Kongsi Resepi

Wednesday, 4 April 2012

S.V | Name Card

"Aku nak order kad Siti Nurhaliza lah!"
"Aku pulak nak 2set gambar New Boyz" #Oucchhh! -.-'
"Alaaaa.. design lain tak der ke??"
"Kad ni bila dapat, wei?"



Siapa yang sekolah masa tahun 90-an, mesti korang ingat situasi ni. Kad ni memang legend. Dan lagi legend siapa yang ada koleksi kad ni lagi. Dalam 15 tahun kot usia kad ni. Kirenya UP sikit dari biodata-lah. 

Aku ingat lagi, masa ni lah bermulanya joinkan diri dalam bisnes name-card yang paling hot ni. Darjah 5 kot tahun 1997 masa tu, aku menjual benda-alah ni. Sanggup tahan perut simpan duit belanja sekolah semata-mata nak order kad ni. Tak salah, masa tu 1set berharga 3ringgit. 1set ada dalam 12keping. Design boleh pilih. Paling femes Shah-Rukh-Khan, Britney Spears, BSB, Nsync, dan lain-lain. So, kalau dapat jual 4set, dapatlah percuma 1set kad boleh tulis nama sendiri. Tu pun kadang-kadang payah kot nak cari "customers"

Tak salah aku, kad akan dapat dalam 2-3 minggu lepas order. Tapi paling semak, bila kena convertkan dari cash ke wang pos. Budak-budak der, mentality masa tue, takder la bijak sangat. Kenalah minta pertolongan dari ayah, tu pun lepas aku kena tipu dengan minah ni. Ye lah, kita minta tolong suruh pergi tukarkan dengan wang pos, tak sangka pulak dia boleh songlap duit "bisnes" ni. Ada dalam 3-4 "customers" lah yang tak dapat kad. Terpaksalah aku keluarkan duit sendiri dan ganti balik duit dorang. -.-'

Paling tak tahan, bila tengok excited "customer-customer"s ni. Dia punya excited memang tak boleh digambarkan lagi dah. Mulai esok, episod baru dalam kehidupan sudah bermula.  

Mulalah jadi "orang-korperat tak bertauliah". Bagi kad pun kat kawan-kawan pun kena bagi yang tak cantik. Haha. Annoying giler. Sebab benda limit kan. Kad ada 12keping, tapi kawan ada 20orang, acaner??? Lepas tue, belek-beleklah tag atas tue "Remember Me Always", nama, alamat, tarikh-lahir dan nombor telefon. Untunglah masa tue kalau letak nombor handphone. Sedangkan nombor telepon makbapak dia. Hikhik. 

Aku dulu selalu guna tag "My Happinese Will Be You, Now and Forever!" Perrghhh. Nostalgia. Paling bangga bila siapa-siapa dapat name-card dari senior yang femes. Ada sorang kawan aku ni, letak tag "May the Force Be With You". Budak lelaki yang tak pernah apply name-card, tiba-tiba jer order, paling laku, Star Wars lah. 

Aku stopkan "bisnes" ni bila masuk ke sekolah menengah. Semua kawan-kawan dah terpisahkan. 
So, korang ada simpan lagi tak kad-kad ni? Bila dikenangkan balik, rasa kelakar je. 



14 comments:

Cik Adieb said...

Ngee,sy pun pernah beli kad ni :D

Nour Eyza said...

eiii..bestnya memang legand la kad ni! hehehe.. dulu saya pun ada....=)

mieraahajis said...

@Nour Eyza --> rare kan kad nii...

Izman said...

hahaha.....lame gile bende ni' ada lg tk kad ni?

Nur Asmida Bt Karim said...

salam , name card nie klu ingat blik mmg lawak je . . cmue pakat berebut2 nk bt name card nie . .tpi kte tk bt pon . tk ingat plak knpe . tpi best wow name card nie =)=)

mieraahajis said...

@Izman --> kita ada lagi koleksi die. NEWBOYZZ taktahan tuee. hahaha

mieraahajis said...

@Cik Adieb --> simpan lagi x? best kan tgk design2 diee

Naza said...

Saya masih igat lgi masa darjah 5,al-maklum lah saya nie sering bertukar2 sekolah ktika sekolah rendah...so saya bli lah kad nama tersebut untuk diberikan kpada kwan2 sblm bertkar ke sek laen...stkat nie saya ada menyimpan 1je kad nama saya tersebut.background kmplan Westlife...

mieraahajis said...

@Naza --> westlife. seangkatan dengan BSB. klakarkan bila dikenangkan balik

akubiomed said...

Zaman sekolah dahulu popular kad ini tetapi ketika itu saya tidak mampu hendak membuat kad sendiri.

mieraahajis said...

@Nur Asmida Bt Karim --> haha. paling syok bila dapat dari org yg kite admirer. hahaha

mieraahajis said...

@akubiomed --> tulah pasal. dari sekolah kebangsaan bawalah ke sekolah agama. haha

anny said...

memang legend kad ni..ak pernah beli, pernah dapat.. tapi tak tau p mn dah..ak kan nomad..pindah randah selalu..tq sebab wat entry ni..jd teringat zaman dolu2..

mieraahajis said...

@anny --> terkenang zaman nakal2 dulu. kesian budak zaman la ni. ipad, ipong