Kongsi Resepi

Sunday 28 October 2012

Apple iPad Generasi Ke-4 (4th Generation) Dilancarkan Secara Rasmi


Seiring dengan pelancaran Apple iPad Mini pada awal pagi tadi, Apple turut melancarkan iPad generasi ke-4 (4th gen) bagi menggantikan model iPad generasi ke-3 yang sedia ada. Jika iPad generasi ke-3 dirujuk sebagai “The new iPad”, model iPad yang baru ini pula dirujuk sebagai “iPad with Retina display”.

Spesifikasi iPad Generasi Ke-4
Apple iPad 4 ini dikuasakan oleh pemproses yang telah dipertingkatkan iaitu A6X dwi-teras beserta dengan grafik empat-teras. Ianya mampu memberi prestasi dua kali ganda berbanding dengan pemproses A5X yang digunakan pada iPad 3. iPad 4 ini juga tersiap pasang dengan sistem operasi terkini untuk peranti mudah alih dari Apple iaitu iOS 6.

Masih mengekalkan paparan Retina display, iPad 4 ini juga turut mengekalkan skrin bersaiz 9.7 inci dengan resolusi 2048 x 1536 piksel (264ppi).
iPad 4 tersedia dalam 3 pilihan saiz storan iaitu 16GB, 32GB dan 64GB. Seperti gajet Apple yang lain, iPad ini tidak menyokong penggunaan kad slot tambahan seperti kad microSD atau sebagainya.

Dua pilihan model boleh dipilih oleh pengguna iaitu model dengan WiFi sahaja atau WiFi + Cellular (3G + 4G LTE). Tidak seperti Apple iPhone 5 ataupun Apple iPad mini, model WiFi + Celullar iPad generasi keempat ini tidak menyokong penggunaan kad Nano-SIM, sebaliknya hanya menyokong penggunaan kad Micro-SIM sahaja.

Apple iPad generasi ke-4 ini turut dilengkapi dengan kamera belakang (iSight Camera) dengan resolusi 5 Megapiksel yang turut mampu merakam video berkualiti Full HD 1080p. Kamera hadapannya (Facetime HD Camera) telah dipertingkat resolusinya kepada 1.2 Megapiksel berbanding 0.3 Megapiksel sahaja yang terdapat pada iPad generasi yang ke-3. Kini pengguna boleh melakukan panggilan video pada kualiti HD 720p.

iPad ini mempunyai dimensi yang bersaiz 241.2mm x 185.7mm x 9.4mm (panjang x lebar x tebal) dan seberat 652 gram (model WiFi) atau 662 gram (model WiFi + Cellular) termasuk bateri. Apple iPad ini dikuasakan oleh bateri berkapasiti 11,666 mAh yang memberi tempoh penggunaan sehingga 10 jam.

Port penyambungan Lightning turut terdapat pada iPad baru ini. Port penyambungan ini telah diperkenalkan buat pertama kali pada iPhone 5 yang telah dilancarkan pada bulan yang lalu.

Melihat kepada spesifikasi ini, tidak terdapat banyak perbezaan antara iPad 3 dan iPad 4. Yang membezakan antara kedua-dua tablet ini adalah pemproses yang digunakan adalah lebih pantas, kamera hadapan (Facetime camera) dengan resolusi yang dipertingkatkan, serta menyokong port penyambungan Lightning connector.

Seperti kebiasaan, Apple iPad baru ini ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu hitam dan putih.

apple ipad 4th gen colour black white malaysia
Tarikh dan Harga Apple iPad 4 Dipasaran
Harga untuk model WiFi :
  • 16GB – US$499 (sekitar RM1,525 di Malaysia)
  • 32GB – US$599 (RM1,830)
  • 64GB – US$699 (2,140)
Harga untuk model WiFi + Cellular :
  • 16GB – US$629 (sekitar RM1,925 di Malaysia)
  • 32GB – US$729 (RM2,230)
  • 64GB – US$829 (RM2,535)
Buat masa ini, masih belum ada pengumuman bilakah Apple iPad 4 ini akan mula dijual secara rasmi di pasaran Malaysia.

Walaupun iPad baru ini akan menggantikan model iPad generasi ke-3 yang sedia ada, Apple masih tetap akan mengekalkan iPad 2 dipasaran nanti. Jadi jika anda bercadang untuk membeli iPad yang baru, seeloknya anda tunggu terlebih dahulu kerana saya pasti Apple iPad generasi ke-4 ini akan memasuki pasaran Malaysia sebelum penghujung tahun 2012 ini.

Thursday 25 October 2012

Hari Raya Datang Lagi...

Hari ni office dah lengang sikit..
Majoriti dah apply cuti awal..
Kompem-kompem yang cuti awal/extra cuti hari isnin nanti mesti kg kat area Pantai Timur..


Tak dinafikanlah...
Raya area Pantai Timur macam Terengganu & Kelantan..
Memang meriah..

Macam kite yang duk had KL ni, tak pun kg. selain Terengganu/Kelantan tue..
Hari Raya Aidilfitri lagi meriah dari Hari Raya Aidiladha..
Dorang terbalik pulak..
Raya Aidilfitri biasa je, Tapi Aidiladha meriah lain macam..
Ni aku cerita based on cerita kawan-kawan yang duk had2 Pantai Timur nun..
Yang macam aku had Pantai Dalam jee.. (Area Angkasapuri tu.. sebab aku duk sana)

Hari Rabu aritu dah start banyak kereta, 
Dah start org cuti awal..
Lagi syok, arini dah start cuti sekolah..
Untunglah jadi cikgu..
Boleh balik kg awal-awal :D

Hari ni plak, dengar kat radio,
Yang jalan dah start sesak menghala ke lebuhraya Karak..
Menghala ke Selatan plak (N9, Melaka, Johor)
Kereta dah banyak tapi tak sesak lah..

Cukuplah pengalaman aku balik ke Terengganu masa raya haji..
Ziarah rumah saudara nenek atok kat sana.
Sekali amek kau masa balik ke KL..

Jem!!
Gerak pukul 4ptg, sampai KL pukul 3pg..
Nak cek in R&R semua penuh!
Nasib xde xcident.. Cuma banyk kereta..
Majoriti balik KL serentak kot..


Esok, raya haji,
Makcik n Pakcik aku yang buat haji kat Mekah skang ni..
Sambut raya kat Mekah..
Minggu depan/lagi 2 minggu, 
Akan balik ke tanah air..
Sebab dorang flight pertama berangkat ke tanah suci Mekah..
Moga dorang dapat haji mabrur. Amin :)

Aku lepas balik kerja,
Malam karang baru balik rumah nenek.
Sg. Buloh je pung :D


So, Selamat Hari Raya Aidiladha...
Bermulalah esok start makan sup-sup tulaang..
Huihui. :D


Yang on the way balik kg tue,
Berhati-hati di jalan raya..
Jangan kerana kecuaian kite, orang lain jadi mangsa...
Kalau mengantuk, tido/benti kejap kat R&R..

Wednesday 24 October 2012

Produk Terbaru dari Apple!

OMG!!!!!
Apple keluarkan produk terbaru..!!
Terbantutlah nak beli produk dari dorang sebelum ni..
Kena postpone lagi lah gamaknya..
Betul-betul menguji keimanan nih...

Antara produk yang dorang annoucementkan:
Siapa yang giler kan gajet keluaran Apple ni, boleh review..
{ Klik bawah ni }
l
l
V

IPad Mini, iPad, iMac, 13-Inch MacBook Pro And MORE
Macam sama besar/besar sikit dengan pakcik "Gayah Norman"

Perbezaan New Ipad & Ipad Mini

Semasa sidang media Apple pada 23 Oktober 2012 yang di adakan si San Jose, Apple membuat pelancaran 5 produk baharu – kesemuanya adalah iPad Mini, iPad generasi keempat, MacBook Pro 13 inci dilengkapi Retina Display membawakan skrin beresolusi tinggi pada ukuran 2,560×1600 piksel ( dijual pada harga $1,599), Mac Mini terbaru membawakan versi menggunakan cip Intel Core i5 dual core ($599) dan versi Intel Core i7 dual core ($999) akhir sekali adalah iMac model terbaru. Secara spesifik hanya ada 2 produk yang benar-benar merupakan produk terbaru dikalangan 5 produk tersebut iaitu iPad Mini yang mempunyai saiz skrin 7.9 inci dan iPad generasi keempat bersaiz 9.7 inci menyamai iPad Baru (The New iPad) yang diperkenalkan pada 16 Mac 2012. Ini kali pertama Apple mengetengahkan dua model tablet iPad sekaligus dalam satu acara yang sama. Pada 12 September 2012, Apple memperkenalkan iPhone 5, kemaskini kepada iPhone 4S dan iPhone 4.

Terpaksa lah menahan keimanan bila nak beli produk dari Apple ni..

Berita penuh di SINI













Tuesday 23 October 2012

Ada Tak Orang Buat Macam Ni Kat Opis??

Rutin office-hours dari 8pg-5ptg...
So, lepas pukul 5 ptg, kalau kerja tak siap lagi..
Ni dinamakan OT..

Paling tension bila kerja tak siap lagi..
Then kena letak report yang dah siap atas meja bos esok pagi sebelum pukul 8pg!
Adoii..
Kadang-kadang sakit hati bila separuh nyawa siapkan report tu,
Sampaikan tertido kat ofis,
Tup-tup,
Esok tu bos tak datang.. ^_^

Tak tahan tang yang tempat duduk menghadap bilik bos..
Lagi-lagi bilik bos tu, langsir sentiasa terbuka...
Kena hipokritla..
Lagi-lagi bila lepas makan tengahari...
Mata ngantok pun kena tahan laa.. :D


#Aku pun pernah juga jadi benda ni masa kat tempat lama..
Tangan pegang mouse, muka menghadap PC tapi mata tutup! 


Antara banyak-banyak ni,
ada tak pernah buat macam ni?

KLIK KAT >> SINI << 
10 Things Malaysians Do To Stay Alert At Work ..

Friday 19 October 2012

Penangan Adam & Hawa


Nora Elena, Lagenda Budak Setan..
Skang pulak, Adam dan Hawa...
3-3 Crite ni diadaptasikan dari sebuah novel..

Memandangkan kat rumah ada Unifi je..
So, Adam & Hawa aku layan kat youtube je lah..
Bermula dari OST Lagu tema Adam & Hawa..
Berjangkit ke drama dia..
Dalam sehari aku habiskan cite ni..
Tu pun, tgh tggu eps 28 upload kat website..
Daripada novel nukilan penulis Aisha Sofea. 
Drama ini mempunyai 80 episod dan lakonan pelakon-pelakon yang hebat..


Kalau dah Aaron Aziz berlakon..
Tak leh buat apa laaa..
Watak lelaki yang nakal tu ada pada dia..
Ada satu sence tu,
Tiba-tiba aku boleh terjerit n tutup2 mata bila adegan nakal dia tu..
hahahha #Bengong!!

Kat sini aku bagitahu sinopsis drama ni...

SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA
Drama adam dan hawa ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.

Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.

Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan djchef berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga.

Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan
mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.

Sambungan sinopsis drama adam dan hawa astro, Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya.

Apa yang akan terjadi seterusnya?

LAGU TEMA OST & BARISAN PELAKON
Barisan para pelakon drama adam dan hawa astro ialah Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir,Elfaeza Ul Haq,Dazrin Kamarudin,Norman Hakim Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid.

Saksikan drama Adam dan Hawa setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD).

Bagi aku, up lagi cite ni dari Nora Elena..
Untungnyaa kalau dapat "husband" macam "Adam Mukhriz" ni.. :D

  Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Thursday 18 October 2012

Biskut Kering Cicah Nescafe Panas

Lately ni kan kerap hujan..
Tak hujan petang, hujan malam... 
Tak hujan malam, hujan pagi..
Masa ni lah menguji iman kita nak pergi kerja ke tak..
Lagi-lagi cuaca mengada-ngada di pagi hari.
Bilik gelap je..
Ingat baru pukul 5 pagi.
Tengok jam dah pukul 6.30pagi..
Aduhai...
Ni la padahnya kalau langsir jenis kain tebal..
Memang tak boleh nak tahu samada baru pagi atau dah masuk tengahari..
#Dah melalut dah ni..

Time hujan sejuk-sejuk ni.
Memang syok lah kalau layan biskut kering + Nescafe Susu/Milo panas..
Perghh!!

Teringat masa zaman study dulu...
Nak ikat perut punya pasal..
Biskut kering jadi santapan..
Last makan masa kecik-kecik dulu..
Zaman study,datang balik biskut ni..

Dan skang terbawa-bawa masa time kerja...
Selalu aku beli biskut Hup Seng..
Memang layaaaannlah...
Biskut tiger ke, chipsmore ke, semua tak boleh lawan..
Kadang-kadang tersasul panggil "Seng Heng" :D
 
  +

Tak Nescafe, Milo jadi pengganti..
Tapi serius!!
Walaupun pakai 3 in 1, tapi bila buat kat rumah..
Benda yang sama..
Tapi dia punya "kick" lain..
Tak tahu napa..

Sluurrpp!! Memang layanlah time sejuk-sejuk kat opis ni..

Wednesday 17 October 2012

Dulu FB, Sekarang Tonton

Pelik??
Aku pun pelik juga..
Rutin dah bertukar..
Hehehehe..

Masa kat tempat keje lama, 
Internet unlimited.. 
No blocking..
Search la pape pun..
Apa lagi..
Rasanya FB tu sentiasa buka je la..


Tapi kerja pun jalan jugaa.
Selain FB, layan website laen...


Macam "beautifulnara.com", twitter..
Tak cukup dengan tue..
Balik rumah sambung lagi.. huhuhu
Tapi lama-lama jemu jugak kaaaannn..

Sekarang ni..
Environment dah laen...
Internet limit..
FB kene block!! Huaaa..
Tapi time lunch je boleh buka..
So kebarangkalian orang yang on9 masa lunch adalah tinggi..
Dan ini akan menyebabkan internet lambat.. Perrghh!!
Tapi bila da biasa macam ni..
Rutin bertukar..
Skang layan tonton.com.my..


Walaweh!!
Layan lah juga..
Rancangan yang termiss kee.. Fav kee.
Boleh tengok balik..
Memang kat bilik IT ni ada tv..
Tapi tak feel kadang-kadang..
Dari tak layan Marimar, sinetron...
Skang dah terikut berepisod-episod..
Dari tak layan WHI..
Skang dah tau sape jemputan WHI masa akhir rancangan..

Ok lah kan...
Ada lah juga hiburan dari takde...
Kadang-kadang kat rumah lepas balik keje, 
Tak sempat nak tengok tv..
Maka, esk kat opis layankan balik apa yang termiss..
Feel sebab tak de iklan..
Cuma kalau ada buffering tu kena lah sabar... :)

Kadang-kadang layan tonton sampai tertido..
Sebab bilik ni sejuk yang amat...

Wei!! Aku tak tahu macam mana nak buat ayat penutup nih! :D

WW: Hup Seng VS Milo


Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat!!!
Kita minum dulu... Slurrppp...!

Tuesday 16 October 2012

Wonder Girls Pakai Baju Kurung

OMG!!!
Comelnyaaa...

Masa konsert 13 Oct 2012, 
Dorang buat persembahan kat Stadium Merdeka..
Dan salah satu persembahan dorang..
Dorang pakai baju kurung seragam...

"Mereka (Wonder Girls) membuat kejutan tampil ayu dengan memakai baju kurung dengan menyanyikan lagu "Please Be My Baby..."


 

Tak perlu pakai seksi untuk jadi seksi. Nah ! Wonder Girls da buktikan ... =) 
Thumbs up for Wonder Girls !!! By wearing our culture clothes, they totally success in making more Malaysian falling in love with them...


Monday 15 October 2012

Calender 2013 & Planning 2013

Calender 2013 dah kluar kome oii....
Dari segi mata kasar,
Nampaknya awal tahun setiap minggu dikatakan ada cuti lah..
Ni buat badan rasa lemaw/letih nak gi keje nanti..

Calender pun dah ada..
Bolehlah buat planning untuk cuti-cuti Malaysia!
Puasa makin cepat, bulan 7 dah start puasa..
Adoi! Awal tahun dah kene ganti puasa macam ni..
Masa kan cepat berlalu skang ni..


KALENDAR CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN NEGERI (MALAYSIA) 2013
Date Holiday Applicable to
1 Jan (Tue) New Year All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Mon) Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
20 Jan (Sun) Sultan of Kedah’s Birthday Kedah only
24 Jan (Thu) Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
National
27 Jan (Sun) Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 Feb (Fri) Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
10 Feb (Sun) Chinese New Year National
11 Feb (Mon) Chinese New Year (2nd Day) National except Kelantan and Terengganu
4 Mar (Mon) Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
29 Mar (Fri) Good Friday Sabah & Sarawak only
15 Apr (Mon) Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Fri) Sultan of Perak’s Birthday Perak only
1 May (Wed) Labour Day National
7 May (Tue) Hari Hol Pahang Pahang only
17 May (Fri) Raja Perlis’ Birthday Perlis only
24 May (Fri) Vesak Day National
30 May (Thu) Harvest Festival Sabah & Labuan only
31 May (Fri) Harvest Festival Sabah & Labuan only
1 Jun (Sat) Agong’s Birthday National
1 Jun (Sat) Hari Gawai Sarawak only
2 Jun (Sun) Hari Gawai Sarawak only
6 Jun (Thu) Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sun) Georgetown World
Heritage City Day
Penang only
10 Jul (Wed) Awal Ramadan * Johor, Kedah & Malacca only
13 Jul (Sat) Penang Governor’s Birthday Penang only
20 Jul (Sat) Sultan of Terengganu’s
Birthday
Terengganu only
26 Jul (Fri) Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
8 Aug (Thu) Hari Raya Puasa * National
9 Aug (Fri) Hari Raya Puasa * National
31 Aug (Sat) National Day National
8 Sep (Sun) Sarawak Governor’s B
irthday
Sarawak only
16 Sep (Mon) Malaysia Day National
5 Oct (Sat) Sabah Governor’s Birthday Sabah only
12 Oct (Sat) Malacca Governor’s Birthday Malacca only
15 Oct (Tue) Hari Raya Haji * National
16 Oct (Wed) Hari Raya Haji (2nd Day) * Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
24 Oct (Thu) Sultan of Pahang’s Birthday Pahang only
3 Nov (Sun) Deepavali National except Sarawak & Labuan
5 Nov (Tue) Awal Muharram (Maal Hijrah) National
11 Nov (Mon) Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan only
12 Nov (Tue) Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan only
22 Nov (Fri) Sultan of Johor’s Birthday Johor only
10 Dec (Tue) Hari Hol Almarhum
Sultan Johor
Johor only
11 Dec (Wed) Sultan of Selangor’s Birthday Selangor only
25 Dec (Wed) Christmas National
* Perkara Yang Bertanda Mungkin Berubah Mengikut Semasa
Warna ni untuk cuti Wilayah

CUTI SEKOLAH MALAYSIA 2013
 

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am - 205 hari
Jumlah Hari Cuti Penggal - 84 hari

PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

Untuk yang ada planning bercuti tahun depan..
Bolehlah start menabung mulai sekarang.
Dah boleh survey bila Air-Asia buat promotion! 
Hewhew ^_^

Saturday 13 October 2012

Resepi: Biskut Conflakes

--Ni adalah kisah masa raya. Sekian--


Seumur hidup aku,
aku tak pernah buat kuih raya sendiri..
Paling koman pun aku tolong tengokkan kuih yang mak aku buat dah masak belum.
Tu je!!!

Kuih dari air-tangan sendiri, belum tercipta lagi..
Entah angin apa yang melanda diri ni..
Tetiba nafsu membuak-buak nak buat kuih..

Adakah sebab oven baru?
#Hari ibu, mama dapat oven, sampai sekarang tak kluarkan dari kotak..
Atau.. Nak merasa macam mane buat kuih tu sendiri??

Hehehe..
Mintak makcik sendiri yang terer buat kuih,
Dah 12 tahun mintak, sampai sekarang tak dapat..
Baik aku google sendiri..

Aroma masa tengah membakar tu,
Menusuk hidung.. Hehehe..

Resepi ni aku dapat dalam google..
Korang boleh lah try..

Tapi aku olahkan balik, 
Terhasillah ‘cookies’ yang sangat sedap ni. Hehe..
Menjadi youuu cookies nihh...!

RESEPI BISKUT CORNFLAKES
(dapat dlm 70 biji. )

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1 biji telor
  • 1 sk essen vanilla
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 2-3 cawan cornflakes-ramas hancurkan sedikit

CARA-CARANYA:
  1. Pukul butter dan gula hinnga kembang.
  2. Masukkan telor dan pukul lagi.
  3. Kemudian masukkan tepung gaul rata.
  4. Gunakan sudu teh cedok adunan dan jatuhkan dlm cornflakes.
  5. Golek-golekkan rata.
  6. Bakar pada suhu 180' 12-15 minit.


SIAP!!

 


Friday 12 October 2012

SV: Surat Cinta Zaman Sekolah. Kau ada?

Masa yahoo.com baru nak naik..
Pendek kata internet baru nak melebar luaslah kan..
Masa tu, surat menyurat, pos kad raya lah paling femes..

Masa tu kan MIRC..
So, bila da dapat alamat rumah..
Masa ni pun hp baru nak up, star ank guna simcard pun sampaiRM100++
Sekarang ni, amek!! Sepuloh hengget je dah dapat simcard..

Berbalik cite tadi..
Dah dapat alamat rumah, 
Masa ni lah main pos pos surat..
Balik sekolah xcited sebab nak tengok peti surat ada surat ke tak..
Hahahhaa..
Pantang dengar moto benti depan rumah, terus jengok2 kot-kot posmen ke.. 
Huhu.. Sampaikan dah hafallah pukul brapa posmen datang...

Nak dekat 10tahun tinggalkan alam persekolahan..
Kemas-kemas bilik, ternampak 1 peti pusaka..
Tengok2, OMG!!!
Koleksi Surat cinta monyet, surat gado-gado, surat rindu kawan, paling femes zaman tu ofcos laaa surat adik/abang/kakak angkat.. Hahahaha..
Guna testpad sekolah lagi taw..
Sampaikan ada surat yang berhubung melalui surat je tapi tak pernah pun jumpa sekali..


Bila baca balik, rasa kelakar je..
Ntah apa-apa je yang ditulisnya tue..
Dan pada masa yang sama teringat balik gosip2 lama..
Tapi ada 1 surat ni aku pernah dapat..
Siap letak bedak! Alahaii..
Tapi tak tahu surat tu pergi mana..
Dan yang aku ingat tuan yang bagi surat tu pun dah pindah entah ke mana..
Zaman budak2 wei..

Surat-surat ni tak dapat aku selamatkan..
Sebab bilik banjir.. Huihuihui..
Semuanya tinggal kenangan..

Thursday 11 October 2012

Mampukah MRT Atasi Kesesakan Lalulintas?



Based tajuk kat atas ni, agak-agak masa tahun 2020 nanti..
Harap-harap panjanglah umur masa tue..
KL kurang jem tak nanti?
Dorang target yang penurunan sebanyak 50% penduduk awan kat KL akan menggunakan pengangkutan awam..
Ye ke?

Jalan sesak.
Sedangkan kempen kongsi kereta ke tempat kerja pun tak terjalan sangat..
Ni kan plak nak berjalan kaki ke MRT?

Dan pada masa yang sama perjalanan yang jauh dari pintu ke pintu,
Kemungkinan itulah yang menyebabkan pengguna lebih selasa menaiki kenderaan sendiri..
Ye lah, kot-kot ada problem teknikal kaann..
Tapi masa tahun 2020 Malaysia dah jadi negara maju.. :)

Keadaan sesak dalam LRT/ Komuter..
Banyak negara-negara maju yang dah guna MRT ni..
Contohnya Hong kong, Singapore, Taipei dan banyak lagi..


MRT Hong Kong
MRT Singapore
MRT Taipei


Panjangnya 150 kilometer sementara kos pembinaan dianggarkan RM36.6 bilion. Itulah projek Sistem Pengangkutan Pantas (MRT) ydengan rangkaian rel pertama dari Sungai Buloh ke Kajang, meliputi kira-kira 60 kilometer dengan 35 stesen yang akan melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Cadangan projek MRT yang dijangka siap pada 2020. Sebahagian besarnya bertujuan menangani kemelut pengangkutan awam yang membebankan kehidupan pengguna yang mendiami kawasan Greater Kuala Lumpur (Greater KL).

Greater KL meliputi kawasan seluas 279,327 hektar terdiri daripada Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Kajang, Klang, Sepang dan Selayang. Jumlah penduduk Greater KL dianggarkan sekitar enam juta dan dijangka meningkat 10 juta pada 2020.

Projek rel MRT yang berkelajuan tinggi dan besar-besaran ini disebut Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) pada 10 Jun tahun lepas.

Memperbaiki pengangkutan awam dipilih sebagai satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), yang diberi keutamaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).

MRT dijangka menawar khidmat sehingga dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding 480,000 oleh sistem rel bandar buat masa ini. Pembinaan terminal bas dan rel turut dijangka menambah pecahan mod pengangkutan awam di Greater KL dari 12 peratus pada 2009 kepada 30 peratus pada 2015.

MRT adalah satu lagi pembangunan yang sedang di laksanakan yang mana amat berguna untuk rakyat Malayia .


Sekarang ni, MRT Corp. ada buat contest..
Kat FB, kat radio dorang dah iklankan.
Just bagitau "Why I need MRT" dan memenangi wang tunai RM5k. Wow!!
Ni menunjukkan korang support MRT.
Slogan yang best akan dijadikan sebagai slogan iklan rasmi untuk MRT.
Boleh join contest kat sini..
Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahu kann?