Kongsi Resepi

Wednesday 26 December 2012

WW: Waffle Bites


Waffle Bites

Percubaan pertama mesti jadi macam ni kaaaaaaaaaaaaann??


Thursday 20 December 2012

Tarikh Paling rare! 20-12-2012

Kalau sebelum ni 12-12-12.. 
Tapi hari ni 20-12-2012...
Tarikh yang takkan ada lagi da :)

Tahun depan dah tak de dah lagi...
Pejam celik pejam celik, lagi 11 hari nak newyear..
2013..
Cepat betul masa berlalu..
Azam korang tahun ni ada yang tercapai x?
Ke postpone tahun depan?
Heheheh..

Azam aku ada yang tercapai..
Ada yang kena postpone tahun depan.. Huihuihui :D

Tik tok tik tok...
Esok dah 21hb..

Tahun depan meningkat lah usia ini..
Takpe.
Age it just a number kan...
Janji sihat walafiat tu pun da ok :)


p/s: dah tengok kat mainpage google?
Macam kisah Red Riding Hood :)

Wednesday 19 December 2012

WW: Pepper Eggs

Pepper Eggs
Is it weird that I still want to try this? Despite the guaranteed disaster?

Monday 17 December 2012

Tahniah Maria Elena&Asfirdaus!

Selamat Pengantin Baru kepada vlogger femes ames ni..
Maria Elena dan Asfirdaus (abg kepada Fatin Liyana)

Sekarang fenomena dorang kawen!
Semalam, setiap saat aku tunggu official photographer dorang upload gambar wedding dorang!


So, surprise!
Tup tup dah nikah&sanding!
Subhanallah... Cantik bagai pinang dibelah duaa...


Walaupun 2 2 orang ni anak orang kaya...
Tapi persalinan dorang adalah sangat simple n sweet sangat....
Untuk pengetahuan semua, 
Baju nikah yang Maria pakai tu adalah baju kawin lama mak dia punya :)
Bertunang pun dia pakai baju tunang mak dia dulu.. Huhu

Photo: Walaupun mereka gila-gila..sebenarnya mereka adalah couple yang sangat sweet...setuju?
Maria Elena Is Greek Helen & Asfirdaus's Solemnization

Photo by Mukhriz Latif Photography

Combinasi yang lawa.
Berseri seri tengok dorang ni..

Romantiknyaaaa...





Semoga berbahagia hingga ke Jannah!


Selebihnya, ada kat dalam instagram Maria Elena ataupun boleh tengok kat SINI, SINI dan SINI. :)
Sumber semua LINK atas tadi. 

Dan ni memang superb!
Family dan pengantin paling sporting n sweet!


Friday 14 December 2012

Shae - Sayang

Skang ni..
Telinga ni dok terngiang ngiang je lagu ni..
Gara-gara adik aku tu dok replay lagu ni memanjang.

Mula-mula dengar best la..
Lama-lama nanti jemu kot..
Hehehehe..

Shae ni rasanya artis baru..
Ntah, perkembangan artis baru-baru ni aku tak ikut sangat...
So, esok hari sabtu,
Hari ni boleh lah tido lambat layan lagu ni sampai lebam!

Pergi kerja kat radio hari-hari dok putar lagu ni..
Tapi hafalnya, lirik pertama dengan kedua je..
Yang lain, kelaut!

Jum layan...
Bolehlah buat modal nak nyanyi dalam bilik air nanti.
Hohohohohoh


Shae - Sayang
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

*Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

**Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

[Ulang dari awal]
[Ulang * & **]

Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu


‎1/2/34 Hijrah

Kalau kelmarin kite excited dengan 12/12/12
Hari ni plak...
Kite kena lah excited dengan 1/2/34 Hijrah..
Iaitu 1hb Safar Tahun 1434 Hijrah

Asek peka je dengan Kalender biasa..
Kalender Islam pun kena lah alert.
Tarikh yang cantik dan juga jatuh pada hari Jumaat segala penghulu hari.
Subhanallah~

Hanya Dia yang mengetahui segalanyaa..

Annoying Sapa Yang Mesej Aku Guna Short-form

Aku pernah dapat mesej dari kazen aku..
Budak baru abes sekolah..
Tahu tahu je lah ayat pendek budak-budak sekolah ni.

Akum - Assalamualaikum
 Owg - Orang
Aq -  Owg
Ea - Ye -
Lha - Lah 
Pown - Pun
kte/kt (tak tahu yang mane 1) - Kite/Kata 
ODW pun boley! sepatutnya OTW - On The Way 
T - Nanti
Tpon - Telefon
Dan ada banyak lagi short-form yang peningkan kepala

Ahh!!
Stress aku nak mengeja 1-1
Rasanya lagi senang mengeja ABC masa tadika dulu..
Merangkak-rangkak ok nak baca..
Kadang-kadang aku baca macam tak penuh jeee..



Last-last aku reply
- Kau boleh tak taip ayat penuh kat kaklong?!-
AMBIKKKK!

Baru la dapat mesej yang aku faham sefaham-fahamnyaaaa..
Kalau nak taip short-form pun, taip la betul betul.
Jangan lah sampai terbelit belit lidah ni nak menyebutnyaa..

Aku dengar kat Hot Fm pasal isu ni..
Ada pendengar tu sokong short-form ni digunakan masa peperiksaan.
ACIKLUUUU!

Bukan semua short-form sama..
Macam tu, masa di alam pekerjaan, terkial-kial nak mengeja ayat penuh.
Search kat google translate pun bukannya boleh tolong!!


Wednesday 12 December 2012

12-12-12

 

Tarikh yang paling special!!
Tapi kena KEJE!!


Mesti ramai yang nikah tarikh ni kan...
Tak pun ada yang lamar GF ke..
Tak pun ada yang kluar kete baru..
Hehehehe..

 
Next year dah 2013..
Tak de da 13-13-13
KECUALI 11-12-13. Haaaaaaaaaa
Boleh booking tarikh ni... Hehehehe

Kejap je 12 tahun berlalu..
Dulu 01-01-01
Lepas 02-02-02 then blablabla...
Sampailah terjumpa 12-12-12 ni...

Hari ni, Alhamdulillah..
Murah rezeki...
Dan  segala urusan dipermudahkan olehNya..
Terima Kasih Ya Allah..

PROMOSI AKHIR TAHUN!!
Anda baru lepas operation dan masih bergantung pada ubat doktor dan pada masa yang sama anda mahu turunkan berat badan?
Saya boleh bantu dan guide anda..

KLIK DISINI

Tuesday 11 December 2012

SEGMEN CIKMUN : DOMAIN FREE UNTUK BLOGGERS

Hai... 
Lamanya tak join segmen-segmen ni..
Bukan apa, kadang tu jadi complicated bile kau kena like/folo kat semua sosial networking yang kau ada.
Twitter, Instagram, LIke tu Like ni, Folo sane folo sini..
Pastu folo penaja segala jadahnyaa..
Tu yang mood spoil nak join tu..

So, memandangkan mood aku arini ok..
Lagi-lagi ramai wat cuti sendiri, 
So aku nak join -- 

SEGMEN CIKMUN : DOMAIN FREE UNTUK BLOGGERS



Aku tergerak hati nak join segmen ni sebab akan dapat domain free.. 
Sapalah yang baik hati nak bagi tu..
Bukan senang orang nak bagi free kaaaann..

Syarat2?
Semua ada kat link gambar atas ni..
Jum!!!

Cuti Umum Hari Keputeraan Sultan Selangor 2012

Tahu ari ni berapa hari bulan?
11 Disember 2012
Esok 12-12-12..

Arini ada ape?
Rupanya arini cuti umum.
Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor..
Patutlah pun jalan lengang je ke office.
Aku dah bawa kete kelajuan 70km/j,
Terasa kejap betul sampai Office..

Almaklumlaaa...
Aku bukan kerja kawasan selangor..
Kenalah ikut musim cuti kawasan Putrajaya...
Ada opismate ni,
Mentang2 rumah kawasan Selangor,
Dibantainya tak datang!
Bukan sorang, 2 pun bukan tapi 4 orang..
Nanges laaa nak buat kerja budak-budak tak de..

Tapi start esok sampai hujung minggu..
Ramai tak datang kerja..
Sebab ada yang dah apply cuti untuk habiskan cuti tahunan..


Plan jalan2 masa cuti sekolah ni tak g mana-mana pun lagi..
Nak pergi bercuti ke pantai pun rasa tak sonok..
Sebab skang kan musim hujan... :'(

Soooooooo........
Selamat bercuti la ye untuk korang2 yang kerja kawasan SELANGOR...
Mesti jem KL arini lagi lagi sale kan..
Takpe.... Turn kiteorang cuti sikit je lagi nak sampai..
Sabaq naaaaaaaa!

Thursday 6 December 2012

Kupas Durian Guna Kuku!

Malam tadi pergi pasar malam..
Lain yang berhajat nak beli, 
Lain yang dibeli... 

Sekarang kan musim durian..
Area kawasan rumah aku, 
Jarak 2,3 biji kereta,
Confirm ada je peniaga jual durian..
Ada yang bersusun,
Ikut Gred, Kualiti..
Dan ada juga yang bersepah..
Berbukit-bukit I tell u durian kat sini..

Ayah kate, musim kali ni menjadi-jadi buahnya..
Yelah sampaikan Durian Crepe tu jadi femes. #Macam-macam!

Masa nak balik tu, 
Tergerak hati nak beli doyan...
Bila tanya,
Selonggok - RM10,
2longgok - RM15. WOW!!


Bukan saiz kecik2 tau, 
Semua besar-besar..
Tapi aku beli 1 longgok je la..
Dapat 6 biji, saiz besar..
Kalau beli 2longgok?? @_@
Isi pun ok.. Biji kecik, isi banyaaaakk.. Haaaaaaaaa..

Lenguh tau nak bawa doyan tu balik ke rumah..
Then, bila da balik,
Yang BZBody tau je la sapa..
Si Iman tuu (Kucing tite laaa)
Tercium-cium tapi tak makaaann..

Then masa ayah nak g dapur, 
Nampak dia tercium-cium..
Ayah boleh plak buat lawak...
Sayalah IMAN!

Ayah: Haaaaaaa.. Buat apa tu... Tercium-cium..
Iman: #Masih mencium2 -- rupanya mencari semut yang berjalan dalam plastik tu
Ayah: Jap lagi kite makan.. Nanti tolong bukakan durian tu dengan kuku taw!
Aku: HaaaaA? -_________________-'''''''



Ish!! Ayah aku niiiiiii...

Wednesday 5 December 2012

WW: Cookie Monster

Cookie Monsters
Sigh.

Tuesday 4 December 2012

Kate Middleton And Prince William Expecting First Child

TAHNIAH!!!

Kate Middleton & Prince William..
Dikhabarkan, Kate Middleton pregnant!!
WOW!!

Akhirnya, bakal waris diraja Britain, 
akan keluar tak lama lagi...

Prince William leaves the King Edward VII hospital in London on Monday after visiting wife Kate Middleton
Kate Middleton sparked pregnancy rumors when she covered her midsection at a gala dinner in London on Nov. 8.

Monday 3 December 2012

Testimoni Terbaru: Berat Asal 139kg Dapat Turunkan Berat Badan Dalam Masa 10Minggu Menjadi 75kg


Puan vimala seorang suri rumah.. Dulu berat beliau 55kg masa awal-awal berkahwin. Disebabkan susah untuk mendapat zuriat beliau diberi oleh Doktor ubat-ubat hormon untuk subur. Dengan penggunaan ubat-ubat tersebut, berat beliau mencecah kepada 98kg dan semasa melahirkan anak beratnya 139kg.. Beliau malu untuk keluar rumah kerana gemuk, dan hanya terperap di rumah sahaja. Berbagai usaha untuk menguruskan badan telah beliau cuba. Dia dah habiskan duit dia hampir RM100ribu utk kurus.. Semua produk dia dah cuba, tapi bila berhenti naik balik 2x ganda.. semua pembedahan dia dah buat tapi tak berhasil jgk.. Disebabkan beliau gemuk, suaminya telah meninggalkan dia dengan anak-anak… memang sedih kan bila suami kita ceraikan kita kerana kita gemuk…


AKHIRNYA… beliau telah diperkenalkan oleh seorang kawan dengan satu produk untuk mengurukan badan… hanya mengeluarkan wang yang sedikit beliau dapat mengurukan badan 5kg dlm masa 1 minggu… JAWAPAN UTK KURUS DENGAN SELAMAT IALAH SLIM DIET II… sekarang dlm masa 10 minggu sahaja dengan menggunakan produk Slim diet 2 beratnya sekarang tinggal 75kg (hilang 64kg!!!!).. 

Sekarang beliau tidak lagi malu untuk keluar rumah..
Cayalah SD2 (SlimDiet2) bantu Puan Vimala turun kepada 75kg from 139kg dalam masa 10minggu (Lost 64kg!!), she gets back her LIFE, get NEW IMAGE, NEW FRIENDS, NEW HOPE and NEW INCOME!!


Jadikan dia sebagai inspirasi anda :)

Sunday 2 December 2012

Teater Tun Siti Asmah di Istana Budaya

Kalau sebelum ni Teater Muzikal Tun Mahathir..
Kali ni plak Teater Tun Siti Hasmah bertempat yang sama di Istana Budaya..

Memang dah pasang niat nak tengok TSH ni..
Tapi tak de rezeki lagi sebab pack dengan aktiviti..
Dan juga bila book tiket je sentiasa full..
Yang tinggal pun seat2 atas.. Tu pun kadang-kadang full...

Tapi sapa sangka kaann..
Rezeki tu datang tanpa diduga...
Tengah belek-belek fb, tiba2 nampak status Umie Aida tentang TSH ni..


Terus call!
Hampa juga bila ada user tu kate call tak dapat.
Aku terus capai fon and call.

Alhamdullilah.. Dapat juga..
Sampai menonton sambil menderma..
RM10 seorang..
Book terus 3seat then kat Lobby IB nanti baru amek tiket..
Cuma tak tahu seat mane..
First come first serve

Aku, Adik dan Chenta Hati..
Weee..
Macam tak percaya kaannn..



Ni kalau book on9.. Untuk hari je, da ada orang booking..
RM155 tu x tahan.. Hehehehe


Saturday 1 December 2012

1 Disember 2012

Bye NOVEMBER
Hi DISEMBER!

Pejam celik pejam celik..
Dah hujung tahun..
Kejap betul masa berlalu...

Bulan 12 ni la masa cepat berlalu..
Sebab lepas ni dah masuk tahun baru.. Huhuhu..

Dan juga bulan ni juga ada special date. 
12-12-12 :D
Kalau tarikh ni jatuh weekend,
Kompom ramai yang book untuk tarikh wedding!

Pada masa yang sama juga,
Bulan ni lah banyak mitos-mitos yang tak betul keluar nanti..

Dan sedar tak sedar, 
Lagi setengah tahun nak raya!
Tapi puasa tak ganti lagi nih!

Macam tak cayalah dah hujung tahun..
Tahun depan,
Peningkatan umur, saiz badan, dan sewaktu dengannyaa..

30 hari lagi nak New Year! 
Rasa macam baru je lagi celebrate New Year 2012 aritu.. 
Moga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik,
Dan diberkati segala urusan ni.. -- Aminnn

Friday 30 November 2012

Apa Iman Buat Kat Rumah During Weekdays?

Weekdays --
Terkenal dengan hari bekerja, hari bersekolah..
So, 
Pukul 9pg-6ptg,
Tak de sapa kat rumah...
Hanya dia "sorang" je..

Saya tak tahu apa itu NAKAL masa di usia ni. (Julai 2012)

Sebelum kluar rumah -- rumah kemas je..
Bila masuk rumah -- ada je yang bersepah kat hall. Lagi-lagi bola/kertas..

Rutin dia..
Pagi makan, main-main..
Then bila takde sapa layan.. 
Dia tido kat port biasa..
Amboi, dengan angin sepoi-sepoi bahasa di tingkap tu.
Kalau rasa nak selesa..

Sekarang ni, badan dia lagi panjang dari kotak! (September 2012)

Ni lah port saya tido. Katil bawah xbest, saya suka tido katil atas! (Oct2012)


Tak yah susah beli cakaran kuku tu. Pakai kayu pun da cukup. Hehe

Saya ni BZBODY. Kalau ramai lepak bilik, saya pun join skali. Takut kena tinggal umah  "sorang2".

Ada 1 baju customer di cover dengan plastik..
Tengah dia syok lompat-lompat,
Ntah macam mana, setengah dari plastik tu terkoyaaakk...
Lepas tu, blah, buat muka tak bersalah..

Then aku msg ayah, 
Suh bawa balik xtra plastik untuk baju customer ni.
Ayah msg -- 
Mintak kat Iman seringgit gantikan plastik. Nasib ayah cas kan.. Kalau mama cas kang, RM2.50.

-________-'''''''''''

Bila balik rumah tu,
Borak borak dengan Iman.. 


Talk man to man! --GEDIK--
-------------
Ayah  pernah tanya dia..
Agak-agak bila boleh bayar seringgit tuuu?? 

-_____________-'''''''''

WHY SO SERIOUS??

Thursday 29 November 2012

Alpha Lipid SD II




Direka dengan bahan-bahan untuk menyokong keseimbangan gula darah, kekenyangan di antara waktu makan yang tetap dan jisim otot yang sihat, SDII membantu untuk mengekalkan berat badan yang sihat, sebahagian daripada program pengurusan berat badan yang termasuk perubahan diet dan senaman.

Satu campuran berkualiti tinggi yang komprehensif yang terdiri daripada protein soya bukan-GMO (75%), serat, ekstrak daun teh hijau, vitamin dan mineral. Suplemen minuman SDII tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa dan membantu untuk memastikan bahawa tubuh anda mempunyai semua nutrien penting termasuk protein supaya lemak dibakar, sementara anda masih dapat mengekalkan jisim otot dan ketegangan. Setiap hidangan menyediakan 10 gram protein yang boleh digunakan untuk keperluan harian anda.

Dos 15 g (2 scoop) 4 kali sehari untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam, dan ‘supper’. Campurkan dengan 250ml air – goncang hingga sebati. Serbuk FibreMax boleh dicampur dengan Minuman Slim Diet II.

*Produk ini adalah sebahagian daripada program pengurusan berat badan. Program pengurusan berat harus merangkumi nasihat profesional mengenai perubahan pemakanan, senaman dan gaya hidup. Ini bukan gantian hidangan dan nasihat yang wajar berdasarkan diet adalah penting. Program pengurusan berat badan mengambil masa dan lebih berkesan dengan komitmen peribadi.

Slim Diet II secara semulajadi membantu badan anda dalam proses pembakaran lemak dan bukannya glukosa atau tisu otot. Pembakaran lemak menghasilkan keton dalam badan yang digunakan sebagai tenaga dan boleh diukur (dipanggil ketosis).

Slim Diet menggabungkan minuman suplemen protein yang lazat, dengan pelan pengurusan makanan yang mudah untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat, senaman yang boleh dicapai serta alat-alat berguna dan pendidikan. Suatu pakej yang lengkap!

Tiba masanya untuk melupakan diet lama anda dan menyertai beribu-ribu orang lain yang sedang menikmati penurunan berat badan yang sihat dengan Slim Diet.

KELEBIHAN KANDUNGAN ALHALIPID SD2

============================

1) MEMPUNYAI TAMBAHAN EKSTRAK GREEN TEA
- Membantu meninggikan metabolisma
- Meningkatkan penggunaan tenaga
- Merangsang badan membakar lemak
- Bahan Antioksida yang kuat
- Pemeliharaan Jantung
- Antibacterial & Antiviral

2) MEMPUNYAI TAMBAHAN SERAT
=========================
- Membantu sistem penghadaman (melawaskan)
- Memberi rasa kenyang lebih lama (elak gastritis)

3) MEMPUNYAI FORMULA TINGGI PROTEIN
==============================
- Memperbaiki jisim otot
- Meningkatkan metabolisma

4) MEMPUNYAI ALPHA LIPID
====================
- Formula ALPHA LIPID untuk penyerapan nutrien2 dan vitamin yang lebih baik!

SEMUA INI BERFUNGSI UNTUK MENJADIKAN
*************************************
-Tiada kesan kelaparan terlampau
-Tiada ketagihan kepada makanan berkarbohidrat dan manis
- Kawalan gula darah lebih baik
- Merangsang tindakbalas insulin yang lebih berkesan
- Lebih bertenaga (Tiada keletihan ketika berdiet)
- Memelihara jisim otot dan ton kulit (Tidak mengendur)

Anda pasti teruja jika anda tahu! Cubalah sekarang,

*PERHATIAN! HANYA LEMAK SAHAJA YANG DIBAKAR 100% TANPA MENGGANGGU OTOT!

ALSDii -- Himpunan Testimoni



****************

 
          

Ingin jadi sebahagian daripada mereka? Bertindak sebelum terlambat!

Hubungi Segera!!!