Kongsi Resepi

Thursday 26 April 2012

Realiti Hidup

Semalam, tengah clik-clik youtube, terjumpa 1 video nie. 

Realiti kEHIDUPan
Menarik. Short-film yang telah ditonton seramai 9,455, 671 kali. Sembilan juta, bukan bilangan yang sikit. Short-film ni menayangkan tentang sesuatu hubungan yang lazimnya akan melalui 7fasa.

Strangers, again  

Stage 1: Dating - Pertama kali berjumpa..
Stage 2: The Chase – Tempoh berkenalan dengan lebih mendalam - This is the best part!
Stage 3: Honeymoon – In relationship
Stage 4: Confortable - Keadaan terlalu selesa dan kurang menarik | Dah tak tau nak borak apa!
Stage 5: Tolenrasi – Salah faham, tidak berusaha untuk memahami antara satu sama lain
Stage 6: Downhill - Bergaduh, tidak berkomunikasi, tidak dapat menyelesaikan masalah
Stage 7: Breaking up - bercerai atau perbaiki?

Mesti baru korang perasan kan, yang korang melalui stage-stage ni tanpa sedar. Sapa yang pernah gagal dalam percintaan dulu, mungkin dah sampai stage 7 dan akan mulakan balik dengan stage 1.

Tapi untuk sesuatu perhubungan yang lama, tak kira lah dah kawin ke, atau masih bercinta, stage 4 lah yang perlu berjaga-jaga.

 Jika awal percintaan/perkahwinan, semuanya serba wangi, kemas je, selepas masuk tahun ketiga ke atas, mula lah pakai yang simple, mekap pun tak berapa nak mekap.

Jadi, terjadilah mencari kesalahan antara satu sama lain, dimana masing-masing perlulah berusaha untuk memperbaikai sesama sendiri. Kalau tak, tanpa sedar kita akan perlahan-lahan masuk ke stage 5 dan 6.

Tak mustahilkan, ramai yang nak sempurna, mengharapkan kesempurnaan dengan pasangan masing-masing. Tapi, pernah tak kita muhasabahkan diri untuk memperbaiki kelemahan kita sendiri? 

"Jika mahu yang sempurna, jadilah orang yang berusaha ke arah kesempurnaan dahulu"

Jangan terlalu meletak kesempurnaan yang berlebihan dalam perkahwinan, kerana perasaan itu akan berubah menjadi kecewa apabila hilang kelebihan pada pasangan kita tu nanti. 

Bukan ke hakikat kejadian manusia itu Allah dah ciptakan untuk saling lengkap-melengkapi??

Moga Allah memelihara kita dari ujian kehidupan dengan apa yang kita katakan. Wallahu'alam.

1 comment:

missmeraa said...

@Zamani --> tq Zam sudi singgah kat yang xberapa nak hebat ni... :)