak puasaaaa. Kejap tul masa berjalan.
Dan juga lagi 6bulan nak tukar status Puan. hihi

Alhamdulillah, tanggal 7Jun2014, selamat menjadi tunang kepada ex-boyfriend -- kan da tukar status engagement.

Segala persiapan, parents yang sediakan. Aku hanya prepare untuk barang hantaran, baju dan persiapan diri. Terimakasih atas rezeki yang tak putus2. Jiran2 ada sedekahkan barang-barang mentah, sedara ada yang hadiahkan makanan untuk hantaran.

Mini pelamin dipasang malam Jumaat.
Survey bunga kat Floristika Bangsar

Pagi Sabtu, maksedara tengah deco pulut kuning untuk bagi pihak lelaki.

Ada juga yang tanya berapa total cost untuk majlis bertunang. Lain org lain bajet nye. Untuk bertunang, kitorg hanya bagi makanan termasuk 1 dulang baju melayu dan kain pasang untuk nikah nanti. Dari secara kasar, dari aku sendiri -- total RM1.5k termasuk persiapan hantaran(kek, buah, coklat etc) termasuk bahan2 nak deco hantaran, baju, accs, mekap mak andam dan mini pelamin.

Botol besar tu, mama yang belikan.

Untuk makanan dan goodybag -- 100% dari parents sendiri termasuk sewa khemah dan kerusi. Terimakasih mama dan ayah. Orang kate better amik catering senang, tapi ikot pndapat masing2. Kitorg buat gotong royong. Terimakasih juga kat ank sedara mama yang sponser tempat letak lauk -- tray catering yang macam kat kenduri kawen tu.

Mama sponser -- air mineral, kurma, kuih,cupcake redvelvet, wajik.


Kuih dari jiran dan sedara.
Khemah -- ayah sponser.
Preparation buat dalam masa sebulan. Balik keje, kemas umah sikit sikit, cat umah, packing goody bag sikitsikit. Macam tak percaya lagi 6bulan jee nak kawin. Aku start nerves pukul 8pagi hari yang sama masa tengok dorang siapkan sirih junjung.  Then bila pihak laki call kate lagi 5minit nak sampai, sume klang kabut lagilagi bila dengar rombongan dorang masuk rumah. Masa dalam bilik, nak practice macam mana nak duduk atas mini plamin pun tak dan. Hihi. Rasa macam angan-angan je ape yang dah jadi tempoh hari.

Sirih junjung pagipagi dah buat lepas beli bunga hidup kat CM.

Sunday 22 June 2014

Officially : I'm Taken -- Meet my fiance

Salam u'olls..
Rasanya dah lama sangat tak update entry..
Dalam sebulan ni bz nak prepare majlis bertunang tuan tanah ni.

Alhamdulillah,
Finally,Allah permudahkan segala urusan majlis pertunangan tuan tanah ni..
Hanya Dia je yang tahu segala perjalanan nak menempuh kata putus sebelum nak ikat tali pertunangan..

Menyambung kembali penyatuan 2 kluarga, Dia permudahkan segalanya.

Tanggal 7 Jun 2014 -- bersamaan hari Sabtu tepat pukul 2.34ptg, sah menjadi tunang kepada Mohd Ruzainie Reezman. hihi



Tema -- Dusty Pink + Mint Green
 

Hantaran -- 7dulang berbalas 9dulang
Perjanjian -- 6bulan sahaja sebab tengok tarikh dewan yang available. Alhamdullillah, tarikh yang nak tu memang tinggal satu slot je, so grab terus. Tu pun booking bulan 11 tahun lepas.
Mini Pelamin -- Little Lily's Creation
Baju -- pemberian dari Bakal Mak Mertua
Bunga tangan Carla Lily -- DIY sendiri.
Accs dan mekap -- sewa dari K. Ina. Boleh refer kat facebook -- Destinasi Ina Andaman Eina
Khemah dan meja -- sewa dari surau
Scallops dan tray makanan -- sponser dari abg sedara
Makanan -- Nasi putih, kari daging, sayur goreng, telor itik masak lemak, ayam goreng, jering goreng sambal, air sirap sunquicks, mre goreng, nasi goreng, bubur kacang -- gotong royong jiran jiran.
Pulut kuning dan rendang daging -- nenek yang buat dan juga nak bagi kepada pihak lelaki.
Kuih dan Rojak buah -- sponser dari makcik sedara dan jiran.
Cuaca -- Alhamdulillah, tak hujan dan cuasa terang dan panas.

InshaAllah, aku akan buat review 1 per satu! ;)

Status : T A K E N