Kongsi Resepi

Thursday 5 December 2013

Bila Iman Naik Kereta

Mood: #throwback

Ni cite awal bulan lepas.. 
Skang baru nak update..
Aritu nak anta adik gi keje,
Keje hari sabtu -- halfdaykan..

So alang-alang aku dah bangun pagi,
Aku bawa Iman sekali..Kehkehkeh..
Asik duk umah and main kat padang je kann..

Iman kalau masuk dalam kete,
Dia macam pening sikit..
Tak keruan, mungkin sebab dia jarang main kat luar kawasan kot..

Kalau kereta bergerak, dia mulalah bising..
Tu pun aku panggil duk kat riba masa tengah drive ni, baru diam..
Bila adik aku nak amik, dia taknak..

Kalau kat trafficlight plak, 
Suka sangat berdiri kat tingkap tu tunjukkan muka kt kete sebelah..
Rasa macam anjing dah.. hahahhaha..

Tapi elok je sampai umah, 
Terus lompat masuk bilik, makan, tidoooo.. Amboii Iman..
Macam manalah kalau perjalanan jauh -- kalau bawa balik kampung ni..
Perjalanan dekat pun kadang-kadang kesian tengok dia...






Wednesday 4 December 2013

Dah Hujung Tahun 2013

Kejapnyeee masa berlalu..
Dah penghujung tahun..
Tahun depan 2014, 
Lagi 6 tahun melangkah ke era tahun 2020..
dan juga tahun depan adalah tahun melawat Malaysia..

Lagi......
Hurm...
Sekarang dah 3Disember 2013,
Kalau lagi 16hari untuk Disember tahun depan,
Sure masa ni dah tak keruan..
Tak pun masa tu bz kee kaann..

Sekarang,
Masa betul-betul cepat berlalu..
Tak perasan dah nak setahun keje kat tempat baru ni..
Hari hari duk ulang alik tempuh jem, sesak ngan orang ramai, redah ujan bagai,
Kadang-kadang stayback..
Haiih..

Kalau dulu lagi empatratuslebihhari,
Sekarang kalau kira secara rawak, 
Mungkin taksampai tigaratuslimapuluhhari.
YaAllah, bila buat kira-kira, 
Perut tetiba rasa ada rama-rama dalam ni..
Moga Allah permudahkan segalanya, Amin..

Ehsan Pakcik Google

Azam?
InshaALLAH azam untuk tahun depan tercapai..Amin...
Dan berat badan makin naik jeeeer...
Hahahaha.. Gigih u'olls kat ofis tak lunch.. kehkehkeh..
K bye..



Tuesday 3 December 2013

JJCM: Murni SS2

Lama tak cite pasal family.. :D

Kat sini lah tempat family kitorang kalau nak makan western..
Nak g highclass tak mampukann..
Bukan ape, kat sini semua ada..
Dari western, nasilemak, nasigoreng+western, sizzling, semua adalaah..
Kalau korang nak makan nasi+western dalam 1plate pun ada..

Air dia, terbaik..
Kiss me baby, I love u, pink panther, I miss u, Milo dinosaur dan juga termasuk air biasa..
Kuantiti makanan dalam 1plate lebih kurang untuk 2orang makan..
Serius banyak, KECUALI kalau korang boleh abiskan makanan tu sendirikann..

Aritu dua-pupu mama datang ke KL, dari kampung..
So, takkan nak bawa dia makan tomyam sup ekor semua tu kan..
Kitorang bawa makan kat sini, anak dia plak keje KL, so alang2 lah kan..

Mama order Mee Raja+Chicken chop, so share dengan Mak Andak (panggilan bagi kitorang)
Tu pun muka dia pelik, ape benda ni..

Atleast kalau dia tak boleh gigit ayam tu, boleh makan mee kan..
Yang lain order chicken chop, lamb chop, Mix Sizzling (ada ayam, daging n kambing), Hawaian, 
Air -- Kiss Miss Baby, Pink Panther, I Miss U, teh o suam, Fresh Orange, Ribena Laici..

Nampak sangat muka pelik Mak Andak ni. Hihi
Ni Alang, anak Mak Andak,
Bila nak order tu, Ayah perli "Kalau setakat nak order Teh Ais, Teh O Ais, kat kedai area rumah pun ada.."
Hehehe..
 
Sorang Lamb Chop, Sorang lagi ni Mix Sizzling.
Tak padan dengan kecik order Mix Sizzling..
Jenuh nak abiskan..

 
Yang menarik kat sini,
Pekerja dia amek order, dia boleh hafal onthespot,
Tak payah tulis atas kertas.. Kalau kite dah order, then kite cancel nak order lain, 
Dia akan repeat balik order tu, and semuanya betul habaq ang..
Dia boleh ingat meja mana yang order ni..
Dah amek order kitorang, dia gi meja sebelah amek order lagi baru dia g kitchen.. 
Haaa gitu..
Kalau bawa air tu lagi lahh.. Kite yang tengok ni pun ngeri..
Buka dari 6ptg-12mlm (rasanyalah)
Rate harga dalam RM5-RM25...

Selain kat SS2, PJ, ada cawangan lain kat Kelana Jaya, Danau Kota..
Murni and William ni dorang kate adik badik.. Katanya laahh..
Aku tak pernah gi makan tempat lain, sini jeee selalu..

Korang google je "SS2 Murni", 
Situlah tempatnya..
Kalau nampak banyak meja kat kaki lima depan kedai lain-lain tu,
Tu semua Murni yang punya...
Kehkehkeh.

Wednesday 20 November 2013

WW: Dorang Pun Nak Jugaaaa...

SELAMAT PAGI...



Adik dan Iman.
Kitorang sarapan, dorang pun nak jugaa...
Buatlah susu tuk dorang..


Friday 8 November 2013

Jalan Jalan Ke Johor

Sekian lama bekerja,
Ni la masa yang sesuai untuk bercuti..
Bercuti sambil melawat pak usu dan keluarga..
Kat Rengit, Batu Pahat..

Plan masa raya aidilfitri aritu..
Orang lain yang beriya nak pergi,
Orang lain yang dah sampai sana..

Family adikbadik ayah yang lain semua cancel last minit..
Ntah dorang tu, dorang yang beria sakan nak tido mana, g mana masa kat sana nanti..
Tup tup,
Diam je..
Kitorang gigihkan juga sebab pak usu selalu ajak datang rumah dia..
Asik dia je turun KL kan..
Masa pergi tu rasa jauhhh sangat, tapi bila balik,
Aik, dah sampai Melaka dah....
Walaupun masa perjalanan tu sama je..

Gi sana 3hari 2malam,
Aku amik cuti ari Isnin, panjang sikit lama cuti tu kan..
Merasa la juga buah mata kucing dari kebun pak usu..



Then g pekan gi kampung orang asli yang jual barang 2nd hand Singapore.
Pergh.. Banyak gileee peti ais, mesin basuh, tv, kusi kayu jati..
Tahan je niat ni nak beli semua tu.. Kitorang ada beli ironboard,
Kualiti baik, harga pun ok..
Hari Ahad tu,
Gi tengok laut.. barulah kenal apa itu Belangkas...
Then g coconut shake, kilang kerepek..

 
Borong tak agak kerepek tu..
Buat kunyah-kunyah kat opis nanti.. Hihihi..
Lepas makan tengahari,
Kazen ajak gi BP Mall,
Tengok Highland Tower,
Gigih haaa duduk depan sekali kitorang berEnam...
 
Kat sini dorang yang beli tiket,
Boleh borak-borak haaa dengan penjual tiket..
Suh bercerita lagi movie ni pasal ape, best ke tak, pelakon sape,
Kalau customer tu nak tau 3movie, tak haru nak beratur lama2.
Belum lagi, nak tengok seat macam mana..
Haiihhh..
Dalam 20minit dari rumah,
Kalau kat KL, 20minit dia jadi sejam haa..
Pukul 730mlm terus balik rumah,
Kan ada final Pahang lwn Kelantan..

Isnin pagi kitorang dah gerak balik KL,
Tapi singgah dulu Muar, pekena asam pedas Muar, Mee bandung Muar,
Pastu terus ke Melaka.. Singgah rumah arwah nenek jap..
Nama gedik ni Naning
Yang ni masa kat Tanjung Emas, Muar


Sempat lagi checkpoint kat Coconutshake Klebang..
Hari Isnin kan, takdelah ramai sangat..
Pukul 7pm baru sampai KL..
Giler tak rindu sigedik ni, kena tinggal 3hari kat rumah..
Ntah brapa banyak kawan dia ajak datang rumah tue...
P/s: Kitorang tak sempat nak makan "Mee Racun" dengan "Ceker" T.T