Kongsi Resepi

Friday 28 September 2012

Typo Error

Tulis surat, tulis email, chit chat apatah lagi menaip entry kat blog yang panjang lebar ni..
For sure kan korang tak pernah tak kena TYPO ERROR a.k.a salah taip kan...
Sebelum munculnya FB, dulukan femes dengan MySpace and Friendster...
Elehh.. Sure korang pun ada kaan.. 
Tp semenjak FB ni da ada, benda lama dilupakan..
Hehehehe Termasuklah aku :D

Sebelum adanya Skype, 
Dulu femesnya MSN dan juga YM..
YM siap boleh lukis2 kat wall tu, main game etc...
Boleh conference lagii..
Masa tu lah tunjuk skill nak menaip laju sampaikan terkuarnya typo error..
Huhuhu..

Tadi masa tengah belek-belek buku nota zaman study dulu, 
Ternampak perkataan-perkataan typo error..
Siap salin tu.. Tak tahan betull..
Bila baca balik..
Kelakar giler!! Kena bahan sampai habis U laa..

Antaranya:
Tado --> Tido
Prosuct --> Product
V --> X (Tidak)
Niasa --> Biasa
Prime Ministry --> Prime Minister
Basketketball --> Basketball
Kebey --> Lebey
Pk --> ok
Uptoen --> Uptown

Paling puaka sampaikan kena bahan,
Uptoen a.k.a Uptown..
Lucu jeeee..
Rindu plak kawan-kawan, situasa situasi, kenangan masa study dulu..

Korang takkan lah tak pernah ada typo error kaaann?

 


Monday 24 September 2012

Bila Dapat Penyakit "Kaki Shoping"

Selalu kite dengar kes "window shopping" je kaan..
Ala yang stok pergi mall,
Cuci-cuci mata tengok barang-barang kat dalam mall tuee..
Budak sekolah zaman sekarang shopping pun kalah orang yang bekerjaa youu.. 

Shopping dalam istilah lain ia adalah sesuatu terapi untuk kite..
Stress, putus cinta, jiwa kacau..
Shopping ni je lah yang best...


Kaki shopping selalunya dikaitkan dengan kaum wanita..
Ye lah, nafsu untuk menyopping membuak-buakkaan..
Dapat beli hair-clip ke, tudung yang berharga RM15 pun dah puas hati..
Janji ada merasa membeli-belah kat situ..


Tapi tak kurang hebatnya denagn kaum lelaki..
Dorang ni nampak je simple,
Jarang shopping pape..
Tapi bila dah sampai mood dorang nak shopping tue..
Amek kaww!!
Kalah perempuan ni tauu..
Harga sesuatu barang tu lagi mahal dari harga barang kite punyaa..


Ada juga kaki shoping ni yang jenis suka membeli dan memakai..
Ada juga yang suka membeli tapi tak pakai-pakai..
Dan ada juga yang beli bila perlu..
Sebabnya kerana dorang kate yang dorang suka tengok barang tue..
Tak beli rugi, sebab limited kaann.
Macam tue pun ada kaann..

Tapi tak best bila gaji dah masuk,
Tak tahu dah nak beli ape...
Tengok barang feberet/yang dah lama aim pun dah xde nafsu nak tengok..
Bila duet cukup-cukup je..
Nafsu membeli kemain membuak-buak!!

Antara pembelian yang bijak..
Shoping masa Megasale..
Sangat untungggg...
Kenalah tahan nafsu untuk 3bulan sebelum Megasale..
Boleh lah kumpul duet gaji banyak-banyak!! :D
Berbelanjalah dengan berjimat...
Kalau duet tu tak tahu nak buat ape..
Sukahati you laahh..


Aku kategori:
Beli bila perlu..
Korang???
 

Saturday 22 September 2012

Exam SPA

Minggu lepas,
Balik je rumah,
Ternampak ada sepucuk kertas "Urusan Kerajaan" atas mejaa..
Bila perati betul-betul..
Surat SPA..
Bila nak buka tu..
Nervesss!!
Alhamdulillah...
Akhirnya dapat juga panggilan dari SPA..
Kalau ada rezeki, adalah...

Kena lah buka balik kotak yang tersusun cari nota-nota time study dulu..
Semalam kemas2 bilik,  terjumpa formula Math form 5..
Dah setahun lebih tinggalkan rutin membaca..
Ni kena study balik dalam masa 2minggu.. 



29/9/2012 exam kat SPA, Putrajaya..
1st time dapat nie..
Tak tahu lah soalan nanti macam mana..
Based yang aku search kat internet..
Blogger2 yang pernah attend exam/temuduga SPA..
Memang kena study balik lah pasal isu-isu semasa..

Dapat ke tak, sebab tu rezeki..
Janji ada pengalaman attend SPA.. Hehehehe

Pssst... ! Ada blogger-blogger yang dapat panggilan SPA tak pada 29.9.2012??


 

Tuesday 18 September 2012

Resepi: Ayam Masak Lemak Cili Padi

Kalau masakan warna kuning,
Tak lain tak bukan sure dari masakan orang Nogori haahh..
Aku suka masakan lemak ni..
Dulu kecik-kecik mana tau nama masakan ni..
Selalu panggil nama "masak kuning" jee..

Tup-tup dapat ayahanda cinta-hati orang nogori haahh..
Bila pergi rumah dia,
Lauk kuning/masak lemak kena ada...
Pedas tak hengat pulak tue..
Bapak dia kata, takde lah pedas sangat..
Tapi ni pedas tahap kronok pun boley kronik ok..

Mak aku jarang masak wane kuning ni..
Selalu kari, sambal, sup..
Bila dah besar, google resepi..
Baru lah tau senang rupenyaa.. :D

Aku sharekan resepi kat sini...
#Aku tak pandai nak bagi anggaran berapa..



BAHAN-BAHAN:
Ayam-buang kulit kecuali ayam kampung
Santan
Cili Padi (blend)
Kunyit hidup (blend)
Daun kunyit
Serai (diketuk)
Asam keping
Garam

CARA MEMASAK:
1. Toskan ayam yang dah dicuci untuk mengeluarkan lebihan air.
2. Gaulkan ayam bersama serai, cili padi dan kunyit hidup yang dah diblend di dalam kuali diatas api perlahan. #Tujuannya untuk mengeringkan air ayam.
3. Bila air ayam dah kering, boleh la masukkan santan cair.
4. Bila ayam dah kecut/masak dan santan dah mendidih masukkan asam keping, santan pekat, dan garam.
5. Bila mendidih sekali lagi, boleh letak daun kunyit dan tutup api.
6. Siap & hidang.

TIPS:
1. Kalau resepi asal dari N.9, memang tak letak bawang pun.. api ada juga sesetengah resepi letak bawang.. Pendapat masing-masing..

2. Ayam seeloknya ditoskan terlebih dahulu untuk membuang lebihan air ayam, kalau masuk basah-basah, rasa macam tak sedap jer bila air ayam tu dimasak sekali dengan santan.

3.  Bila dah masuk santan, kuah masak lemak kene sentiasa dikacau supaya tak berketul dan naik minyak, kalau tak kuah masak lemak jadi tak cun. Untuk masak lemak ayam, cukup lah letak sekeping asam keping, kecuali kalau masak lemak ikan boleh letak 2-3 keping sebab masakkan ikan memang kena rasa masamnya tu. Kalau nak letak kentang pun boleh.

  

Sunday 16 September 2012

Hari Malaysia ke-49 tahun

Selain dari 31 Ogos, #Hari Merdeka
16 September juga diisytiharkan sebagai Hari Malaysia.

 

Mesti ada sesetengah belia yang tak tahu apa itu Hari Malaysia selain dari Cuti Umum...?
Meh sini aku share serba sikit info yang aku tahulahhh..


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


Rentetan Peristiwa

27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik

23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah

18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak

6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur

17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha

3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia

21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.


16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia



Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.

Friday 14 September 2012

WHI: Mertua vs Menantu

Topik Wanita Hari Ini (WHI) : Masalah Mertua Anak Menantu Pening Kepala

Tak de keje,
Layankan je lah topik WHI..
Minggu ni topik panassss jeee..
Semalam ke atau kelmarin...
Tajuk : Berat Jodoh Kerana Kerjaya

Aku ni belum ada pengalaman title "Mertua"
But BAKAL MERTUA tu adalah...
Hehehehe...
Alhamdulillahhh... 
Sporting, selalu share pendapat..
Dah jadi macam kawan..
Asik kena bahan jeee..


Tak semua orang dapat mertua yang sporting, sekepala, "angin" etc...
Ada yang tak sanggup duduk dengan mertua sebab kadang-kadang mertua masuk campur hal rumah tangga anak menantu..
Ada yang tak sanggup duduk dengan mertua sebab ada je yang tak kena kat mata dorang...
Dan macam-macam laahh..
Tapi tak semua macam tue kaannn..
Ada yang masih lagi duduk dengan mertua sampai anak tiga..
Sebab mertua terima menantu dorang seadanya..
Macam keluarga sendiri..
#Eh eh.. Macam ada pengalaman pulak kan...

Ni basic je...
Semua ni yang aku tengok kat dalam drama tv ni..
Selalunyaaa masalah pada pendapat sesuatu benda..
Lain-lain pendapat kaann..
Sorang nak ikot cara moden, sorang suruh ikot cara lama..
Bak kata Prof: Ego Mak mertua
tinggii..

Kesimpulan,
Kalau kite sendiri nak duduk dengan dorang,
Kite kena lah ikut cara dorang..
Karakter juga merupakan salah satu faktor untuk kite kenal dorang lebih dekat melalui suami/isteri kite sendiri... 
Mertua perlu dhormati seumpama ibu bapa kite sendiri..

Sumber: WHI

Lambaian Kaabah

Alhamdulillah...
Makcik&Pakcik (Kakak&Abang Ipar Ayah Aku)..
Dapat panggilan dari Tabung Haji,
Rezeki dorang untuk pergi menunaikan haji...


17/9/2012
Dorang dapat flight yang pertama...
Isnin ni berlepas dari Tabung Haji Kelana Jaya..
Sampai juga masa dorang pergi sana..

Seminggu sebelum bertolak,
Dorang ada buat majlis doa selamat...
Sayu je tengok dorang...
Moga dorang pergi dan balik dengan selamat..



Moga dipermudahkan urusanku untuk menjejakkan kaki ke Tanah SuciMu, Ya Allah
Amiinnn

Thursday 13 September 2012

Resepi : Brokoli Goreng

Dihari minggu ni, malas rasanya nak keluar. 
Dengan musim hujan sekarang ni disebelah petang, mood nak shopping, hilang. 
Tak pasal-pasal kena tempuh jem kan. 
So,duduk je lah kat rumah ni sambil tunggu Melodi start. 
Rasanya lama tak makan Brokoli. 

Last makan masa kt Ikea, 2minggu lepas. 1cup Brokoli diorder. 
So, arini tercetuslah idea nak masak Brokoli goreng. 
Sayurkan elok untuk kesihatan. 
Jum tengok bahan-bahan dan cara memasak.

#Inilah Brokoli
Bahan-bahan
BAHAN A:
  • 400 gram brokoli
  • 100 gram bunga kubis
  • 100 gram lobak merah
  • 300 gram udang (dibuang kulit) 
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

BAHAN B:
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah

CARA MEMASAK:
  1. Semua sayur dipotong kecil dan dicuci bersih. Kemudian dituskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan udang, lobak merah, garam dan air, kemudian kacau rata.
  4. Masukkan bunga kubis dan brokoli. Kacau rata dan tutupkan kuali.
  5. Apabila saya mendidih, boleh dihidangkan.
TIPS:
Kandungan kalsium dalam brokoli lebih besar berbanding segelas susu. Brokoli juga mengandungi lebih banyak serat berbanding sepotong roti gandum.

 


Maut angkara cinta ditolak

Semalam dapat calling dari cinta-hati..
Dia tanya kenal ke kawan dia nama CHIKO
Yang pernah terserempak kat Cyberia..

Tak tahulah  kenapa dia beria ingatkan balik pasal gadis bernama CHIKO nie..
Last jejak kaki 2tahun lepas..
Masa study kat Uniten, boleh lah jenguk-jenguk ke Cyber kaann..

Rupa-rupanya CHIKO ni kawan/1 batch dia masa study kat LKW dulu...
Walaupun tak kenal sangat,
Tapi terasa kehilangan..

Dan juga orang yang terakhir arwah ni msg adalah kawan baik cinta-hati..
Moga-moga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman..
Al-Fatihah...

---------------------------------------------------------------------------

Maut angkara cinta ditolak

ANAK panah menunjukkan arah Nurul Syafika terjatuh lalu mati di Kondominium PV13, Setapak semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang gadis yang kecewa apabila cintanya tidak dibalas sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon maaf kepada rakan-rakan dan kenalan lelakinya sebelum dia maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 23 di Kondominium PV13, Jalan Genting Klang, Setapak di sini semalam.

Kejadian pukul 4 pagi itu mengakibatkan Nurul Syafika Jamaluddin, 24, maut akibat cedera parah di kepala dan badan. Mangsa dikatakan baru menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Mayat mangsa ditemui oleh seorang penghuni kondominium yang terdengar bunyi seperti objek terjatuh dan sebaik ditinjau, dia terkejut apabila menemui mangsa yang lengkap berpakaian dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah.

Difahamkan, mangsa menyewa bersama abangnya di Seri Kembangan, Selangor dan datang ke premis itu untuk bertemu dengan teman lelakinya yang menetap di tingkat 23. Mereka berkenalan sejak tiga bulan lalu dan lelaki itu merupakan seorang kerani di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya.

"Ketika kejadian, lelaki berusia 24 tahun tersebut tiada di rumah dan mangsa memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci pendua.

"Siasatan awal percaya mangsa terjatuh kerana mempunyai masalah peribadi selepas cintanya ditolak namun motif sebenar kejadian masih disiasat," kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sebelum kejadian, mangsa yang berasal dari Muar, Johor dikatakan sempat menghantar SMS kepada abangnya memaklumkan dia akan pulang ke rumah. Mangsa turut menghantar SMS memohon maaf kepada rakan-rakan termasuk kenalan lelakinya itu.

Sementara itu, seorang jiran yang enggan dikenali memberitahu, dia menyedari kejadian itu ketika bangun untuk menunaikan solat dan terdengar bunyi kecoh di luar bangunan.

"Saya tidak pernah nampak dia (mangsa) sebelum ini, tetapi difahamkan dia terjatuh ketika berada di tingkat 23," dakwanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sumber

Sunday 9 September 2012

Short and Simple. #Raya2012

Sekejap je bulan Syawal nak habis dah..
Ikutkan, ni minggu ke3 kite beraya kaaann..

Orang lain dah habis cerita pasal minggu pertama raya...
Dah masuk travel rumah terbuka dah....
Aku tak habis lagi kisah pasal raya..

Tahun ni sambutan raya OK laaahhh..
Rutin tahunan rumah terbuka takde tahun ni...

Background dinding rumah atok aku, meriah you allsss...
Kelas kau maria!
Hijau menyalaa haaa...

Kalau tahun lepas ada outdoor sesion,
Tapi tahun ni indoor je la...
Apa tak nyee..
Hijau kemain warna dinding rumah. Hehehhee

Kalau tahun lepas,
Dalam 1 hari pergi menziarah rumah sedara dlm 6,7 buah rumah,
Tapi tahun ni, sehari pun tak sampai 4 buah rumah..
Mungkin sebab arwah atok+nenek Melaka dah tak da..
#Rindu!!!

Aktiviti masa raya,
Pergi tengok wayang, layan coconut shake, main layang-layang...

Layankan je lah gambar raya nih..!

Mak guwaa yang model DSLR tu!





Da habessss... Legaaaa!


Friday 7 September 2012

Amboi!!!

STALKER leteeewww...!!!

Wednesday 5 September 2012

30minit jadi 3jam

Semalam pergi lah Putrajaya...
Petang baru balik..
Tapi petang tu hujan lebat kemain..
Lain macam hujan lebat dia..
Selalunya perjalanan KL-Putrajaya-KL
Aku amek masa 30minit...
Tapi disebabkan hujan semalam..
Sangkut 3jam setengah kat atas jalan..
Ingatkan nak lari masuk Serdang,
Sekali banjir.. Jalan tutup..
Gate Lebuh Silikon buka pkl 9. Sedangkan JEM pkl 6ptg.

Ada ke patut pihak UPM pergi tutup gate Lebuh Silikon nak keluar dari kelompok jem tue..
Dah tu suh pemandu kereta ikut jalan dalam kat Balai Polis Serdang tu.
Sedangkan situpun banjir juga.. 
Kena u-turn..
Bongok!!
3jam kat tempat yang sama,
Barulah pihak UPM terhegeh2 nak buka gate Lebuh Silikon tue..
Yelah sebelum tue, jalan tu tutup.. 


Kalau semua ikut 1 jalan je, masaklah!
Aku redah kan juga jalan yang kene block tue,
Dorang kejar (Sebab ada macam kawalan traffic UPM ronda2)..
Siap hon2 xkasi masuk jln ke gate Lebuh Silikon tue.
Terpaksa lah patah balik jalan yang aku dah lalu tadi..
Kenalah u-turn balik..
Bila dah dapat keluar dari UPM,
Oh mak Aiii!!
Jalan Uniten-Serdang-Mines, jem tak hengat..
Sebab banjir kat KTM Serdang.


Alternatif, kluar ikut tol Serdang-Sg Besi..
Turun je highway, AMEK!!!



Susur masuk Kajang mengahala Utara/KL

Susur keluar Tol Sg Besi.. Ramai buat U-turn sebelum masuk Sg Besi menghala Selatan

Jem tak bergerak, boleh lepak2 lagi kat luar kete menghala ke Selatan. 
Macam ada xcident teruk.
Sedangkan banjir je..
Tu baru dari Tol Serdang, jem tak bergerak dari Jalan Tun Razak-Bangi..
Ada yang U-turn sebelum masuk Tol Sg Besi tue..
Gila ngeri tengok jem niii..
Walaupun lapar, balik rumah tak lalu nak makan.
Terus tido!




Tuesday 4 September 2012

Resepi : Puding Trifle

Da lama tak buat desert berat. 
First time buat masa majlis rumah terbuka.
Tawakal lah nak jadi apa, rasa apa..
Sebab tak pernah rasa dan buat. 
Hehehehe..

Tapi alhamdulillah...
Laku juga desert ni..
Ingatkan tak laku..

Tapi tu lah, buat pun 1 tray je..
Tak lalu nak buat lagi..
Tetamu ramai masa tu..




Bahan-Bahan:
  • Kek gulung/kek span #potong halus-halus
  • Agar-agar Kristal NONA #cairkan mengikut panduan pada kotak tersebut.
  • 3 sudu besar Tepung Kastard
  • 1 cawan air
  • 1 tin Fruit Cocktail # asingkan buah dan air
  • 1 tin Buah Peach #asingkan buah dan air
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 tin Susu Cair

Cara-cara: (1a)
  1. Susunkan kek gulung yang telah dipotong ke dalam bekas kaca.
  2. Basahkan kek dengan air Fruit Cocktail. #jangan sampai banjir
  3. Taburkan Fruit Cocktail atas kek. #jangan terlalu padat & jangan terlalu sikit
  4. Tuangkan Kastad yang telah dimasak agak-agak sampai menutupi semua Fruit Cocktail tadi.
  5. Susun lagi sekali kek gulung atas Kastad. Kali ni kek tu jarak-jarakkan sedikit #ulang langkah no.1 sampai no.4 )
  6. Biarkan dalam 10 minit supaya Kastad tak terlalu cair.
  7. Susunkan Buah Peach atas Kastad.
  8. Tuangkan agar-agar Kristal di atas Buah Peach.
  9. Simpan dalam peti sejuk & boleh makan.

**Cara-cara membuat kastad (1b)
  1. Cairkan Kastad dalam mangkuk dengan sedikit air.
  2. Panaskan susu cair & gula pada api yang pelahan.
  3. Masukkan kastad ke dalam periuk.
  4. Tambah secawan air.
  5. Kacau sehingga masak.

Inilah rupa kek gulung/swiss roll
                                         
   
Sumber: NeenaAnuar


Sunday 2 September 2012

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Sekejap je masa berlalu...
Ramadhan pun dah nak pergi...
Adakah Ramadhan yang meninggalkan kite atau KITA yang akan tinggalkan Ramadhan?
#Muhasabah Diri

Macam mana persiapan raya?
Esok aku last keje..
Bestnya korang yang dah last kerja arini..
Sob.. Sob..
Mood keja ni da ke laut dah ni..
Radio kemain eh putarkan lagu raya jee..
Jeles tgk adik dah start cuti arini..

Semalam ntah tiba-tiba siap-siap packing baju dalam beg..
Cari baju-baju kurung yang nak pakai untuk cuci pinggan, masak, jln raya malam-malam...
Hahahaha..
Tu pun dah penuh 1 beg, 
Belum lagi kasut, selipar pergi kepci, sandal g cari lemang kat kg.. 
Hehehehe

Oklah, dikesempatan ni.
SAYA, mohon maaf andai entry-entry ni ada yang terguris ke sapa-sapa yang membaca..
Walaupun kita tak pernah bersua-muka, hanya di alam maya..
Tapi ikatan silaturrahim tu..
Tanpa blog ni, maka tak kenallah korang-korang kat sana..

Yang memandu balik kg, 
Berhati-hati, mengantuk, berenti tepi, rehat jap.
Yang balik kg, 
Pastikan kunci semua pintu dan tingkap,
Takpun isi borang Ops Selamat kat balai polis berdekatan.
#Ingatan untuk diri sendiri

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin :)
Ni raya tahun 2009.. Hehe..
Ce Kelik Gambar tue. :)

Tahun 2012. Hehehe


Saturday 1 September 2012

Happy Birthday, Ayah!

Alhamdulillah..
Allah panjangkan usia ayah..
Tapi tahun ni masa hari jadi ayah,
Ayah ada kt kampung..

Kiteorang adik beradik je tak balik
Sebab adik bongsu aku ada tusyen untuk UPSR kann..

Terima kasih untuk segalanya...
Akak doakan semoga ayah dipanjangkan umur, murah rezeki,
diberkati olehNya, semoga impian untuk menunaikan haji termakbul.

SELAMAT HARI JADI, AYAH!
AKAK SAYANG AYAH :)