Kongsi Resepi

Sunday 30 June 2013

Bekerja Di Malam Minggu

Ini 1st time aku kerja masa weekend apatah lagi waktu malam.
Live update ye sekarang ni dari ofis..
Pukul 10.40pm..

Pukul 6ptg dah terpacak kat opis, 
Then terus jumpa client untuk run and report income distribution activity.

Lepas maghrib, solat and makan jap,
Pastu continue lagi..
Dengan aircond tak on, 
Plus haba manusia sekeliling, memang berpeloh la keti-- yeee..

Pukul 9 dah boleh balik,
Tapi bukan BALIK RUMAH, 
Balik ke workstation level 31...

Baru la terasa sejuk..
Sementara nak tunggu feedback dari client, 
-- Harap harap tak de problem -- 
Aku nak tido jap.
Kepala aku dah pening pening,
Almaklumlah, time ni kat rumah, 
Dah masuk tidooo...
Sebab esok hari Isnin kan..

Nasib baik esok dapat cutii..
Tido sat ehhh..


Byeee... 

Monday 24 June 2013

Jerebu 2013

Rasanya tahun ni lah jerebu paling teruk.
Arini, PM umumkan sekolah di kawasan KL dan Selangor tutup!!
Pagi pagi dah kene soalan panas dengan adik aku..
"Kaklong kerja eh arini??"

Amboiiii...
Pagi pergi kerja, 
Ramai dah pakai face-mask..
Aku masuk je office,
Dah bau asap dalam ni..
Campur dengan aircond,
Dia punya perggiiii...
Sesak nafas sikit..
Dahlah office aku tingkat 31..
Memang view tak nampak lah kan..

Kalau pagi pukul 8.30pg view macam ni..

Yang ni plak pukul 2.30ptg..

KLCC sebelah ni pun tak nampak sangat..

Kenapalah PM tak isytiharkan je arini Public Holiday?
Aku dah mula pedih mata, 
Air dah 4x botol dah minum.. 
Tekak dah mula kering dah..
Offismate pun 5org je datang.. Kehkehkeh..

So, kurangkan aktiviti luar ye korang..
Jangan lupa pakai mask..



Moga-moga esok turunlah hujaannn..
Kalau tahu, amek EL.. :/

NIKMAT berNAFAS dengan BAIK di TARIK olehNYA kita sudah mengeluh dumba . - Muhasabah Diri

Tuesday 18 June 2013

Kursus Pra-Perkahwinan

Aku dah pernah amek masa sem 2, tahun 2007 xsalah.
WAJIB ok! Sebab dia under subjek agama.
RM50 untuk 2hari, pagi-petang, makan 3kali sehari.
Tak nak tak nak pun, pergi juga..

Masa tu aura dia lain,
Sebab kite student, so, tak rasa sangat kusus tawen tawen ni..
Then last week,
Aku pergi untuk kali ke2 haaa..
Tu pun adik aku yang ajak...
Dah orang nak sponser, kite on je la.

Aku pergi kat Zura's Akademik, Bangsar.
Dapat buku dengan jadual dan senarai borang permohonan berkahwin yang perlu diambil kat jabatan agama nanti.. 


Nampak kat dinding yang banyak frame tu? majoriti semua gambar yang retis pernah datang.
Masa batch aku, 
Ada Ikhwan hot-fm dengan tunang dia..
Tempat dia aku tengok banyak tampal gambar retis yang pernah datang sana..
Termasuk Awal&Scha..
Ada jual makanan luar kat luar dewan, tapi mahal.


Dari luar dewan dah dengar lagu kawen.
Macam pergi kenduri..
Time break pun dorang pasangkan lagu kawen, siap lirik kat video tu..
Beza giler baju, pelamin, kenduri dulu dengan sekarang..


Kalau kat sini, sehari setengah je kursus.
Bayar RM80... Dan ada sesi bergambar ..
Masa ni la aku rasa aura lain,
Sebab confirm-confirm kan yang pergi tu bakal pengantin.
Dan ada juga yang pergi saja-saja..

Paling best masa tajuk -- komunikasi. kehkehkeh

Ustaz-ustaz semua best.
En Faizan a.k.a Cikgu, 
Banyak info yang dia bagitau..
Termasuk kalau kite ada masalah dengan pasangan cara nak buat permohonan..
Dia bagitahu lepas ni modul akan bertukar, 
Dan harga pun akan naik dalam RM150 -- -.-'
Kalau sekarang ni just attend, dengar dan dapat sijil,
Kemungkinan lepas ni  -- attend, dengar, ujian, interview dan maybe ada qiamulai..
Tapi tak pasti bila mula..


Penceramah semua best..
Mata segar je dengar...
Dorang ada share cerita yang baik jadikan teladan, 
Yang buruk tak yah amek, buang jauh-jauh...
Sebelum penutup, ada sketsa..
Cara meminang,bertunang dan ijab&qabul..

Sebelah kiri, yang 2 org pmpuan tu, "bakal pengantin" dengan "pengapit".
Yang ni sebagai "wali". Betul-betul dia belakon macam "bapak".
3 dari kiri, Ikhwan Hot.fm. Sebagai saksi.
So, sapa yang belum pergi kursus kawen ni,
Pergi la skang walaupun belum lagi nak kawen. 
Dah ada 2sijil kawen dah ni. Hahahahha


Friday 14 June 2013

Happy Birthday, Awak!!

Haiihhh.. Lamanya tak update story..
Bukan sebab sebok keje kat ofis -- memang sentiasa free la kat ofis ..
Kadang-kadang tu sampai 2 minggu tak de task nak buat.
Tapi macam tak idea nak update cerita pape kat blog ni..

4hb June aritu, 
Birthday chenta-hati..
Kalau sebelum ni aku kena wakenebeb dengan dia.
Kali ni turn dia plak.

So terpikirlah nak buat kat Chili's..
Sebab kalau makan kat sana, 
Selalu nampak ada birthdaysurprise..

Ye la, kalau makan kat SR, 
Nampak sangat dan aura birthday tu tak rasa 
Cheewaaahh - auralahsangat yeee..

View instagram, 
Tanya sis Fida, dia pun bagitau sekiansekiansekian kalau nak buat kat sana..

Lepas balik keje, 
Terus gi dinner. 
Kiteorang ni..
Sapa birthdayboy/girl masa hari tu,
Memang jadi king/queen laa..
Kena layaaaaann elok-elok..
-.-'''

Dia kate nak makan kat Chili's --fuuhh ada chance ni..
So, da order semua, dia nak gi toilet jap.
Masa ni lah aku panggil waiters nak request surprise untuk dia.

Then dah habis makan semua,
Keluarlah surprise lagu birthday TAPI bukan untuk dia, 
Untuk customer lain. 
Masa tu dia dah cuak,
Dia tanya aku ada buat ke tak macam tu,
Aku cakap mana ada, tu kan untuk customer tu. Terlupa plak nak request. (kononlahkann)

Dah setel kat customer tu, 
So, staff Chili's ni pun nyanyi lagi.. 
Terus pergi kat dia.. Senyum jee..
Aku pun act debar-debar juga ok kot kot plan tak menjadi ke ape kee..


 

Dapat la free birthday song + brownies aiskrim cake + gambar + card wishes from Chili's.
Walaupun tak seberapa, tapi ni adalah 1st time aku wat macam ni. 
Kehkehkeh..

Hadiah? Katanya postpone lepas raya..
Tau dia request ape?

Amboiiiii

Dear Mr. Reezman,

Being with you is always wonderful. 
I love the times we spend together, and I feel so lucky to have someone like you in my life.
I think what we have is really special and so are you....
Happy Birthday With LOVE!! 

Monday 10 June 2013

Pengalaman Kali Pertama Mengundi!

Dah sebulan berlalu baru terhegeh nak update.
Almaklumlah, bz lately ni.
BZ main game. hahaha
----------------
Hari terakhir berkempen..
Bersemangat dua-dua parti..

Aku mengundi untuk kawasan Lembah Pantai.
Kawasan panas..
Raja Nong Chik vs Nurul Izzah baqhang..

Masa berkempen tu,
Nampak Rosyam Nor dengan adik dia, Azman..
Amboi, kemain bawa bendera parti dengan round 2,3 kali haa..

Pukul 12mlm,
Semua dah turun bendera, balik rumah, kena tido awal.
Esok kan kena bangun pagi.

Aku pukul 6.30 dah bangun tapi pukul 8.15pgi baru keluar rumah..
Masa tengah siap, sempatlah dengar lagu "JOM KITA MENGUNDI! JOMM!!"
Terasa macam raya plaaakkk..

Takyah susah-susah bawa kereta, 
Sebab ada parti dah sediakan transport..
Pukul 8.30pagi, dah ramai orang.

Pergi semak&amek no.
Then pergi ke saluran 16.
"Dekat mana ye kak?"
"Naik atas, tingkat 3"

Bila tengok tingkat 3 dia, mak aii, tinggi betul.
Ramai plak tu..
Saluran 15,16,17 - 1 aras.
Yang ramai saluran 16, 
tengok semua macam batch aku je.
Ke korang ni semua stok 1st time ngundi?

Beratur dalam 1jam je..
Cek ic, calit dakwat biru, pangkah calon, tak sampai 1 minit.

Lepas tu kena pergi ke sg buloh..
Ayah plak kena mengundi kat sana..
Masa lalu kawasan sekolah tempat mengundi..
Kemain meriah penyokong2 ni..
Hon 1 kali.. 5tahun sekali beb!


With Love -- PPj Team (P2)

Tengah boring harini. Lagi-lagi mondayblues youuu!
Tetiba teringat workstation lama..
------------
Lagi seminggu nak anta surat resign,
Macam-macam pujuk rayu aku dapat..
Lagi-lagi dari bos.

Sebab nak sangat replace kan tempat asst. dia..
Budak-budak ni pun ada juga mengharap.
Dorang kata dah selesa dengan aku.
Aku boleh merubahkan performance ex-staff yang akan aku replace ni.

Aku dalam dilema la juga kadang-kadang fikirkan benda ni..
Sampai kena naik meeting la..
Dah tu, bos siap tanya berapa aku nak..
Then lagi dekat nak benti,
Lagi la ada xtvt dengan team ppj ni.
#Sajeje taw!

Tapi takpelah..
Anggap aku tak de rezeki kat tempat sekarang..

Haritu hantar surat resign,
Baru ingat nak personal serahkan surat tu..
Ntah macam mana, tiba-tiba budak ni muncul,
Nak tengok apa keputusan aku..

End-up, surat resign terpaksa diserahkan..
Dorang kate, bos muka lain bila aku bagi surat tu..
Dorang pun mengharap yang aku akan berubah fikiran..
Tapi lain plak sebaliknya..
Takpelah.. Lepas ni kite keep in touch k.