Kongsi Resepi

Monday 30 April 2012

Previous Birthday Gift



Lagi seminggu, usia akan bertambah. Umur da masukkkk... Teeeett! Hahahaha. Dan pada masa yang sama, cepat masa berlalu, dah masuk setengah tahun dan juga bulan puasa nak dekat da nih. Cepat betul.... 

Hari ni, tetiba nak review balik surprise birthday-gift yang aku dapat dari mula kenal chenta-hati sampai lah tahun lepas. Tapi bila dikenangkan balik, makin tahun makin tak mengharap dah nak hadiah apa. Sebab, semuanya dah ada. 


TAPI.....
Yang penting, as long as chenta hati ada disisi, celebrate sama-sama walaupun makan di gerai tepi jalan pun dah syukur alhamdulillah. #Betullah, awak!

Standardlah kan, bila belum tiba masanya lagi, teringin-ingin hati nie nak tu, nak ni, nak memiliki benda idaman hati. Tapi bila dah dapat offer, kiranya ada orang dah buka offer NAK APA, masa tue lah acik tak tahu dah nak apa. 

Macam duet juga, bila dapat gaji, tengok barang yang idamkan sebelum gaji kuar, meluap-luap nak, bila dah ada gaji, pandang sebelah mata je. Nafsu nak memiliki pun dah ilang. Kaannn..

Jum, aku sharekan barang-barang yang pernah dapat. Walaupun tak semewah berlian, tak semahal Coach, tak secantik Guest, asalkan ikhlas dari hati, dan dia tak lupa hari istimewa pun, da ok kan.

2008
Chenta hati buka offer untuk aquarium ni. 
2-3 hari kemudian, da dapat "cucus ikan". Lagilah berkobar-kobar nak bela ikan.


Masa ni lah 1st time tengok ikan beranak. Banyak giler. Comelnyaa. Aritu sempat kira, dalam 30ekor anak dia, tapi yang hidup 10 ekor je. Tak tahu napa.

Setahun kemudian, 2009...
tak de present, but surprise yang memang tak dijangka.

Nasib lah pakai wane itam.


Setahun kemudian.. 2010..
Apa eh?? Hurm.. 
Oh! Kasihsayang yang bertambah-tambah. Masa ni ekonomi gawat..
Pergi makan, makan n makan. Dan karaoke.
#Rutin tahunan
Pastu dapat ni.
#Sebab nama "Bubu"

Tahun 2011..
Ekonomi stabil balik, acik disunting! :D
Pergi GH, yang telah sekian lama tak pergi. Best best best!
Semua game, kiteorg main. Dan shopping. 

Celebrate sekali dengan Hari Ibu with future-MIL.
future-MIL sponser.
Dan dapat ni.

Bos sponser kek+belanja makan
And officemate belanja Famous-Amos
TQ! 

#Tahun ni lah yang paling best.
TERIMA KASIH SEMUA


DAN
Untuk tahun 2012.....
Jeng jeng jeng...
14Feb2012 aritu dapat Mini DSLR Pendrive #speechless

Katanya tu sekali pakej untuk birthday comingsoon.
Hurmm..
Awak, minggu depan ada dapat pape tak? 
#Kelip-kelip mata sambil senyum.


Notepad: Korang da GANTI PUASA belum?? 

Friday 27 April 2012

Putih dan Hitam



Diri kita umpama sehelai kertas... 



Warnanya putih kerana banyaknya kebaikan yang kita buat. Apabila kita melakukan satu-satu kesalahan sama ada disengaja atau tidak, terpalit setitik dakwat hitam di atasnya. Begitu juga jika kita punya sesuatu kelemahan.

Biasanya manusia akan terdorong untuk melihat titik hitam yang sedikit itu berbanding keseluruhan kertas yang putih. Biasanya manusia terdorong untuk menghukum kita berdasarkan titik hitam, bukannya keseluruhan kertas yang putih.

Kebaikan kita walau sebanyak mana pun, susah orang hendak nampak dan iktiraf. Tapi kesalahan, kesilapan atau kelemahan kita walaupun kecil, cukup cepat orang nampak.

Oleh itu, berhati-hatilah. Berusahalah agar kertas putih kita tidak terpalit apa-apa kotoran lain, sekalipun kecil. Kerana selalunya manusia menghukum kita dengan melihat kotoran yang sedikit itu.

Thursday 26 April 2012

Realiti Hidup

Semalam, tengah clik-clik youtube, terjumpa 1 video nie. 

Realiti kEHIDUPan
Menarik. Short-film yang telah ditonton seramai 9,455, 671 kali. Sembilan juta, bukan bilangan yang sikit. Short-film ni menayangkan tentang sesuatu hubungan yang lazimnya akan melalui 7fasa.

Strangers, again  

Stage 1: Dating - Pertama kali berjumpa..
Stage 2: The Chase – Tempoh berkenalan dengan lebih mendalam - This is the best part!
Stage 3: Honeymoon – In relationship
Stage 4: Confortable - Keadaan terlalu selesa dan kurang menarik | Dah tak tau nak borak apa!
Stage 5: Tolenrasi – Salah faham, tidak berusaha untuk memahami antara satu sama lain
Stage 6: Downhill - Bergaduh, tidak berkomunikasi, tidak dapat menyelesaikan masalah
Stage 7: Breaking up - bercerai atau perbaiki?

Mesti baru korang perasan kan, yang korang melalui stage-stage ni tanpa sedar. Sapa yang pernah gagal dalam percintaan dulu, mungkin dah sampai stage 7 dan akan mulakan balik dengan stage 1.

Tapi untuk sesuatu perhubungan yang lama, tak kira lah dah kawin ke, atau masih bercinta, stage 4 lah yang perlu berjaga-jaga.

 Jika awal percintaan/perkahwinan, semuanya serba wangi, kemas je, selepas masuk tahun ketiga ke atas, mula lah pakai yang simple, mekap pun tak berapa nak mekap.

Jadi, terjadilah mencari kesalahan antara satu sama lain, dimana masing-masing perlulah berusaha untuk memperbaikai sesama sendiri. Kalau tak, tanpa sedar kita akan perlahan-lahan masuk ke stage 5 dan 6.

Tak mustahilkan, ramai yang nak sempurna, mengharapkan kesempurnaan dengan pasangan masing-masing. Tapi, pernah tak kita muhasabahkan diri untuk memperbaiki kelemahan kita sendiri? 

"Jika mahu yang sempurna, jadilah orang yang berusaha ke arah kesempurnaan dahulu"

Jangan terlalu meletak kesempurnaan yang berlebihan dalam perkahwinan, kerana perasaan itu akan berubah menjadi kecewa apabila hilang kelebihan pada pasangan kita tu nanti. 

Bukan ke hakikat kejadian manusia itu Allah dah ciptakan untuk saling lengkap-melengkapi??

Moga Allah memelihara kita dari ujian kehidupan dengan apa yang kita katakan. Wallahu'alam.

Segmen : Tambah Follower Tambah Kawan

Ada segmen baru...
Kali ni, segmen : tambah follower tambah kawan, dianjurkan oleh syamirazainan dan ditagged oleh Ayuejean...
Thank you tag kita. :)

 
Sila clik gambar di atas :)


Kalau ikotkan malas nak join, sebab kite BW orang, follow dorang, tapi dorang tak reply. Macam saje je masuk, tapi tak de buat apa-apa pun.. #Tepuk tanya, tanya seleraa :)

Tapi tak pelah, memandangkan dah lama tak join segmen BW ni, aku menjoinkan diri. Sapa-sapa nak join juga, sila lah. Syarat yang simple. Cekidout!

Kita tagged awak pulak!



Sunday 22 April 2012

Senyum....



Senyum.... 
Tak perlu kata apa-apa :)

Saturday 21 April 2012

Seratus??

Ada apa dengan 100? 
Saja je nak buat entry dengan nombor 100...
Aku pernah buat entry pasal Titanic, ulangtahun tragedi Titanic ke 100 tahun. Rasa kejap je masa berlalu. Walaupun 100tahun dah berlalu, tapi misteri Titanic masih segar hingga ke hari nie. 

Selain daripada tue, baru lah hari ni, dapat folowers ke 100... Thanks ye sudi jadi followers blog yang baru nak membangun nie. Aku promote lah blog dia ni skali.. Dah alang-alang kan... :)



So, hari sabtu ni, korang pergi mane? Aku nak berjoging sat dengan adik.. Dah lama tak exercise nih.. 


Eeee.. Cam Tak Caya Lah!

Balik dari keje, makan-mandi-solat-siap, terus zaaaasss ke Shah Alam, amik adik kat rumah sewa nak bawa balik. Tapi singgah dulu downtown Shah Alam, boleeeeeehhh~ laaa.. Acik pening masuk situ, kedai memang banyak, tapi kiri kanan kena tengok kedai, pastu banyak simpang-simpang, so, lost mane kedai yang jadi target mula-mula. Dapat la sehelai inner yang dicari.

Kat highway, banyak betul kereta yang menghala ke KL mahupun Klang. Sedangkan jam dah tunjuk pukul 11:30pm. Oh Lupa! Esok kan hari sabtu, malam ni la meronggeng-ronggeng. Hahahaha.

Sampai rumah, terus online blog dan sewaktu dengannya. 1st tengok followers. Tiba-tiba tengok followers meningkatlah. Walaupun tak ramai mane, tapi penambahan 1-2 followers tu, alhamdullillah lah. 

Ternampak satu icon gambar ni, "Eh! Eh! Cam tak caya lah! Biar betul..." Baru 1st time wat entry pasal followers ni, tapi dah disenaraikan sebagai "FOLLOWERS TEGAR". And menjadi followers kat blog yang serba kurang tak macam blog lain. Hehehehe. #Ye, aku jakun sikit. Tak hot macam korang-korang kannnn..


#Lagi  sorang je lagi..... 

Friday 20 April 2012

Vote EqbalZack for DiGi WWWOW Awards 2012!

Last entry untuk hari jumaat, sebelum masukkan hujung minggu. Tengah BW, termasuk blog Abg Eq. Terjumpa 1 entry.

DiGi WWWOW Awards 2012 kembali lagiiii....
Kali ni, Abg Eq a.k.a EqbalZack tercalon. So, jum kite sama-sama vote untuk Abg Eq dan moga-moga Abg Eq memang dlam kategori Nuffnang Blogger Of The Year. :)

Pada masa yang sama, korang juga berpeluang memenangi branded handphone yang akan di diberikan pada next contest yang Abg Eq buat dalam bulan ni juga...

Untuk info lebih lanjut, KLIK kat sini ye.. Kang cite panjang-panjang pun, takut korang tak faham & confius?

Nak button ni, jum la join & vote!

Good-luck Abg Eq.


Thursday 19 April 2012

Siapa lahir pada tahun 80-an?

Sebelum ni, aku review pasal namecard masa sekolah dulu. | Click sini | Kali ni, aku share terus video masa generasi aku atau erti kata laen, sapa yang lahir tahun 80-an dulu.. 

Dalam video nie, semuanya ada masa zaman kanak-kanak dulu. Adoi, teringat kot zaman kecik-kecik dulu. Tapi itu lah, budak sekarang rasa macam rugi kot, dorang tak dapat merasai zaman keseronokan kanak-kanak. Apa tak nyeee.. baru darjah 1, dah pakai i-pad derrr. 

Aku ni, terkial-kial nak mengumpul duit nak beli benda alah tue. Yelah, teknologi makin maju kan. Masa sekolah tadika dulu, masa tue lah main pondok-pondok, mandi sungai, nyorok-nyorok, korek-korek tanah... 
OMG! Rindunyaaaaa...

Main pijak-pijak kasut a.k.a Pespi cola first!

Jum kita imbas balik zaman kanak-kanak kite dulu, selain dari susu coklat bantuan yang diberikan kat sekolah. Nostalgia gileeerr.

#Video dari Jinnyboy
 "The Moffats"

Biodata tu yang tak tahan!! Haha

I have a pen, 

The pen is blue

I have a friend

The friend is U!

Proud To Be Malaysian :)

Selain dari Matlufti and AnwarHadi, Jinnyboy juga menjadi pilihan aku. Tak boring tau tengok video dorang...
Matlufti tak boleh kalahlah, dia lah antara vblog yang paling cute! Hehehe.. 

"We call everyone BOSS"
"I See You!"


Wednesday 18 April 2012

Pantang Larang



Pernah dengar orang tua-tua cakap macam ni kat korang tak?


"Eh, anak dara tak boleh jadi pengapit!
Eh anak dara tak elok lah tepung tawar kat pengantin...
Nanti lambat kawin!"

Haaaa... aku arini baru tau n baca benda ni. Betul keeee? 
Selalunya yang ni, aku tau lah,

Anak dara tak elok duduk kat tangga, nanti tak de sapa nak pinang

Macam ni nak tarik diri lah dari jadi pengapit untuk kazen aku nexwek. Takut pulak dengar. 

Tapi ni lah 1st time jadi bakal pengapit. Tepung tawar tu da selalu.. Untuk kawan-kawan, sepupu-sepupu kaannn..

Tapi kalau betul laaa... 
Ish!Ish!Ish!

Hati-hati Membeli HDD Di PC Fair

Sapa yang pergi PC Fair last week kat KLCC? Hari Isnin baru aku teringat ada PC-Fair. Nak beli hardisk, tapi tak de rezeki. Kenalah tunggu PC Fair akan datang.

 Tengah BW, terjumpa satu cerita ni. Fuuhh!! Nasib tak beli HDD kat sana. Ye la, kalau beli accessories  PC, ok lagi, tapi jangan lah beli set computer/laptop. Memang harga yang ditawarkan murah tambah dengan free-gift yang banyak, sapa taknak kan..? Tapi keburukan dia, bila set computer tu rosak tak sampai setahun guna. Warranty boleh digunakan, tapi lokasi kedai?? Jeng jeng jeng... Dalam resit memang letak lokasi kedai, bila pergi je, kate kedai tu bukan kat tempat yang tertera dalam resit. Rugii daa warannty. 

Sini, aku sharekan pasal sorang foromer ni kena tipu bila beli HDD palsu, dimana dalamnya mengandungi 2 batang besi dan skru. Haaaaa.. Ni pun gara-gara beli kat PC Fair KLCC last week. Ish! Ish! Ish! Bila baca pasal kes ni, nak beli barang-barang computer kat PC Fair pun da takut...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR – Seorang forumer di laman web forum terkenal, lowyat.net, baru-baru ini mendedahkan satu taktik penipuan para peniaga peralatan komputer yang dialami sendiri oleh seorang rakannya di sebuah “PC Fair”.

Dia yang hanya dikenali sebagai Dennis_san memberitahu bahawa seorang rakannya telah mengunjungi PC Fair 2012 yang dipercayai berlangsung di Lembah Klang.

Menurut Dennis, rakannya telah membeli sebuah ‘hard disc’ mudah alih (portable hard disk/HDD) berkapasiti 500 gigabite dengan harga RM185 sahaja dari salah sebuah kiosk, Wins Tech Supply Ent, yang beralamat di Jalan Kuchai Lama, di sini.

Malangnya, rakannya itu mendakwa dirinya tertipu apabila HDD yang baru dibeli itu tidak boleh digunakan langsung setelah pulang untuk cuba menggunakannya dirumah.

Curiga dengan HHD yang baru dibeli itu, rakan Dennis telah membuka “portable hard disk” tersebut dan mendapati ia mengandungi dua batang besi, dua skru dan sedikit komponen USB yang dilekatkan di bahagian dalam alat penyimpan fail komputer tersebut.

Salah seorang forumer, RevolutionWorks mencadangkan kepada Dennis agar melaporkan penipuan tersebut kepada penganjur PC Fair tersebut, Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) dan Tribunal Pengguna supaya tindakan boleh ambil dengan segera.

Berikut adalah gambar HHD itu yang disiarkan Dennis di laman forum tersebut;




Notepad: Kawan aku beli pendrive 4g, tapi dalam size 2g. Sakitnya hatii...

Sumber: Mynewshub.my

Segmen : Blog Pilihan Zamani 84

Whoooaaaa.. 
Lately ni asik join segmen last-last minit je. Baru semalam update segmen yang tarikh tutup lagi 2hari. Terkial-terkial menjoinkan diri. 
Kali ni, aku join "Segmen : Blog Pilihan Zamani 84".  Tarikh tutup lambat sikit, 24 April 2012.

#Sila clik gambar di atas untuk maklumat lanjut
Sekali pandang macam Aaron Aziz kan? #wahhh...nak juga aaron aziz..

Segmen kali ni memang simple.
Tiada syarat, tiada peraturan.
Tiada kriteria istimewa diperlukan.
Semua kategori blog pun boleh join, walaupun blogger yang baru berjinak-jinak.
Just be yourself (blog) =)
Setiap blog ada kelebihan tersendiri kan?

 Top 5 blogs pilihan Zamani 84 menjadi pilihan dan akan dipromosikan secara EKSKLUSIF selama seminggu bagi setiap sebuah blog di dalam 1 entry STICKY POST dan akan dimasukkan dalam bloglist Zamani 84 sampai bila-bila. Best best best ni!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah blogger sapa yang tauuuu kaann? ^_^

WW: Thesis


Rindunya saat ni. Rasa nak "buat" lagi la...


Segmen Pka Rahim : Surprise

Rasanya ni kali kedua join segmen Pka PkaChu Rahim. Kena tagged dengan sikecik ni lagi. TQ TQ! 
Tarikh tutup 19 April 2012. Fuuuhh.. Nasib sempat lagi. Jummmm..

#Sila clik gambar atas ni. :)


Surprise yeee... Hurrmmm...
Banyak kejadian surprise-surprise nih cuma ingat tak ingat je lah.
Bagi aku setiap hari adalah surprise.
Sebab apa?

Sebab aku tak tahu apa akan jadi 1saat lepas ni. Jangan kan 1 saat, 1 minit, 1 jam. esok, lusa, tulat, minggu depan dan sebagainya. Benda simple, apa yang kita rancang, Allah yang tentukan kan. Tak ke surprise? Bila tak jadi apa yang dirancang, then ada hikmah disebaliknya, kaaann? #Ni da melalut dah ni.

Ok Ok! Back to basic...
Antara surprise yang tak boleh lupa ialah masa birthday last year(2011). Tak pernah merasa celebrate birthday 4kali dalam 2minggu tu.


Tahun lepas, birthday aku jatuh pada hari bekerja, so, dengan tiba-tiba, bos offer nak belanja makan. Ingatkan belanja makan je, rupa-rupanya ada kek sekali. Tak cukup untuk kek hari ni, esok bos bawa kek lain plak ke ofis, maybe kek celebration dia kot, sebab tarikhlahir dia, selang seminggu je dengan tarikhlahir aku. Sampaikan kena paksa bawa balik rumah lah.


 Lepas tu, masa weekend (sabtu), pergi berfoya-foya sakan kat GH (bukan nama sebenar)  dengan chenta hati. Alhamdullilah, rezeki melimpah-limpah masa tue, kalau sebelum ni main game adalah limit, tapi masa tue, dapat lah juga merasa semua game termasuk indoor game. Dan juga dapat shooping kat GH. #Eeee.. macam tak caya! Rezeeekkiiiiii... 



Penat semalam tak hilang, tiba-tiba future-MIL ajak pergi picnic. Bila sampai je kat rumah chenta hati, tup tup dapat loket rantai dari f-MIL. #Macam tak caya. 




Acik tacing masa tue. Tak terpikir plak dapat loket tue. Kejadian, loket tue sama dengan cincin risik aciklah. Bila dah sampai PD, dapat plak kek + balingan tepung.Masa tue kan jatuh Hari Ibu, so, celebrate lah sama-sama. 

 

Nexwek, ayah aku buka offer, nak g karaoke, celebrate birthday lagi sekali. Kali ni birthday aku+emak aku. Chenta hati pun ada. Best je masa tue. Spend a quality time with them. :)


#Mak Pak ada kat depan kiteorang

Ni lah birthday tahun 2011 yang paling best. Walaupun banyak suka duka yang jadi..
So, hadapi dengan senyuman je la. Hehehe...


Kali nie, turn AWAK plak kite tagged!
Sheda Ucu
Nour Eyza
Amyaby

Tarikh lahir mak aku sama dengan tarikh lahir boss. Peeeaaaccee yyooowww!

Tuesday 17 April 2012

Setahun Sudah Berlalu

"Takutnye interview esok. 1st time nih dapat panggilan interview lepas 3minggu final project presentation. "

Ni kisah pada tarikh hari ni, tapi berlaku tahun lepas....

Esok....
Genap seminggu setahun aku kerja kat tempat kerja sekarang ni. Alhamdullilah, rezeki bertambah-tambah, walaupun banyak dugaan. Bermula dari bawah, tapi sekarang dah kena monitor staff bawahan pulak. Lagipun office dekat dengan rumah, naik bas je pergi kerja, sebab naik bas depan rumah, turun bas depan office.. So, buat ape sesakkan kepala nak bawa kereta sedangkan semuanya senang? Hehe...

Bila imbas balik, selama setahun kerja kat sini, macam-macam benda yang jadi.
Hari pertama kerja, bos dah belanja makan. Kerja lebih masa.. Lepas tue, celebrate birthday, selang seminggu je dengan harijadi bos, so, dapat kek 2hari berturut-turut... Sampaikan kena bawa balik lah. Then.. rezeki bertambah-tambah bila hujung tahun. Bos selalu belanja makan... Mesti korang kate; 

"Bestnyeee... dapat bos macam tue." 

A'ah. Memang best, tapi ada makna tau. Hari nie dia belanja, 2 hari kemudian, dapatlah kerja menimbun-nimbun sampai kena stayback lah. Paling lama, 5hari berturut-turut  balik lambat.
BEST KAN??

Walaupun macam-macam peel staff sebelum ni, tapi tue semua pengalaman. Yang kelakar, ada sorang bekas staff ni, punya menangis-nangis masa bercakap on phone, tiba-tiba minta half-day, nak balik. Ingatkan ada family meninggal ke apa ke kan, rupanya PUTUS CINTA. Ni lawak! Kau nak half-day sebab bf tinggalkan kau? Pelik pelik. Tak dapat cuti arini, dia MC la esok nya, katenya ada hal, sedangkan pergi cari ex-bf dia. Ish! Ish! Ish! Macam-macam.

Lagi 22hari lagi. TIKtokTIKtok~~!

Titanic Part 1 - 100tahun (1912 - 2012)



PART 1

#Undangan pelancaran Titanic

Bersempena ulang tahun ke-100 tragedi Titanic, saluran History akan mempersembahkan sebuah dokumentari berjudul Titanic Mystery Solved pada 15 April 2012.




My Heart Will Go On

------------
----------------------------------------------------------------------------------------
Notepad: Semua adalah sumber dari pakcik-Google

Saturday 14 April 2012

Titanic - Korban Selamat Terakhir Titanic

Ok Ok! Ni entry last untuk TITANIC. Confirm! Da tak de dah lepas nih.. Yang ni plak adalah penumpang yang terselamat dari tenggelamnya Titanic. Kiranya, penumpang paling muda lah masa tu. Tak salah aku, penumpang-penumpang lain yang terselamat, lepas kejadian Titanic, ada yang trauma, tekanan perasaan, bunuh diri, hidup tak tenteram dan sebagainya.



Korban selamat terakhir tenggelamnya kapal Titanic meninggal dunia di usia 97 tahun.

Millvina Dean yang sama sekali tidak mengingat kejadian tenggelamnya Titanic meninggal dunia di rumah perawatan di Hampshire, Inggris.
Dean berusia sembilan hari ketika kapal mewah itu tenggelam setelah menabrak gunung es pada 15 April 1912 dalam perjalanan panjang dari Southampton, Inggris. Insiden itu menewaskan 1.517 penumpang di Atlantic Utara, sebagian besar karena kurangnya pelampung.

Saat kejadian, keluarga Dean dalam perjalanan ke Amerika untuk membuka lembaran hidup baru dengan membuka toko tembakau di Kansas. Mereka menempati kamar kelas tiga. Ibu Dean, Georgetta, dan kakaknya berusia dua tahun, Bert, juga selamat. Namun, ayahnya, Bertram, termasuk korban tewas. Keluarga itu kemudian kembali ke Southampton, di mana Dean menghabiskan sebagian besar hidupnya.

Meskipun tidak memiliki kenangan tentang musibah itu, Dean selalu mengatakan kejadian itu membekas di dalam hidupnya. Karena, dia seharusnya tumbuh di AS bukannya kembali ke Inggris. “Jika kapal tidak tenggelam, saya sudah menjadi warga Amerika,” katanya.

Pada 1985, lokasi tenggelamnya Titanic ditemukan dan di usia 70an, Dean diminta meninjau lokasi. “Saya kira kadang-kadang mereka menatapku seolah saya adalah Titanic. Sejujurnya, beberapa di antara mereka bertanya-tanya tentang itu,” katanya saat menghadiri konvensi Titanic di Amerika. 

R.I.P (2 February 1912 – 31 May 2009)

Jum ke:
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4Part 5 | Part 6 |
Korban Selamat Terakhir Titanic 
-----------------------------------------------------------------------


Sumber & Senarai nama yang terkorban tenggelamnya Titanic


Titanic Part 6 - Sebelum dan Selepas


PART 6

Ada yang dah jemu tak nak view pasal Titanic ni? Janganlah macam tu. Bukannya selalu dapat keluarkan entry berPART-PART nie. Lagipun, tahun ni tahun istimewa kaan. Ulangtahun ke-100 Titanic. Sejarahkan. Tapi ni part yang terakhir, aku sharekan gambar sebelum dan selepas Titanic karam.

SEBELUM
\
 Kelihatan besarkan, lihat aja jendelanya yang kelihatan kecil.

 
Rangka kapal Titanic
 
Mesinnya....

 


 


 



 





 




SELEPAS
 

 



 

 


Sumber: Pakcik Google laaa...



Dah HABISS.. Fuuuhh!