Kongsi Resepi

Friday, 17 August 2012

Resepi: Agar-agar Milo

Hari terakhir bekerja di bulan puasa...

Tiba-tiba, hati tergerak nak buat puding...
Dah lama dah berhajat, tapi tak ada masa ke malas??
Balik dari kerja, singgah kedai jap, beli bahan-bahan dia..
Cekidaut!!

Aku sharekan resepi kat sini..

Lebih kurang macam ni la..
Tapi shape lain!

Bahan (Lapisan Coklat)

  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
  • 1 3/4 cawan air
  • 1/3 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk Milo


Cara-Cara:-

  1. Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  2. Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
  3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.

Bahan Lapisan Susu:-

  • 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
  • beberapa titis esen vanila


Cara-Cara:-

  1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  2. Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.
So, boleh lah buat desert ni untuk berbuka puasa nanti..


Sumber : Dunia Dapur Kama

p/s: Nak kemas-kemas barang. Jap lagi nak balik kampung..


2 comments:

Cik Rongoks said...

penah buat sekali je agar2 milo nie . dah lama tak buat . hihihi

missmeraa said...

@Cik Rongoks --> cuba la buat lagi utk open house... hehehe