Kongsi Resepi

Thursday 13 September 2012

Resepi : Brokoli Goreng

Dihari minggu ni, malas rasanya nak keluar. 
Dengan musim hujan sekarang ni disebelah petang, mood nak shopping, hilang. 
Tak pasal-pasal kena tempuh jem kan. 
So,duduk je lah kat rumah ni sambil tunggu Melodi start. 
Rasanya lama tak makan Brokoli. 

Last makan masa kt Ikea, 2minggu lepas. 1cup Brokoli diorder. 
So, arini tercetuslah idea nak masak Brokoli goreng. 
Sayurkan elok untuk kesihatan. 
Jum tengok bahan-bahan dan cara memasak.

#Inilah Brokoli
Bahan-bahan
BAHAN A:
  • 400 gram brokoli
  • 100 gram bunga kubis
  • 100 gram lobak merah
  • 300 gram udang (dibuang kulit) 
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

BAHAN B:
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah

CARA MEMASAK:
  1. Semua sayur dipotong kecil dan dicuci bersih. Kemudian dituskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan udang, lobak merah, garam dan air, kemudian kacau rata.
  4. Masukkan bunga kubis dan brokoli. Kacau rata dan tutupkan kuali.
  5. Apabila saya mendidih, boleh dihidangkan.
TIPS:
Kandungan kalsium dalam brokoli lebih besar berbanding segelas susu. Brokoli juga mengandungi lebih banyak serat berbanding sepotong roti gandum.