Kongsi Resepi

Thursday 26 July 2012

Dejavu Di Kinabalu

Alhamdulillah..
Berjumpa lagi kita di Ramdhan ke 6 :)
Moga diberi kesihatan yang baik...

Mesti korang tak miss kan tengok Akasia
"Dejavu Di Kinabalu"

Pelakon yang kacak, macho and cantek..
#Baru terasa yang hensemnya Aqasha!
Aqasha / Ammar
Tiz Zaqyah / Nadirah
Nazim Othman / Bazli
#Bazli ni ada mirp-mirip arwah Hani Mohsin
Aishah Ilyas / Inara


Meh sini aku remindkan sinopsis dia sket.. 

Ammar menyintai Inara sepenuh hatinya dan mereka telah memeterai cinta mereka di puncak Gunung Kinabalu. Akan tetapi, kisah cinta mereka tersemadi apabila Inara pergi dijemput Ilahi. Namun, kasih sayang Ammar terhadap Inara tidak pernah luput walau sedetik pun. Sebelum akhir hayatnya, Inara telah mendaftar sebagai penderma organ.
Nadira merupakan seorang pesakit jantung dan juga kekasih Bazli. Bazli begitu menyintai dan mengambil berat terhadap Nadira dan dialah yang membiayai kos pembedahan pemindahan jantungnya. Jantung yang diterima Nadira merupakan jantung Inara.

Takdir menemukan Ammar dengan Nadira. Ammar tidak mengerti mengapa seperti ada sesuatu yang menarik dirinya ke arah Nadira. Setiap kali menatap wajah Nadira, bayangan Inara seakan-akan muncul di depan mata. Nadira juga begitu, jantungnya berdegup tatkala Ammar berada di hadapannya. Adakah Ammar sebenarnya menyintai Nadira kerana Nadira atau kerana Nadira mengingatkannya kepada Inara? Bagaimana pula dengan kasih sayang Bazli terhadap Nadira? Siapakah pula pilihan hati Nadira - Ammar atau Bazli?
----
N~ Nyawa, sakit yg di tanggung
A~ Adanya jantung Innara jadi penyelamat
~ Dejavu pun bermula
I~ Indahnya pertunangan tergugat
R~ 'Rasa' yg tak mampu ditidakkan
A~ Ammar atau Bazli menjadi delema
--------

 Hari nie last episod love story nih..
OMG!!

Terasa romantiknya bila Ammar sambil petik gitar dengan Nadirah nyanyi lagu Butterfly..
Terasa jantung ni dan meremang bulus2 roma..
So sweet...

Teringat plak zaman 3bulan pertama bercinta..
Semua cuwet jeee, kan awak.. Hahahaha

Pagi tadi, dorang live kat Hot Fm..
Suwet je tgk dorang..
Terasa "dejavu" dalam diri ni walaupun tgk kat tv je..
Hahahaha



Dalam banyak-banyak scene..
Ni scene yang mebuatkan jantung I berdegup dengan kencang, Ok!!



"Selagi jantung saya berdegup, Selagi tu cinta saya dekat awak takkan mati" - Innara

Tuesday 24 July 2012

Resepi : Asam Rebus Keladi


Minggu lepas balik kg ziarah nenek+datuk..
Alhamdulillah, dorang sehat..
Lama rasanya tak balik kg..
Masa nak sediakan lauk tengahari,
Nenek nak masakkan menggunakan keladi.

Sapa-sapa yang suka makan keladi, boleh cuba resepi ni. 
Saya tak pernah makan keladi dan tak tau apa rasa, 
sebab mak saya tak pernah masakkan masakan keladi ni. 
Tapi kalau kat kampung, ada la juga jumpa lauk ni, 
cuma tak pandai nak makan. 

Jum kite tengok bahan-bahan dan cara masaknya.

#Inilah rupa batang keladi sebelum disiang
Bahan-bahan
BAHAN A:

  • 500gram batang keladi dan ubinya
  • 2 sudu makan udang kering
  • 3 tangkai daun kesum
  • 5 keping asam gelugur
  • 5 cawan air
  • Garam secukup rasa

BAHAN B: (Dikisar)
  • 5 biji bawang merah
  • 1/2 inci belacan
  • 5 biji cili merah

Cara Memasak
  1. Buangkan kulit batang keladi dan kulit ubinya. Basuh dan tuskan.
  2. Masukkan keladi dan garam ke dalam periuk dan rebus sehingga masak dan lembut. Kemudian tuskan.
  3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar, keladi dan bahan-bahan yang lain ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  4. Rasakan garam dan hidangkan.

Tips:Bagi menghilangkan gatal keladi, masukkan 3 atau 4 keping hirisan pinang ke dalam masakan semasa memasak.

#Ni pun saya tengok nenek masak..

Monday 23 July 2012

Mud Cookies di Haiti

Lagi beberapa jam je nak buka...
Sure macam-macam korang fikirkan nak buka apa nanti..
Bagi yang suri rumah, mesti dok pk nak masak apa..
Yang si bujang pula, rasa nak beli je semua apa yang ada kat bazar...
Ada juga yang berbuka di Masjidkan...


Bulan puasa ni lah rezeki melimpah-limpah, 
lagi-lagi untuk anak yatim...



Tapi, jangan lah membeli sampai membazir..
Beli banyak-banyak, makan sikit, dah kenyang..
Balance lagi 5 bungkus tu, sapa nak abiskan? Huhu

Cerita pasal pembaziran ni, 
Ada satu video ni terasa insaf kejap..
Kita sedap-sedap makan kat sini..
Kaya dengan makanan..
Tak sedap walaupun kuantiti makanan tu banyak, 
senang je kita buang ke En. Tong kan..

Tapi tak seperti di Haiti...
Dimana dorang makan "biskut kering"..
Dorang terpaksa  gaulkan tanah + shortening+ salt + sugar..
Then jemur sampai kering & jadikan biskut..

For me, aku takkan panggil benda ni cookies..
Apa taknya, ia diibaratkan seperti tanah liat...
So, bersyukurlah apa yang kita dapat makan..



Ingat pesan opah dalam cerita upin dan ipin, ” Tuhan tak suka orang membazir ini.” 

Klik SINI

Nom nom Nom MatLufti

Sapa kenal MatLufti?
Kenal tak?
Vlog yang femes dan penyampaian mesej yang sempoi..
Syokk tengok dia ni..

Aku ikut perkembangan dia since last year..
Request dari peminat dia suh upload video baru memang ramai..
Apa taknya, vidoe dia yang baru diupload tak sampai 3hari,
dah cecah 100k viewers..

Ohsemm!! :D

So, semperna Ramadhan ni,
MatLufti ada upload video terbaru..



Kesimpulan:
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada..
Terima seadanyaa... 

Friday 20 July 2012

Niat Puasa & Niat Solat Terawih


Alhamdulillah.. 
Semalam dah diumumkan yang esok, 
21/7/2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H,
kita dah start berpuasa...

Alahai....
Rasa kejap je masa berlalu...
Subhanallah... Cepat betul...

Memandangkan Ramadhan hanya datang setahun sekali...
Sure ada yang tak ingatkan...
Bukan tak tahu, tapi lupa.. Hehe 
Biasalah tu kan? 

So, kat sini,
Aku sharekan niat untuk puasa sehari dan sebulan...
Alang-alang, baik niat sebulan kan..
Yelah, kadang-kadang tue, sebelum tido, lupa nak niat..
Dibuatnya terlajak sahur, haru youu...



Ni pulak doa untuk buka puasa....



Malam ni juga...
Malam pertama terawih...
Aku share juga niat solat terawih..
Ada yang lupa leteww kaann...
Hehe...






Sedikit pesanan ikhlas kepada yang hidup merantau jauh dari keluarga, hujung minggu ini pulanglah ke kampung. Tinggalkan seketika kesibukan hidup yang tidak pernah berkesudahan. Bersahur dan berbuka'lah bersama kedua ibu dan bapa anda. Jadikan ramadhan kali ini lebih bermakna kepada mereka yang sentiasa merindui anda.

Mungkin ini ramadhan terakhir buat kita. 
Mungkin juga ramadhan terakhir buat mereka. 
Hanya Allah sahaja yang tahu. 
Jadi gunakanlah kesempatan yang diizinkan Allah ini untuk melaluinya.


Thursday 19 July 2012

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja



Ingat lagi muka pakcik atas nih?
Yang selalu ada di kaca tv setiap awal & akhir Ramadhan..
Dan juga confirm-confirm korang ingat dialog ni....

-- CONTOH --



"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 30 Ogos 2011"

Tapi tahun ni tahun ke-2 takde da muka ni kat kaca tv. 
Sebab:

KUALA LUMPUR: Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan bersara, Jumaat.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan persaraan beliau, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22tahun lepas.


Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.

Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari, 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang merupakan seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.


Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yangdi-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) JabatanPerdana Menteri sebelum bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan pada April 1987. - bernama 


Lepas ni mesti kita akan rasa janggalkan? Bila orang yang umumkan tarikh raya tu lain dari yang sebelumnya hehehehe... Wei pengumuman puasa malam ni...

Segmen : Nostalgia Ramadhan


Ramadhan tinggal 2hari je lagi..
Malam ni ada pengumuman puasa dan esok (insyaALLAH, kalau sabtu jadi puasa)
adalah solat terawih yang pertama...

Jadi, aku join segmen dari UmmuAinries, teringat kisah di bulan ramadhan...
Jum lah, korang pun boleh join jugaa...

-----
Semua ada di --> SINI <--
Bukan tak nak buat entry kat sini,
tapi cerita dia TERLALU panjang...
Lagipun, aku da coretkan memory ni, 2tahun lepas..
Buat tatapan 3generasi arwah atok & nenek (Mohamad & Hawa)
Ni je kenangan yang tinggal..
Moga kalian ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
Al-fatihah...

Wednesday 18 July 2012

WW: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan



Marhaban Ya Ramadhan
Selamat datang bulan Ramadhan 1433 H

Tuesday 17 July 2012

Tangisan Kerana Anak

Ingat lagi dengan kisah ni?
Yang pernah menggemparkan negara, dimana ramai org salahkan anak dia...?
Tapi hari ni......



Makcik Faridah Maulud (66) yang pernah menggemparkan negara beberapa bulan lalu kerana ditinggalkan anaknya di sebuah hotel telahpun meninggal dunia kerana sakit tua. Apapun kisah sebenarnya, hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu.

Pengajaranlah untuk kita semua pula, agar sedaya-upaya berbakti ketika ibu-bapa kita masih ada. Jangan sesekali jadi anak derhaka hanya kerana mengejar dunia yang sementara.

Kita sedekahkan Alfatihah kepada Allayarhamah Faridah binti Maulud. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin.


Siapa yang tak tahu asal usul cerita, boleh tanya pakcik google...




Thursday 12 July 2012

Tujuh Jam Berbaris Beli Burger

Kalau untuk kes beratur-beratur panjang beli beger, confirm semua tahu kan..
Tak lain tak bukan berger yang tengah femes skang, Berger Bakar, WangsaMaju...
Sampai kan sanggup ada orang beratur selama 3 jam untuk rasa burger tue..

Tapi tak boleh pecah rekod untuk berger yang baru ni..
TUJUH JAM BERATUR SEMATA-MATA BELI BURGER...
Kau ada???
Hahahhaha..

Lokasinya bukan kat KL, mahupun luar KL..
Tapi kat Malaysia Manila....

Kau sanggup??

Adoiii.. 7jam ko jah beratur semata-mata beli burger...
Sempat la ulang alik Melaka-KL jap..


Ceritanya begini...
|
|
V


Lebih 1,500 penduduk di bandar Manila sanggup beratur panjang bagi menikmati hidangan burger setinggi lima inci pada harga istimewa di Zark's Burgers, terletak di bandar La Salle, Manila, Filipina sempena 'Jawbreaker Day'. 

Burger setinggi lima inci itu mengandungi tiga lapis daging, sos keju sayuran dan sos yang dicipta sendiri oleh syarikat berkenaan. 

Pemiliknya, Zark berkata, pada hari biasa burger itu dijual pada harga 250 peso (RM19), namun sempena 'Jawbreaker Day' burger berkenaan dijual pada harga 150 peso (RM11). 

Menurutnya, sebahagian pelanggan sanggup beratur selama tujuh jam untuk mendapatkan burger berkenaan. 

"Kami membuat perubahan dengan mengadakan 'Jawbreaker Day' setiap minggu berbanding sebulan sekali sebelum ini. Mereka yang inginkan burger ini perlu membeli kupon tiket sebagai tempahan awal," katanya. 

Beliau berkata, 'Jawbreaker Day' juga menganjurkan pertandingan menikmati burger, kentang goreng dan teh ais terpantas secara percuma.


Sumber ]

Promote: Dah alang-alang cite pasal burger, jangan lupa singgah dan rasa lah kenikmatan Lava Grill Burger, terletak di Serdang.. Berbaloi-baloi... Klik SINI

Wednesday 11 July 2012

Hai, nama saya Iman

Selama ni, rumah aku tak pernah adanya hadir seekor kucing..
Salah satunya, susah nak jaga dan aku ada lelah... 
Tu pun kadang-kadang tumpangkan kucing bunting yang nak beranak.

Orang kata, murah rezeki kalau kucing tu beranak dalam rumah kita..
Dalam 4-5 kali lah juga kucing luar beranak dalam rumah..
Yang aku tak boleh lupa, kiteorang adik beradik punyalah excited ngan anak-anak kucing ni, asik duk kacau & main-main ngan baby kucing ni.. 

Maybe ibu dia tak tahan asik kacau anak dia je, siap bawa lari anak dia.. Letak kat tangga hujung blok.. 
Kiteorang amik, bawa balik rumah, esok tue, semua dah tak de dah. Tu kucing yang terakhir menumpang rumah kiteorang...
------------------------------------------------------------

Pada satu hari ni, adik aku balik dari tusyen..
Dia bising-bising...

"Kaklong, ni ada anak kucing kat luar ni, comellah kaklong.."
"Manaaa??"
"Tu haaa.. kat luar ni.. Bising je dia.."

Aku tengok kat depan pintu... Alahai sian nyaa... 
Nyiaw...  Nyiaw ...
Hidung dia dok mencium sesuatu.. Lapar nihh..
Lagipun kat luar hujan lebat... 
Alololo.. ciannyaaa baby nih!

Aku amek, terus bawa mandi, syampu bulus-bulus dia... 
#pakai syampu lifebuoy lagi youuu...
Lap lap, terus bagi makan.. Alahai siannya.. Lapaarr betul..
Untuk malam pertama, aku tumpangkan tido.. 
Sampailah masuk malam ke 3, makin manja... 
Dah pandai bergurau senda dahhh..
Ikut kan nak letak balik kat luar, tapi tak sampai hati, sebab terlalu comel...

Perangai, nakal betul! 
Sebelum tido, aku main bayang-bayang tangan kat dinding, bagi die lompat+letih+tido,
tup tup, aku yang tido dulu.. Hehehe..

Bila lampu tutup, baru dia tido. 
Bila lampu buka, main panjat-panjat!
Kadang-kadang main nyorok-nyorok dekat kusi, pastu bagi nampak mata+telinga+hidung die yang cute tuh!
Geram geram geram!!

Pkl 9 pg- 5ptg, sian die, duk umah "sorang-sorang"... 
Yang lain semua keluar, 
Mencari rezeki, menimba ilmu...
So, bila kiteorang balik, mula lah dia menjadi superaktif..
Main lari-lari slide... So suweet!

Sekarang tak sabar-sabar nak balik rumah..
Terasa macam ada "baby kecik/cucus" baru..

Inilah dia... 
Haii.. Nama saya Iman..
Tue toys feberet saya..
Saya suka berlari-lari dalam rumah..
Tapi bila mengantuk, saya jadi baik.. Heheheh

Sekarang, dah masuk hari ke 15, 
dah makin disayangi oleh semua..
Paling jeles, jadi kesayangan ayah aku!
Balik rumah, cari sigedik nih.. Ishhh!!

Inilah port saya malam-malam main bayang-bayang kat blue-wall tue..
Last-last tuan saya yang tido dulu..
ApePunTakBoleh!!
Hehehe

Dikategorikan Siamese Cat!
Cuma tak hot-hot chicken je ^_^

Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize

Dah lama rasanya tak joinkan diri dalam segmen GiveAway nih..
So, ada sorang kawan blogger nih, tag kan diri nie..
Jum, cekidout!!

Sila klik kat gambar di atas yee...

Antara senarai hadiah:
1. Kamera Lomo with film worth RM50++ 
2. Miss Rose Make Up Pallete worth RM50++
3. Topup bernilai RM50
4. Wang Tunai berjumlah RM50

So, saya pilih:
1. Kamera Lomo with film worth RM50++ 
Dah lama menjadi idaman kamera Lomo nih..
Moga-moga ada rezeki ye dak..

Jum join skali...
Tagged:



Tarikh tutup : 12 Ogos 2012