Kongsi Resepi

Friday, 6 April 2012

S.V | Tora Datang Lagi...


#Tora Datang Lagiii

Deng Daanngggg~
Toooraaaa... Toraa datang lagi. Hahahaha
Jooo Jooooo~

Haa... hari ni aku nak share sentimental value masa zaman kanak-kanak dulu. Ni pun kategori legend lah juga. Balik dari sekolah, beli benda-alah ni. Tak salah aku. Ding-dang yang kotak biru tu, harga RM1, Tora dalam RM 1.20 dan JoJo tu selalu dalam RM 2.50. Alaaa... Beli benda-benda ni pun bukannya sebab nak beli, tapi sebab mainan. Yelah, satu-satunya mainan yang simple ada iklan. Hahahaha. 

So, bila ada mainan baru, apa lagi, pergi kedai, cari kotak-kotak nie, then tengok dapat mainan apa. COKLAT? Memang TAK laa nak makan. Mesti buang punyaa. Kan kan! Aku makan coklat dia pun rasanya tak sampai 5 bungkus walaupun beli benda-benda ni, tiap-tiap minggu lah. Puaka kot iklan dia, setiap minggu ada mainan baru!

Ding-dang ni dikategori kotak paling laku sebab murah. Ada gambar doraemon lagi. Pasal iklan dia, aku tak ingat ada ke tak. Tapi paling legend TORA laaa. Sampai sekarang teringat lagu/iklan dia walaupun 15 tahun dah berlalu. Apa taknya, intro-intro dah kuar "TORA DATANG LAGI"

Nak beli yang betul-betul branded tak mampu, so beli je la benda-alah ni. Tapi mainan dia boleh tahanlah, UP sikit dari  Ding-dang ni. Jo-Jo pulak, kategori mainan paling mahal lah masa tu. Kirenya mainan dia lagi besar/power dari TORA lah. Tapi kebarangkalian nak beli Jo-Jo tu memang tipis lah, so dapat TORA je lah. Tapi, bukan coklat bulat-bulat tu taw yang dapat dalam kotak Jo-Jo tapi biskut coklat yang bentuk beruang tu. Kategori sedaplah juga.

Tak salah aku, background suara dia Mat Sentul. Yang paling tak tahan iklan mainan. Wah! Dalam iklan kemain gah lagi robot/mainan yang dapat dalam kotak-kotak nie, tapi realitinya, memang TAK lah kan nak sama dalam tibi tue. Dah lah timing iklan ni kuar memang baguslah. Time budak-budak tengah tengok doraemon. Nostalgia sungguh! Masa tu lah merengek-rengek kat mak nak beli  Ding-dang tapi terbeli sekali dengan TORA. Haha. 


2 comments:

Nasz said...

singgah jap...wahhhh...trigat zman kcik2 dlu..suka soh mak ayah blikan tora tu...heee...

mieraahajis said...

sebab utama, mainan jeee. coklat die tolak tepi. hehe