Kongsi Resepi

Saturday 25 February 2012

Korean Version

Korea? Penyanyi ataupun pelakon sekalipun, walaupun tak berapa kenal sangat, tapi fans dorang, jangan cakap la. Melayu pun ada juga yang fanatic. Hehe. Bak kata mak aku dulu la,

Kau memanglah kenal dorang, dorang tu kenal ke kau?

Huahuahua...! Menusuk kalbu perli tu. ;) Ok, stop!

Aku start layan cite korea ni masa tahun 2000, tak salah aku, Winter Sonata, 1st drama korea ditayangkan kat tv3. Punyalah semangat nak balik cepat dari sekolah, kadang-kadang tu, jejak je tanah lepas turun bas, berlari kau semata-mata tak nak lepaskan starting drama dia.



Winter Sonata

Aku nak tengok pun sebab Bae Yong Jun, hero Winter Sonata ni. Haha. Sanggup aku download full drama and burn ke CD. Huahuahua. Walaupun jalan cerita dia slow, tapi nak tengok hero punya pasal, layan kan je la.

Lepas Winter Sonata habis, diganti plak dengan drama Autumn In My Heart. Ni pun sama juga spesis dia, Hero dia juga. Hahaha. Ni pun sanggup download full drama dia. Tapi ni lagi tragis dari Winter Sonata, lagi slow cite dia, asik dok nanges jeee. Tak larat kadang-kadang nak tengok.


Autumn In My Heart

Lepas tu, muncul plak Meteor Garden. Maybe. Masa tu aku da tak layan sangat, tapi aku teringat classmate masa sekolah dulu, fanatic giler kat pelakon Meteor Garden, sebab dorang adalah penyanyi yang lengkap dengan pakej. Sanggup kawan aku beli magazine cine semata-mata ada gambar mamat-mamat MG ni walaupun sepatah haram pun kau tak faham. 

Yang aku ingat, Full House, My Girl, lagi apa ntah. #memang dah lame tak ikut perkembangan drama korea ni.

Lepas tu, muncul plak K-Pop bagai. Macam SuperJunior, #Huahuahua, tu je yang aku kenal! Ah! Macam-macam la group sekarang ni, M-Pop tak pasal-pasal pun ada juga kot? ^_^

SuperJunior


Tapi dalam banyak-banyak lagu korea aku dengar, video clip ni la yang tak pernah boring and touching sangat. Walaupun tak faham maksud dia, tapi penyampaian jalan cerita tu pun da tinggal kan kesan. Jom layan.... 

KISS - Because Im A Girl

Bila ingatkan balik, kelakar pulak masa zaman sekolah dulu. Excited bagai duk depan tv. Hehe..

Friday 24 February 2012

Rahsia Memudahkan Rezeki

Salam Jumaat semua :)
Tak semuanya yang indah itu indah, Dan tak semuanya yang cela itu cela. Kadang-kadang yang indah boleh membawa kepada keburukan  dan keburukan itulah yang akan berakhir dengan keindahan
Hari ini adalah hari  Jumaat segala penghulu hari, aku akan sharekan rahsia untuk memudahkan rezeki. Moga-moga kite semua dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan. Amiinn....


1. Istighfar paling kurang 100kali dan jika banyak masalah bacalah 1000kali sehari atau lebih pun tidak mengapa, Insya-ALLAH akan terbuka jalan penyelesaian kepada masalah itu. Istighfar membuka segala simpulan. Apa saja yang berlaku di dalam hidup kita, kunci masalah adalah di dalam hidup kita. Kitalah puncanya, Tujan tidak menzalimi kita sebaliknya kita yang menzalimi diri kita sendiri. Istighfar adalah konsep zero minda iaitu kosongkan jiwa hanya ada Dia. Bila ada Dia di dala, hidup ini maka semua masalah akan tidak ada apa-apa. Hanya Dia yang mengaturkan semua maslaah. Serahkan kepada Allah semuanya. Buat secara istiqamah. 

2. Jika ada masalah atau mahu mendapat rezeki agar diberi jalan untuk mempermudahkan. Buat selawat selama 10hari sebanyak 1000kali sehari. Dengan niat khusus. Tapi jangan lupa solat fardhu.

3. Buat solat taubat bermula daripada titik untuk berubah buay setiap malam. Kemudian buat solat tahajjud kerana di situ banyak keistimewaan yang dijanjikan.

4. Buat solat duha jangan putus. Solat duha memang hebat sangat peranannya, rezeki melimpah ruah. Keberkatan datang, tapi jangan buat untuk dapatkan duit tetapi untuk mendapatkan keberkatan dan kasih sayang Allah. Kunci dunia ini adalah kasih sayang jika ada kasih sayang yang baik dari Allah maka Allah akan beri apa saja yang Dia mahu. 

5. Jaga dan sayangi ibu bapa macam mereka adalah raja di dalam hidup kita walaupun ibu bapa kita tidak menyukai kita. Buatlah apa saja yang boleh untuk menyayangi ibu bapa kita. Orang yang berjaya adalah orang yang menyayangi ibu bapa mereka.


Selamat beramal 

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....

***

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

***


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menenui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum...
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu            lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."



Satu minggu kemudian,  LELAKI  menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi,  LELAKI  meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.


Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA , tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

*******

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...*

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Tuesday 21 February 2012

Awak kuat, saya pun kuat

Allah menduga kite dengan bermacam-macam ujian. Cuma kadang-kadang kite je yang tak rasa bersyukur dengan apa yang kite ada. Kite je yang rasa yang kite ni lagi susah dari orang lain sedangkan orang lain lagi susah dari kite. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Cuma aku tak reti nak bagitau orang apa yang aku alami. Aku cuma share kan suka-duka dengan orang yang aku sayang, percaya, susah senang bersama, mrMok. Dialah sumber semangat bila aku down. Dialah tempat aku share semua. Walaupun dia tak mampu nak tolong sangat, tapi dia sentiasa ada untuk aku. Selalu motivatekan aku. Dia selalu pesan,

"Orang kuat kalau dia kuat. Kita harungi sama-sama. Dorang tak boleh buat apa-apa kalau kehendak Allah macam tu. Dan orang akan cuba semampu yang ditakdirkan. "

Awak, terima kasih ye sebab sentiasa ada dengan kite. DIA dah menduga kite awal-awal da. Dari dulu sampai sekarang, tapi kite rasa dugaan sekarang kecik sikit dari dugaan dulu kan. DIA menjadikan kite kuat untuk menempuh dugaan akan datang, supaya kite lebih bersedia. Awak je yang boleh coolkan kite bila kite tekanan. Orang lain tak tau apa kita alami. Luaran memang nampak happy, tapi sebaliknya. Hanya DIA yang mengetahui segalanya..

#Cinta hati saya

Walaupun dia tak sempurna di mata orang lain, tapi dia sempurna dimata aku. Yang akan menjadi imam dan membimbing aku ke Jannah, InsyaALLAH. Moga-moga Allah permudahkan jodoh kami berdua hingga ke syurga. Amin..


Ramai orang menilai seseorang dengan rupa paras dan harta. Sedangkan belum sempat kenal betul dengan seseorang tu, dah blame orang tu macam-macam. Jangan prasangka buruk, nanti terkena batang hidung sendiri. Tepuk dada, tanya iman.


Saturday 18 February 2012

Hujan Oh Hujan

Teringat masa zaman kecik-kecik dulu, hujan lah waktu paling best, sebab dapat main ujan, lagi bila balik dari sekolah rendah agama. Aku pergi dan balik sekolah jalan kaki je. Bila hujan je, tak pergi mengaji, alasan hujan. Chet!! Paling seram penrah kawan-kawan sepermainan dulu cakap, kalau masa hujan, korang duduk bawah pokok, then bila dah guruh-guruh, korang balik rumah terus, then tengok balik pokok tempat korang teduh tu, nanti ada "benda" duduk bawah tu. Annoying gile. Haha. Biasalah, budak tak cukup umur, percayalah bulat-bulat, lagi-lagi bila belakang rumah aku ni ada taman permainan dan pokok yang tak pernah nak tinggi..


Memandangkan sekarang musim hujan, so kebarangkalian untuk bangun pergi kerja adalah tipis. Hahaha! Nak dating pun kena cancelkan last minute. Semalam ntah kenapa teringin nak makan kat SS2. Lama kot rasanya tak pergi. So, aku dengan mrMok pergilah selepas balik keje. Mula-mula cuaca cerah, ntah tiba-tiba masa otw tu, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Terpaksalah berdating sekejap bawah jambatan. Pengalaman pertama sebab tak pernah merempit tengah-tengah hujan ni. Tapi takutlah juga bila duduk bawah jambatan tu dengan kereta, bas lalu lalang. Tawakal je la. Bila hujan dah reda, baru meneruskan destinasi. Alhamdulillah, sampai juga tempat yang nak dituju dan menghadap rezeki didepan mata. Sejuk jeeee. Takpe, susah-susah dulu, senang-senang kemudian. Bila lagi nak merasa susah kan asyik merasa senang jee. ^_^


Sumber: Pakcik Google

Tuesday 14 February 2012

Tak ada dalam listing

Lepas balik keje, jumpa mrMok. Weekend lepas tu tak dapat nak jumpa, so postpone la ke hari ini. Kiteorang just pergi makan, makan n makan. No shopping! Ongkosnya ngak ada dong. Hehe.

So, masa nak duduk tu, sebab aku yang pergi order and belikan makanan, tiba-tiba dia bagi kad. OMG! Terkejut acik tauu.. Sebab aku tak dan nak beli kan pape present untuk dia. Ingatkan kad je, then get another surprise. Dia kate, ni sekali dengan present birhday. Huuuuhh T_T .. Birthday kite lambat lagi la, tak dapat hadiah da.

Tapi yang buat aku betul-betul surprise bila dia bagi "mini camera". Terharu mak, ok. Sebab benda ni takde dalam listing dan tak tertarget pun akan dapat benda ni. Hehe. Dan aku pun da lupa pasal mini camera ni. 3,4 bulan lepas ada juga tengok-tengok.. Bukan camera semata-mata, tapi ia adalah pendrive. But I love it, sayang. Thank you, awak :)



Sekarang dah macam-macam design dah pendrive ni. Ish! Ish! Ish!


Awak, kite nak macam ni boleh tak? Heeee... *Blingbling mata*



Monday 13 February 2012

Adakah Mereka Memahami?

"Jangan memilih."
"Bila la dapat merasa makan nasi minyak free ni?"
"Tak teringin ke nak beli kereta?"
"Alaaa.. saje je tanya, bukannya makcik nak sangat duet gaji kamu tu."


Pernah kena situasi macam ni? Huhu. Sangat tension kan. Aku pun tension juga. Sampaikan xtau da nak explain macam mane kat dorang-dorang ni. Yang dorang nampak, luaran je. Dalaman, hati ni, dorang tak tahu.

Situasi pertama:
Jodoh ajal maut pertemuan semua kat tangan ALLAH. So, kite ni kena la berusaha dan bertawakal. Lakukan istikarah. Kite yang nak melangkah ke gerbang perkahwinan, bukan dorang. Bila dah dapat yang sempurna (ok! memang manusia semua tak sempurna, ini perumpaan je), nak cari lagi sempurna. Acaner?? Ye dak.. Bila masa makin berlalu, baru la dok tanya itu tanya ini. Kalau dah sampai seru, sampailah die.

Situasi dua:
Bukannya tak mampu nak membeli sesuatu aset untuk diri sendiri, tapi belum sampai masanya. Jangan la nak membandingkan kite dengan orang lain.

Misalnye:
"Tengok anak acik si polan ni, da kuarkan kete da. Kau tak teringin ke nak kuarkan kereta bila da keje?"

Dorang tak tahu apa yang kite laburkan dengan duet gaji dan pada masa yang sama kite fikirkan juga situasi dia. Memang la dah kerja ni pun masih lagi duduk dengan family, so perbelanjaan seperti bilik sewa, bil rumah sewa tak diperlukan cuma bila situasi di kawasan perumahan macam kawasan rumah flat. Padat yang amat kereta. Tu belum lagi dicampur dengan booking parking tak berbayar, last-last tuan yang membook parking tu pun parking kereta kat luar. So, kebarangkalian untuk mengeluarkan kereta adalah tipis. Baru kuar 2minggu, da calar. Tak ke sedih? Parking dah la kene block kereta orang laen. Di buatnye tak perasan tertarik handbreak, dapat la kau surat cinta atau painting kat kereta baru tu. Huhu

Situasi Tiga:
Makbapak sendiri pun tak tau sangat gaji kite, ni kan pulak nak bagitau orang luar gaji kite berapa. Achikk die laa. Aku paling tension dengar statement tu. Tak kerja mengata, kerja pulak sebuk nak tau berapa income. Bagi aku, benda ni terlalu peribadi.

Kadang-kadang tu, bile da dapat yang sempurna, dorang nak lagi sempurna. Bila dah ada calon, ada je yang tak kena. Bila tak de, baru sebok nak tau semua tu. Manusia tak pernah merasa puas apa yang mereka nampak, apa yang mereka ada, dan apa yang mereka dengar. Aku bukan nak blame sape-sape, but this is fact kan terutamanya perempuan. ^_^


Percaya lah, rezeki tu ada, cuma lambat dengan cepat je.

Wednesday 1 February 2012

Busy making other plans


“Life is what happens to you while you're busy making other plans.” 

Roller Coaster

Assalamualaikum

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat untuk create blog buat tatapan pembaca, silent reader sekalian. Syukur padaMu Ya Allah, aku masih lagi bernafas, diberikan kesihatan yang baik pada hari Jumaat yang mulia ni. :)

Sebelum ni, aku pernah ada 1 blog masa zaman U dulu, tapi terlupa link&password blog tu. So sad! Banyak kot cerita suka&duka masa di U dulu. Ada cerita pasal classmate, rutin harian, en mok a.k.a en boifren, family dan semua aktiviti masa di U. Bestnye waktu masa tu. Tak de pikir masalah luar, just pening untuk settlekan assignment, presentation and final project untuk kejar duedate. Rindunyeee. Alhamdullilah, habis juga pembelajaran di U. 



Tak pe lah kan, jadikan blog baru ni sebagai satu perjalanan hidup baru selepas tamat belajar. Kisah hidup, kisah pekerjaan, kisah hati, kisah masa depan, kisah keluarga, kawan-kawan dan sebagainya. Moga tahun 2012 ni memberikan 1001 kenangan untuk tatapan untuk bakal suami dan anak-anak. 

Salam perkenalan yee :)