Kongsi Resepi

Wednesday, 18 April 2012

Hati-hati Membeli HDD Di PC Fair

Sapa yang pergi PC Fair last week kat KLCC? Hari Isnin baru aku teringat ada PC-Fair. Nak beli hardisk, tapi tak de rezeki. Kenalah tunggu PC Fair akan datang.

 Tengah BW, terjumpa satu cerita ni. Fuuhh!! Nasib tak beli HDD kat sana. Ye la, kalau beli accessories  PC, ok lagi, tapi jangan lah beli set computer/laptop. Memang harga yang ditawarkan murah tambah dengan free-gift yang banyak, sapa taknak kan..? Tapi keburukan dia, bila set computer tu rosak tak sampai setahun guna. Warranty boleh digunakan, tapi lokasi kedai?? Jeng jeng jeng... Dalam resit memang letak lokasi kedai, bila pergi je, kate kedai tu bukan kat tempat yang tertera dalam resit. Rugii daa warannty. 

Sini, aku sharekan pasal sorang foromer ni kena tipu bila beli HDD palsu, dimana dalamnya mengandungi 2 batang besi dan skru. Haaaaa.. Ni pun gara-gara beli kat PC Fair KLCC last week. Ish! Ish! Ish! Bila baca pasal kes ni, nak beli barang-barang computer kat PC Fair pun da takut...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR – Seorang forumer di laman web forum terkenal, lowyat.net, baru-baru ini mendedahkan satu taktik penipuan para peniaga peralatan komputer yang dialami sendiri oleh seorang rakannya di sebuah “PC Fair”.

Dia yang hanya dikenali sebagai Dennis_san memberitahu bahawa seorang rakannya telah mengunjungi PC Fair 2012 yang dipercayai berlangsung di Lembah Klang.

Menurut Dennis, rakannya telah membeli sebuah ‘hard disc’ mudah alih (portable hard disk/HDD) berkapasiti 500 gigabite dengan harga RM185 sahaja dari salah sebuah kiosk, Wins Tech Supply Ent, yang beralamat di Jalan Kuchai Lama, di sini.

Malangnya, rakannya itu mendakwa dirinya tertipu apabila HDD yang baru dibeli itu tidak boleh digunakan langsung setelah pulang untuk cuba menggunakannya dirumah.

Curiga dengan HHD yang baru dibeli itu, rakan Dennis telah membuka “portable hard disk” tersebut dan mendapati ia mengandungi dua batang besi, dua skru dan sedikit komponen USB yang dilekatkan di bahagian dalam alat penyimpan fail komputer tersebut.

Salah seorang forumer, RevolutionWorks mencadangkan kepada Dennis agar melaporkan penipuan tersebut kepada penganjur PC Fair tersebut, Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) dan Tribunal Pengguna supaya tindakan boleh ambil dengan segera.

Berikut adalah gambar HHD itu yang disiarkan Dennis di laman forum tersebut;




Notepad: Kawan aku beli pendrive 4g, tapi dalam size 2g. Sakitnya hatii...

Sumber: Mynewshub.my

No comments: