Pernah dengar Hari Kesedaran Autisma Sedunia? Aku pun baru tahu ni. Mungkin ramai yang tak tahu bulan April, tanggal 2 April, adalah bulan sambut kesedaran Autisma. Siapa yang pakai baju warna BIRU hari ni, secara tak langsung, korang menyokong Hari Kesedaran Autisma Sedunia nie. :)
Mungkin, ada yang tertanya-tanya apakah itu Autisma?
Ia didefinasikan kepada kecacatan perkembangan disebabkan gangguan neurologikal yang mempengaruhi fungsi otak. Individu yang menghidapi Autisma mengalami masalah dari segi interaksi sosial, komunikasi, kecacatan deria, kelakuan dan cara bermain. Sehingga ke hari ini, punca Autisma masih belum diketahui dengan sahih. Bangsa, keturunan, tahap pendidikan dan pendapatan ibubapa atau kelas sosial bukan punca Autisma .
Kajian kes di Amerika Syarikat pada tahun 2002 menunjukkan 1 dalam 150 kelahiran adalah kanak-kanak autisma, walau bagaimanapun angka ini meninggakat kepada 1 dalam 110 kelahiran pada tahun 2006 dan dijangka ianya meningkat kepada 1 dalam 88 kelahiran mengikut data pada tahun 2008.
Autisma boleh terjadi kepada siapa sahaja dan boleh dikesan seawal usia 2 tahun. Jadi lebih prihatin kepada individu yang menghidapi Autisma dengan mengenali mereka. Sekiranya anda adalah ibubapa, berikut adalah ciri-ciri individu Autisma.
- Tidak suka bergaul- Tidak peka kepada kesakitan- Tidak suka dipeluk- Tiada eye contact- Gemar membuat perlakuan berulang kali
Sekiranya ada ciri-ciri di atas, silalah dapatkan nasihat dan pandangan pakar perubatan.
#Tanggal 2 April setiap tahun, Hari Kesedaran Autisma Sedunia
Jadi, setiap 2hb April, jangan lupa memakai pakaian berwarna BIRU. Ini menandakan korang sedar dan prihatin terhadap individu Autisma.
2 comments:
Assalamualaikum.. dah follow kamu.. baca entri ni.. kebetulan plak pakai baju biru hari ni.. hehe..
@Chubby Hanna --> wkumsalam hanna :) sama2 la kite support kempen ni kan. sweet kan pakai baju biru arini. hehe
Post a Comment