Kongsi Resepi

Thursday 28 March 2013

Pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Musnah


Astagfirullahalazim...
Khuusss semangat!

Dalam seminggu dua ni kan asek review pasal Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..
Tup tup dapat plak berita ni..


Menerusi beberapa keping gambar yang muncul dalam Internet, menunjukkan pusara Allahyarham Tan Sri P Ramle, seniman agung negara musnah. Biarpun begitu, punca kejadian masih belum dikenal pasti. Turut musnah adalah pusara Allahyarham A R Tompel dan Allahyarmah Puan Sri Saloma. Kejadian berlaku di Tanah Perkuburan Jalan Ampang.


S.V - Aiskrim Malaysia





Orang panggil ni Aiskrim Malaysia.
Aku pulak panggil, aiskrim plastik 1 seposen tu.
Hahahaha..

Tahun 90'an dulu,
Balik sekolah selalu beli.
Jiran sebelah jual.
Penat main kat taman, 

Jerit kat tingkap je.
"Cik, cik, aikrim ada?"
"Nak aiskrim milo 1."

Mak aku dulu penah juga wat jual aiskrim ni..
Mula-mula syok la..
Lama-lama malas dah..
Bukan orang lain beli,
Kiteorang yang abiskan. Hehehehe

Paling ohsem aiskrim milo..
Gigit kat hujung plastik montot aiskrim tu..
Then dah setengah,
Ketuk-ketuk macam ABC..

Selain milo, ada asam boi, bandung, oren, sirap.
Masa tu, 1 seposen je.
Apalah sangat.

Sekarang ni,
Aku ada beli kat kedai runcit ni,
50sen dah haaa..
Baik beli terus Paddle Pop.
-.-'''


Ngilu pulak gigi ni macam terasa gigit aiskrim sejuk!


Saturday 23 March 2013

Tutup Lampu Selama Sejam - Sertai Projek Earth Hour 2013

Kejap betul dah setahun.
Rutin tahunan sejak 2007,
Dan menjadi satu acara global tahunan di seluruh dunia.

Malam ni Earth Hour untuk 2013.
So, macam biasa, pukul 830mlm-930mlm je..
Kena buat apa??

Kite tutup lampu sekejap selama sejam..

Tak lama kaann..
Selain kita, sapa lagi yang boleh kurangkan pemanasan global bumi kite ni kann...?
Jangan lupa tau!


Friday 22 March 2013

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Sebelum nak bercuti esok,
Jum join segmen ohsem by Mak Dara.
Simple je...
Just tagged 3 blogger dan tinggalkan link.
Dekat mana nak drop link??
Klik banner bawah ni.

Segmen kali ni banyak sponser ok.
Aku telah ditag oleh BudakSukaVanila

Kali ni aku nak tagged:


Rasanya dah lama tak join segmen macam ni....

Teambuilding di Bukit Tinggi -- Part2

Lepas dah breakfast,
Game dimulakan..
Malam sebelum tu,
Kiteorang diamanahkan untuk menjaga sorang sebiji telur.
Kumpulan dibahagi kepada 2 kumpulan.
Kiteorang di asingkan dengan menggunakan kereta bos je.
Kumpulan aku side driver,
Kumpulan aisa, side sebelah driver.
So, tak boleh lah nak tau strategy kumpulan dorang.
Hehehehe..

Kenapa group aku 4? Act aku sepatutnya jadi organizer je, tp bos kesian, so join la group. Dengan syarat, aku tak leh interframe lebih. Tolong tampal apa yg patut je. 
Tak fairlah untuk group ni yang ada 3 org je kan. Ni pun sebab sorang dah kena hantar balik rumah.
Barang yang bos bagi
hardisk, telor, sole-tape, straw, penutup botol spray, belon dan sehelai kertas A4.

hardisk-server
telor - storage

Gunakan daya kretiviti macam mana xnak telur tu pecah.(kirenya storage tu takkan crack/rosak)
Benda ni bila da siap, akan di lepaskan di atas jalan tar.
Agak-agak kuat tak impak dia?
Hurmm.. 

Bila dah siap, present pun macam main-main.
Dan tanpa di duga, 
Game yang bos buat ni,
Aku dapat task kat tempat keje baru ni. Hehehee

Bila dah buat testing, 
Group aku menang.
Walaupun design tu buruk. 
Hadiah?
Menang dapat voucher jusco RM80,
Kalah dapat pendrive 16g!
#nak pendrive......

Dari pukul 10-pukul1ptg.
Then siap2 untuk checkout.
Tapi tak balik KL terus,
Kite singgah ke Colmar Tropicale..



To be continue...

Duit Kertas Ke Duit Syiling Eh?

Last aku gunakan perkhidmatan rapid/LRT,
5bulan lepas, sebelum aku pindah keje kat putrajaya..

Sebab masa tu aku keje kat OUA Bangsar kan.
So, pejam celik pejam celik, setahun lebih,
Aku menggunakan perkhidmatan bas. #Kejapbetulmasaberlalu

Then, bila da dapat offer ke putrajaya,
Rutin dah bertukar.
Kenalah drive ke sana.

Tapi baru sebulan ni, 
Pindah ke Ampang pulak.
Drive juga.

Tapi hari ni,
Gatal sikit, nak merasa naik bas+lrt.
Samada lagi cepat ke atau lambat.

Masa ni la dok mencari duit kertas singgit,
Tapi tak jumpa.
Menggagau lah mencari tapi terpaksa la guna duit syiling..
Kad rapid plak entah mana ntah aku letak..


Masa otw ke bastop,
Boleh plak aku fikir bukan bukan,
Eh, rapid terima ke duit syiling ni?
Ah, sudah!

Terpaksa aku beli kueh untuk pecah kan sepoloh hinggit ni.
Masa nak kluarkan duit dari purse,
Rupanya ada duit kertas singgit!
Haiiihhh..
Tak kan nak letak balik kan kuih tu, 
Terpaksalah beli juga.


Rupanya, rapid terima duit syiling.
Aku boleh plak pk yang dorang pakai duit kertas yang masuk mcm mesin tiket parking kete tu.
APTB!

Haiihhh.. Memori plak bila turun kat LRT Bangsar.
Setahun setgh la juga pergi balik naik bas...


Maybe naik public transport ni ikut musim dia,
Kalau ok, cepatlah sampai ofis, 
Kalau K.O, -.-'''

Thursday 21 March 2013

Tutorial: Transfer Duit ke ASB Melalui Perbankan Internet

Haaaaaa..
Maksudnya, transfer duit melalui Maybank2u ataupun CIMBclicks!

Korang mesti ada ASB kan?
Kalau secara manual, korang bolehlah masukkan duit ke ASB melalui pejabat pos ataupun ke kaunter bank seperti Maybank dan CIMB.

Tapi kadang-kadang pergi waktu rehat pun,
macam tak cukup masa.
Nak beli makanan pun tak dan.

Kat sini aku share info macam mana nak jimatkan masa korang.
Click hanya di hujung jari je.
24jam 7hari seminggu!

Tapi yang penting,
Kenalah register dulu untuk Maybank2u ataupun CIMBclicks kan!

Untuk pengguna Maybank2u,
Korang login macam biasa.
Then, pergi ke langkah 2.
 Cara mendaftar ‘Add Favourite’
1
Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my 
2
Pilih ruangan ‘Investment 
3
Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu 
4
Pilih ‘Add’ untuk mendaftar Akaun ASNB 
5
Sahkan nama unit amanah yang didaftar. Mohon nombor TAC. Klik ‘Continue 
6
Baca dan fahami akuan pengesahan. Klik kotak akuan pada ‘Declaration’. Klik ‘Next 
7
Isikan Nombor Ahli ASNB, Jenis ID, Nombor ID dan Nama Ahli . Klik ‘Continue’ 
8
Semak butiran maklumat dan isikan nombor TAC. Klik ‘Confirm’ untuk mengesahkan langganan 
9
Simpan pengesahan langganan untuk rujukan 
10
Semak status pendaftaran . Rujuk jadual dibawah:
Waktu PendaftaranSemakan status
Sebelum 5.00 ptgSelepas 1.00 ptg hari bekerja berikutnya
Selepas 5.00 ptgSelepas 1.00 ptg dua hari bekerja berikutnya



Lepas dah "Add Favourite",
Buat step ni plak.
Pergi langkah ke2 juga.
Cara menambah pelaburan ASNB
1
Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my 
2
Pilih ruangan ‘Investment’ 
3
Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu 
4
Pilih ‘ASNB Payment’ di sub menu. Pastikan Akaun ASNB yang didaftarkan berstatus ‘Active’ 
5
Pilih akaun pembayaran pemegang unit ASNB dan klik ‘Continue’ 
6
Baca dan fahami akuan pengesahan. Klik kotak akuan pada ‘Declaration’. Klik ‘Next’ 
7
Isi amaun pelaburan dan pilih akaun pembayaran. Klik ‘Continue’ 
8
Sahkan maklumat transaksi. Klik ‘Confirm’ 
9
Cetak pengesahan status pembayaran untuk rujukan 
10
Semak status langganan di ASNB. Rujuk jadual dibawah:
Waktu TransaksiSemakan status
Sebelum 5.00 ptgHari bekerja berikutnya
Selepas 5.00 ptgSelepas dua hari bekerja


Ni untuk pengguna CIMBclicks.
  Cara mendaftar ‘Add Favourite’
1
Daftar masuk ke www.cimbclicks.com.my 
2
Pilih ‘ASNB’ di menu ‘My Investment’ 
3
Pilih 'View Account Status' di 'Select a Service' 
4
Klik 'Add New' 
5
Isikan butiran terperinci seperti di skrin (Nama unit amanah, gelaran nama, No Ahli ASNB, Jenis ID, No ID dan nama ahli). Klik 'Submit' 
6
Mohon nombor TAC. Klik ‘Confirm’ 
7
Tunggu pengesahan status pendaftaran dari ASNB 
8
Klik ‘View Account Status’ untuk status pengesahan. Semak jadual dibawah:
Waktu PendaftaranSemakan status
Dari 10.00 pg hingga 2.00 ptg7.00 ptg hari sama
Dari 2.00 ptg hingga 5.00 ptg12.00 t/hr hari bekerja berikutnya
Dari 5.00 ptg hingga 10.00 pg esok & Hari Cuti4.00 ptg hari bekerja berikutnya



Lepas tu, buat step ni plak.

 Cara menambah pelaburan ASNB
1
Daftar masuk ke www.cimbclicks.com.my 
2
Pilih ‘ASNB’ di menu ‘My Investment’ 
3
Klik ‘Subscribe’ 
4
Pilih unit amanah ASNB/pemegang unit ASNB. Baca dan fahami prospektus ASNB dan klik ‘Next’ 
5
Isikan maklumat langganan seperti di skrin (Jenis akaun, Jumlah pelaburan, No Telefon). Baca dan fahami akuan pengesahan. Klik kotak akuan pada ‘Terms & Conditions’. Klik ‘Submit’ 
6
Semak butiran langganan. Klik ‘Confirm’ untuk pengesahan 
7
Cetak Akuan Langganan 
8
Tunggu pengesahan status langganan dari ASNB 
9
Klik ‘View Subscription Status’ untuk semak pengesahan status langganan. Rujuk jadual dibawah:
Waktu TransaksiSemakan status
Sebelum 5.00 ptgHari bekerja berikutnya
Selepas 5.00 ptgSelepas 2 hari bekerja


Tapi ingat!
Ni untuk menambahkan pelaburan ASB je.
Dan korang akan dicaskan sebanyak RM1.00 bagi setiap urusniaga tanpa mengira jumlah pelaburan
Caj ini akan didebitkan dari akaun simpanan/semasa pengguna

Kalau nak kemas kini buku,
Korang kenalah pergi ke kaunter utama/pejabat ASB
Ataupun agen ASB - Maybank/CIMB/RHB/Pejabat Pos
Selain ASB, ASW2020, ASM, ASD, AS 1Malaysia pun boleh buat juga.

Bila korang boleh buat transaksi ni?
Hari Sama - 12.01 mlm - 5.00 ptg
Hari Bekerja Berikutnya - 5.01 ptg - 12.00 mlm
Urusniaga pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan akan diproses pada hari bekerja berikutnya

Wednesday 20 March 2013

Anggaran 4 Pilihan Untuk Kos Kahwin


hurmm..........
Tepuk dada tanya selera!
$$$$$$$

WW : Chrome


Friday 15 March 2013

Teambuilding di Bukit Tinggi - Part1

Dah nak masuk hujung minggu, 
Baru lah nak update!

Bukan apa,
BZ dengan keje.
Kitekan budak baru. Kena tunjuk komitmen keje tu skit. 
Hehehehe..

Teambuilding ni under company lama aku..
Haaaa...
Actually,
Plan dari awal tahun,
Tapi banyak keje kena setlekan.
Biasalah kita kan vendor..
Ikut je lah kata client.

Tangguh punya tangguh,
Barulah dapat tarikh yang best.
Tapi masa tu aku dah dapat offer keje baru kan..

Tapi plan kena diteruskan.
Ex-bos siap ugut,
Kalau aku tak pergi, 
Semua ni cancel. -.-'''

Lupa plak!
TB ni untuk PPj team je.
HQ tak join.

So, Bukit Tinggi je lah yang available.
Request kat PD, HQ kate xde.

Hari Sabtu pagi pun berkumpul kat tempat yang dijanjikan..
Janji pukul 11pagi,
Tapi pukul 12 baru semua sampai.
Tunggu dorang ni,
Aku sempat lah g basuh kete kat gombak nun.

Perjalanan dalam sejam je macam tu.
Pergi 3 biji kete.
Tapi kite hanya merancang...
Allah yang menentukan segalanya....

Kiteorang chck in kat Meranti Suite Park..
Minyak, makan, minum, penginapan, semuanya ditanggung!






Kata 1rumah dengan family bos,
aku n aisa kena lah jadi pengasuh. Perhatikan budak-budak ni.




Semua aktiviti terpaksa dipostpone ke hari Ahad..
Sebab ada kete member ni,
Elok dah kat resort nak check-in,
Minyak kete bocor.
Fuuuhhh!!
Nasib dah sampai, kalau dibuatnya jadi masa daki bukit tu..
Then pada masa yang sama, 
Salah sorang staff yang excident tu, 
Besi yang support bahu dia, dah terkeluar!
seram weiii..
Muka pucat je.
Ex-bos taknak amik risiko,
Terpaksa turun balik ke KL then terus hantar ke hospital.

So, xtvt untuk hari Sabtu tu, 
BBQ je lah.
Aku n Aisa, skali dengan bos n family.
Budak2 laki, bilik lain.
Petang tu mati akal tak tahu nak buat apa,
Aku n Aisa, g ketok bilik budak2 ni,
Kite mulakan bedtime story.
Macam-macam cerita.
Baru seminggu tak jumpa..

Dah la lapa,
Hujan lagi..
Ntah sapa ntah buka tv channel masakan masa tu!

Then masing-masing boring,
Aku ajak dorang jalan2 sekitar resort ni.
Esok dah tak sempat dah kaaann..

Ni ke penghujung jalan!
Dah penghujung, patah balik. Sebab jalan mati n hutan.
Nampak taman permainan tu?
Situlah tempat kiteorang BBQ.

Tak de tempat pun nak jalan,
Pusing-pusing kawasan resort..
Then tunggu bos balik!

Cafe ke, restoran ke, memang takde!
Bos memang ada bawa extra makanan, 
Tapi segan lah nak rasmikan dulu kan..


Walaupun kiteorang tak ramai mana,
Tapi dah rasa macam 1 family.
BBQ malam tu, 
Bos bagi soalan, sapa yang perlu disalahkan bila jadi macam ni?
#ala, yang bos hantar sorang staff ke hospital tu.








Bukan nak blame, 
Ni salah satu meningkatkan prestasi di alam pekerjaan.
1 soalan banyak jawapan kan..


Esoknya, bos n wife sediakan breakfast!
Tugas aku -- Kena call budak2 ni suh siap2 n datang breakfast!
Oh ya! 

Sorang je yang tak join, 
alasan amik kunci rumah baru -- katanyaa...
Tahulah dah kawin, but plz bg komitment sket!
Setiap kali ada outing ke,
bowling ke, ada je alasan. -.-''
Bukannya tiap-tiap minggu,
2bulan sekali je. Tu pun belum tentu.