Kongsi Resepi

Friday 6 September 2013

Makan Makan Makan - Akhir Syawal

Kalau semalam kelmarin asek gi makan kat department client je..
So arini, hari akhir untuk bulan syawal dan pada masa yang sama, 
Hari jadi GM weii..
Masa ni boleh lah bahan-bahan GM...
Ingat senang nak tunggu ada masa macam ni nak bergurau senda..

Portluck raya ni semua ada tugasan masing-masing..
Kalau tengok dalam senarai tugasan, menu-menu yang perlu dibawa,
Tengok macam sikit..
Sekali, bila da susun atas meja..
Sampai sekarang pukul 4.20ptg pun makanan tak abes lagi..
Yelah, staff ada 20orang, sorang bawa makanan untuk 20pax..
Banyak tak banyak lah..

Meehun soto (aku bawa meehoon jee), hihik..
Nasi impit, rendang ayam, rendang daging, sambal ikan bilis petai, kuah lodeh,
Bubur jagung, dadih, pavlova, kek, satay, nasi kambing kabsah, airbandung soda,
Keropok goreng, kuihraya, wow!!!
Semputtt...

Aku tak tahu lah berapa kali bangun duduk amek makanan..
Pagi 1st trip,
Lepas solat jumaat 2nd trip plak..
Ni pun rasa mengah.. Yang tak boleh blah,
Perut dah penuh, dorang boleh buat lawak.. Memang rasa macam nak termuntah balik..

Harini, makan je lah..
Jomlah, sesi tapaw dah start ni..
Hilang diet arini..
Diet 5hari, 1.5kg turun, 
Arini 1hari makan, naik 2-3kg =.=''''

                               
Kak Hai, Kak Nana, Bos, GM



Thursday 5 September 2013

Baby Camilia Arrysa

Tadi pergi melawat baby BFF...
Pejam celik pejam celik, cepat masa berlalu..
Last jumpa "parents baru" ni masa dorang kawen hujung tahun lepas..
Kirenya, ngam ngam, 9bulan 3minggu,
Baru jumpa dorang balik bila bini dia, Farah bersalin semalam kat Prince Court Medical Centre, Ampang..

Nasib baik opis pun dekat dengan hospital..
Tengahari tadi gi melawat ngan chentahati sebelum dia pergi office..
Dan terjumpa plak Aril, 
Aku, Nawal and Aril kite BFF dari sekolah dulu..

Masa tengok baby dia, 
Subhanallah, comelnyee.. 
Pink je kulit dia, 
Farah a.k.a mummy dia tengah tido..

Masa dukung baby ni pun nerves je..
Anak orang kan, pastu baru usia 2hari..
Haiihh anak sendiri macam mana laahh..

Berkat masa daddy baby Camilia Arrysa kawen last year dah amik,
Tadi amik berkat "Daddy Little Girl" plak..
Indahnya ciptaan dan kurnia Allah ni..

Aril and Nauwal ** baby Nauwal
   
 
 
           

K BYE

Tuesday 3 September 2013

Resepi: Asam Pedas Tetel/Daging Melaka

Dalam banyak-banyak asam pedas Melaka,
Ofcoz lah asampedas arwah nenek aku yang sedap..
Tahun terakhir raya before dia meninggal,
Sempatlah dia share resepi asam pedas kat aku..
Tapi tu lah, tak boleh lawan kick asam pedas arwah nenek..

Kalau makan kat kedai pun walaupun kedai tu Asampedas,
Tapi kadang-kadang rasa pedas je lebih, atau pun lebih air je..

Tetel nak cari kat pasar depan rumah ni susah..
Kalau kat Melaka, senang je..
Cakap kat jual daging tu, kate nak buat asam pedas..
Tau lah penjual tu nak bagi macam mana tetel tu..

Eh tetel tu dia macam lemak sikit..
Haaa.. tu yang buat kick..

Minggu lepas chenta hati teringin nak makan,
So aku masak lebih lah nak bagi ayah makan sekali..
Guna daging biasa..
Beza asam pedas daging dengan ikan ialah daun limau purut+serai dengan daun kesum+bunga kantan..

So, jum aku share kan resepi kat korang..
Kalau ikot resepi asal, kene ada kelapa ketul, lengkuas dan asamjawa kena bakar dulu ..

Tapi resepi yang aku share ni pun dah kick!!

Bahan-bahan

BAHAN A:  (* diblender)
  • Bawang Merah*
  • Bawang Putih*
  • Kunyit Hidup*
BAHAN B
  • Cili Kering
  • Lengkuas (ditumbuk,macam serai)
  • Serai (dititik)
  • Daun Limau Purut

BAHAN C
  • Daging / Tetel
  • Asam Jawa
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit Air

Cara Memasak:
1. Panaskan kuali dan letak minyak masak sedang-sedang.
2. Masukkan Bahan A , masuk 1-1 dulu, tumis sehingga naik bau.
3. BAHAN B. Masukkan cili kering yang dah diblender. Tumis sampai pecah minyak.
4. Masukkan sedikit gula, untuk kurang rasa pedas (kalau pedas sangatlah), satu sudu kecil serbuk kunyit. (ni untuk pekat warna kuah tu), lengkuas dan serai. Kacau.
4. Sekarang ke BAHAN C. Masukkan daging, sebatikan dan biarkan seketika. Sebab daging akan keluarkan air. Kalau nak lembutkan daging, tambahkan air. Kacau. (petua dulu-dulu, letak garpu dalam periuk tu)
5. Kemudian, bila daging dah empuk dan pecah minyak, masukkan sedikit air asam dan garam sedikit. Kacau bagi sebati. Ingat, lagi lama dibiarkan, lagi pekat, lagilah kick. Bila pecah minyak tu yang syok!! SIAP...!



Lagu 2 Kupang, Saku Penuh Padi..

Tahu kan apa jadi malam tadi?
Semua stesen minyak buat "openhouse" sejak petang semalam..
Ramai betul pegi ke stesen minyak..
Gara-gara 20sen..

Untuk gaji kecil,
Terasa beban dia..
Untuk gaji besar, ada elaun, sara diri, duit rumah, 
Untung sangat-sangat..

20sen memang nampak kecik,
Tapi bila dikumpul..
Banyak nilainyaa...


Pagi tadi LRT, Bas dah penuh dengan orang..
Nampak macam ramai arini naik public transport.
Huihuihuii 

Monday 2 September 2013

"Openhouse" Di Department Client

Alhamdulillah...
Rezeki arini..
Client kitorang ada buat openhouse..
Wiwiwiwiwi..

Aku ni vendor je pun..
So IT department kt PNB buat openhouse..
Semua vendor dorang invite..
Dan pada masa yang sama vendor lain -- Heitech Padu pun buat..
Kitorang Jumaat ni baru nak buat makan-makan.

Makanan banyak sangat..
Rasa sana sikit, sini sikit..
Tup tup kenyang dah..
Tak boleh dah nak masuk makanan lagi..

Pengatdurian, nasi minyak & lauk-lauk, 
Laksa, Mee Rebus,
Rainbow cake, makaroni bakar, satay, KFC, 
Kek coklat, kuih raya, nasi impit, 
Desert dan dan dannnn semputtt~~ 

Mata dah kuyu ni,
Sat lagi nak g openhouse HeitechPadu kat tingkat 2 plak..
Kejap je minggu akhir syawal..
Save duit makan untuk hari ni..

Balik dari ITD, dorang bagi buahtangan..
Kelapa jelly, wajik dengan KFC seketol..


Mata dah mula kuyu-kuyu ni...

Sambutan HariJadi Ayah

Harijadi ayah masa 1 September 2013 semalam kan..
Tapi aku sambut sehari awal, 31 Ogos 2013...
Bukan kat rumah, tapi tumpang rumah anak buah ayah a.k.a anak kakak ayah..
Sebab dia ada buat makan-makan..
Jadi aku rancang ngan adik-adik,
Untuk buat surprise kecil-kecilan je..
Yela, masa tu ramai 2,3 adikbadik ayah berkumpul kat sana kan..
Rasa meriah sikit..

Petang tu minta tolong K.ina belikan kek untuk ayah..
Petang kiteorang ada openhouse anak buah mama kt Sg.Buloh,
Dalam pukul 7pm tu, terus gerak ke Cheras Perdana..

Elok sampai, semua buat takde pape berlaku..
Makan, lepak-lepak,
Dalam pukul 9 baru lah kluarkan kek..

Pak Ngah boleh tahan mainkan peranan dia nak lekakan ayah..
Aku pun menggigil juga nak pasangkan lilin kat kek tu..
Bawa kek dari dapur nak ke depan tu, 
Nyanyilah ramai-ramai..
Ayah ok lagi, dia ingat untuk cucu-cucu dia ke, kek orang lain ke..
Bila sebut je "Happy Birthday to AYAH"...
Haaaa.. baru ada tindakan reflaks.. hahahahha..

Ayah kenakan mama masa reramai tu..
"eh, tak suap ke kek untuk birthday boy ni??"
Merah muka mama..
Dalam diam, ayah memang ada sifat mengusik..

Tak pernah sambut  reramai macam ni kan..
Ari Ahad semalam, masak rendang daging, nasi minyak, ayam masak merah ngan nasi impit untuk harijadi ayah..
Adik aku plak bagi hadiah apa ntah..

Ayah msg, katanya terima kasih untuk semua. 
Yang part paling klakar, sigedik Iman pun dapat nama konon celebrate juga harijadi dia..
Hihihi..
Yela, Ayah kalau balik je rumah, Iman tu la yang dicarinyaa.. bukannya kitorang..

 
 


Ada video, tapi aku upload kat instagram.. 
Sila lah view ;)
--------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah sebab memberi nikmat umur setahun lagi kepada ayah.

Hari ni 1 SEPTEMBER 2013, adalah harijadi ayah. Dah makin menganjak dah usia ayah.

Papepun, akak doakan ayah sentiasa diberikan kebahagian didunia dan diakhirat. Malah akak doakan agar ayah diberikan kesihatan yang baik. Semoga ayah ceria disamping kami anak-anak dan isteri. Jasa ayah kepada kami tiada tolak bandingnya.

Maaf akak belum cukup sempurna untuk balas segala pengorbanan,
kasihsayang, masa, ilmu,  yang ayah curahkan.

Terima kasih lagi sekali ayah..
Hanya terima kasih dan kejayaan saja yang anakmu ini mampu beri..
Terima kasih Ayah <3 <3 <3

Selamat Hari Jadi, Ayah!!
Abdul Hajis Mohamad

P/s: terimakasih kepada #sedarasedarichikebum yang tlg belikan kek, surprisekan. Wiiiiiii #birthday #family #ayah #adikberadikAyah #surprise #cake #agakagakbolehkawentaklepasni

Sunday 1 September 2013

Selamat Harijadi, Ayah!

Harijadi ayah--
Senang ingat..
Hari ni Merdeka,
Esoknya harijadi ayah.. ;)

Alhamdulillah,
Ayah masih lagi sihat,
Masih lagi disisi kiteorang..

Terimah kasih ayah kerana menyara akak dengan adik-adik dengan penuh kasihsayang..
Cuba penuhi setiap permintaan anak-anak ayah yang kecil masa dulu..
Dari 4bersekolah,
Sekarang tinggal had yang bongsu tu je..

Maafkan akak, 
Akak belum cukup sempurna nak membalas bakti, budi, pengorbanan ayah selama ni..
Akak dah buat sehabis baik untuk banggakan ayah..
Akak doakan semoga ayah panjang umur, murah rezeki, sentiasa sihat, dan sentiasa menjadi "daddy-cool"..
Dan juga tolong jagakan sigedik kat rumah tu.. -- Iman :D

Selamat HariJadi, Ayah!

Masa ni konvo adik aku last year kat MSU
Ingat lagi,
Masa zaman budak-budak dulu.
Setiap kali harijadi,
Selalu tanya ayah,
"Ayah tak beli kek ke balik keje tadi??"
"Ayah lupa, jap lagi ayah belikan kek."
"Kek?! Kek apa, coklat eh??"
"Ayah beli KEK PISANG kang eh."

Aku mati-mati ingatkan kek pisang ni had yang macam dalam kek tu ada potongan pisang,
Then atas kek tu ada buah-buahan lain..
Ihsan pakcik Google

Rupanya kek pisang ni haaa..
Ihsan pakcik Google
=.=''