Kongsi Resepi

Thursday, 31 May 2012

31-May-2012

Hati baru nak berbunga-bunga, last last hancur hati ku...

Sian kawan kiteorang ni... 
Rupa-rupanya si dia tu milik orang (tu aku tak sure)
Patutlah dok kusyuk menghadap pc, sedangkan waktu tu, waktu free.. 
Rupanya dia gi "google" a.k.a search background mamat ni. 

Ye lah, dapat namecard, tapi berhubung thru email je, tak ke pelik, 
no fon pun dia tak tinggalkan tu pun no fon opis lama. Huhu..
Baru semalam kiteorang gosip-gosip, takkan pakej macam mamat ni, tak kawen lagi?
Ish ... Ish... Ish...

Tup! Tup!
Mamat ni milik orang, bila kawan aku ni da jumpa nama yang gi google dan diconfirmkan betul lah laki dalam gambar ni bersama dengan seorang perempuan, adalah mamat tue. Yang best tue, siap nama penuh kat nama ID tue. Lagi lahh.. tapi sedapkan hati kawan ni, mungkin adik pompuan dia kot, mungkin  gambar lama kot. 
Hahahahhaha...


ApaPunTakBoleh!!

30-May-2012

Lama juga aku tak buat entry, bukannya apa, kadang-kadang tu malas nak buat entry walaupun idea ada. Sebuk buat kuih sekarang ni. Semangat!! Untuk hari akhir dibulan May 2012 ni, aku nak share ngan korang suweet story. 

Al-kisahnyaaa....

Berbunga--bunga hati kawan aku yang sorang tue. Hehehe
Dapat namecard dari seseorang.. 
Katanya hari terakhir company si dia tue kat bangunan nie.
Nak dijadikan cerita, dan-dan lah masa balik dari lunch, terserempak dengan si dia ni. Merah muka kawan! Hahaha. Kelakar plak. 

Last-last day ni lah baru nak terserempak. Sedangkan sebelum-sebelum ni, tak pulak nak bertembung ke apa, sedangkan opis kami berjiran. Tak tahu pulak opis dorang pindah mana. 
Lepas ni, takde dah gosip-gosip kat opis. Huhu..



Lama plak tak karaoke


Lava Grill Burger

STICKY NOTE


Salam bloggers...
Hari ni, aku nak promote Lava Grill Burger @ Burger Bakar....
Adalah dari usahawan muda yang baru melonjak naik. :)
Yang akan mula beroperasi pada 14 May 2012, Isnin, 6ptg bertempat di Serdang.


Lava Grill Burger adalah burger yang diGRILL, daging yang dimerinate dengan resepi rahsia, disertakan dengan sos cili, cheezy, cheese, black paper, salad, mayonise dan juga roti yang lembut.

So, marilah beramai-ramai berkunjung ke Serdang, untuk mencuba grill burger resepi daging yang tersendiri.
Nak tau sedap ke tak, sila lah beli, belum cuba, belum tahu, dah cuba, pasti nak order lagi, :)

Untuk pembukaan minggu pertama, ada promotion tau. Korang just print coupun yang ada kat fanpage tue, then tunjukkan masa membeli Burger ni nanti. Akan dapat diskaun sesapa yang membeli LAVA GRILL BURGER..


Jom ramai-ramai ke Lava Grill Burger. Nak tahu lebih lanjut, clik sini :)







Wednesday, 23 May 2012

Al-Fatihah, Kak Norma

Masih ingat ENTRY ni? 

Isnin haritu (21/5/2012), keadaan Kak Norma dalam kritikal. Kol 4 am tadi oksigen drop to 50% then sampai la subuh drop sampai 30% ...kol 8 am tadi, oksigen dsh naik dah n skrg lvl 70++ camtew . But keadaan Kak Norma sangat tak bagus . Matanya sangat bengkak n mata dia dah terkuar sket n sangat bengkak n merah ...




Pagi ni, aku terkejut sangat-sangat. Setelah dalam setahun lebih bertarung dengan penyakit kanser, akhirnya, ALLAH menjemput juga dia. 

Innalaillahiwainnailahi rojiun....

Aku dapat info pun dari page Kak Moon..

Salam Takziah buat kak moon sekeluarga... Walaupun tidak mengenali, saya sebagai saudara di dalam Islam mendoakan kesejahteraan dan keampunan Allah buat almarhum... 

Moga diberi ketabahan utk meneruskan hidup yg sementara ini.. InsyaAllah di syurga Allah yg kekal abadi disatukan semula cinta murni Norma & Talib & Rafiq..

Semoga Allah mempermudahkan perjalanannya di sana...amin

Al-fatihah... 


Sumber: Kak Moon 

Tuesday, 22 May 2012

Akak Tak Dapat Pape Pun!

Hadiah untuk mama semua dah beli, tiba-tiba aku buat ayat tacing..

"Harijadi akak tak dapat pape pun...."
--Ayah diam, then pergi ke dapur--
"Aiman, aiman, sini jap."
--Ayah panggil aiman masuk dapur, tiba-tiba aiman bawaaa....-
"Nah kaklong! Ayah bagi hadiah ni. Ayah kate, tak cukup, tu ada mineral atas meja."

=.='

Tau tak ape ayah bagi, sedangkan tu memang barangan dapur..


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Monday, 21 May 2012

Handmade Tasbeh Iman Collections

Salam  readers... 
Lama juga tak on blog n banyak entry tertangguh nih. Oklah, seperti sedia maklum, malam ni, 21-Mei-'12, adalah malam 1 Rejab, Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab...Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar...

Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT....

Sempena malam 1 Rejab nie, malam ni juga aku launching-kan Handmade Tasbeh Iman, iaitu handmade tasbih, yang terdiri daripada 33 dan 99 manik untuk setiap tasbih. Handmade Tasbeh Iman juga menyediakan koleksi tasbeh yang unik, cantik dan dengan harga berpatutan, boleh dijadikan sebagai barangan hantaran perkahwinan, cenderahati kepada hadirin masa kenduri kahwin, hadiah, atau koleksi sendiri. Moga pahala berpanjangan selagi ianya digunakan, InsyaALLAH! :)


Jom, ke page Handmade Tasbeh Iman saya dan LIKE. :)
Kalau barangan lain kita boleh support/like, takkan saya punya tasbeh tak boleh? Hehe..

So, kepada bakal pengantin yang akan membuat kenduri kawin ke, company-company yang bakal nak buat majlis berbuka puasa ke, majlis rumah terbuka ke, boleh lah tempah sekarang. :)

Hadiah dan Suprise Birthday 2012

Entry lepas, aku da flashback kan balik ape aku dapat masa birthday 2-3 tahun kebelakangan ni. So, pada tahun ni, alhamdullilah, rezeki, tak sangka akan dapat hadiah yang menjadi idaman. Dan juga surprise daripada future-MIL. :D


Masa birthday hari tue, jatuh pada hari bekerja, so dating lepas waktu kerja lah kan, chenta hati just bawa pergi makan kat Chillis. Dah la kiteorg tak makan makanan berat daripada pagi sampai lah ke petang, so, memang lapar kaw-kaw lah. Sebelum jumpa tue, aku ada request cekodok udang. Hehe.

Teringin dah 2minggu dah, memandangkan hari istimewa, aku demand lah tu. Gigih, remindkan dia sebelum dia jumpa aku, suh buat cekodok tu. Then bila jumpa, dia kate, dia tak buat. Hampa. Tapi dah makan beger yang bapak besar tu, kenyang memang tak ingat, maafkan je lah pasal cekodok tu. 

Then tiba-tiba dapat kad, katenya lastminit cari, masa tue juga tulis ucapan dalam kad tue, kat depan aku, tapi balik rumah baru baca.

Tiba-tiba, dia godek-godek beg, aku ingatkan adalah benda lain nak kasi (ceehh! mengharap tue! :D), rupa-rupanya, tuppawer yang ada cekodok udang yang die buat sendiri. Acik terharu, walaupum rupanya lain sikit, tapi rasa tue, memang sedap. Sampaikan die ugut, jangan komplen apa-apa pasal cekodok tue. 




Hahahaha..

Lepas makan, jalan-jalan, die buka offer nak hadiah apa. Almaklumlah, acik nie, bila dah diOFFER, mulalah tak tahu nak ape. Cuba tak dioffer, macam-macam nak. Hehe. Dia nak belikan Gaga(nama panggilan) versi XXL, tapi aku 50-50. Sebab aku dah ada versi S. Wat ape lagi nak belikan. 

#Merah tu lah, GaGa :D
Then aku tolak, die majuk, kate, selagi dia tak belikan pape present, selagi tu tak yah balik. Last-last dapatlah ilham, nak perfume. Tapi selamatkandiri dulu lah, kalau perfume yang nak ni ada, beli. Kalau tak, postpone sabtu. hehe. Tuptup, ada perfume tue, tu pun aku was was bau dia, sebab amik masa 5 minit nak sampaikan bau wangi tue. Tq Awak :)

#My dream perfume! :)

Hari sabtu plak, family dia ajak pergi picnic. So, berkumpul kat rumah die, terus pergi ke Sg Congkak. Masa sampai je kat rumah, mak dia bagi present. OMG! Telekung version jubah made from Indonesia. Dia kirim kat kawan dia. Tahun lepas dapat telekung dari SitiKhadijah. Dan dapat jam tangan. 


Masa kat Sg Congkak, dapat surprise, kek dari family dorang tapi share dengan mak-mak. Sebab celebrate sekali Hari Ibu. Rasa macam baru je sambut birthday kat PD tahun lepas.


Esok plak, 13-5-2012, Hari Ibu, tadi before keluar, sempatlah juga buat kek coklat untuk mama. Tapi esok baru celebrate. :)

Selamat Hari Ibu untuk Mama dan juga future-Mama In Law.
Tq lahirkan akak, beri pendidikan, kasih sayang.
Untie, tq sebab be my "friend", share semuanya, sampaikan ada orang tue kate, kite ni tak boleh jumpa, kalau jumpa, mesti tergedik-gedik. Hahahahha
Moga dimurahkan rezeki, panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik.
I LOVE U, MAMA

Notepad: Suka letew dapat hadiah besar! 

Wednesday, 16 May 2012

Terima Kasih, Cikgu!

16 Mei, adalah tarikh keramat untuk cikgu! Kat sekolah menengah dulu, ada seorang cikgu yang cacat penglihatan. Walaupun dia tak mengajar kelas aku, tapi dia menjadi sumber inspirasi aku untuk mencapai senggenggam ijazah. 

Kalau dia yang tidak dalam dapat lihat dunia boleh berjaya menjadi pendidik, takkan kita yang sempurna pernglihatan tak boleh survice ke? Bila masuk waktu subjek dia, ada lah student yang akan tolong angkat kan buku etc. :)

Video bawah ni la, cikgu yang aku maksudkan. Pernah menjadi iklan Petronas untuk Deepavali. Rindunya zaman sekolah dulu. 

#Teacher Thavasothy S.M Pillai


Tuesday, 15 May 2012

Hadiah Untuk Mama! - Part 2

Cont. dari entry ni



Sampai je kat rumah, mama takde. Oh! Mama kat kedai dobi. (Peniagaan keluarga). So, prepare apa yang patut, adik aku mesej, katanya Mama merajuk. Hehehehe...

"Anak ada 4orang, yang wish pun anak umur 12tahun je. Yang lain diam, buat tak tahu."

So, adik aku buat tak tahu je lah. dalam pukul 12:15am, barulah kedai tutup. Bila dia masuk je rumah, ada hadiah atas meja, barulah tersengeh-sengeh.. Suka leteeeewww..! Sanggup tue, mandi-mandi, pakai wangi-wangi, cantik-cantik, metap-metap sikit, sebab nak buka hadiah. Mama demand, 

"Kalau tahu ada ni, boleh pergi i-City"

Wahhhh! Demand! Mama asik kena perli dengan ayah je. 

"Malam ni tido peluk hadiahlah!"
"Nanti balut balik hadiah, esok bawa pergi kedai, buka kat sana pulak."

"Aman (adik aku) bagi music box kat Mama?"
"A'ah! Senang Mama nak simpan gelang." - Hahahahaha

"Dah dah! Tutup lampu, ni sampai pukul 4pg pun tak abis lagi ni"
"Hadiah tue, letak je atas meja makan. Bulan depan (Hari Bapa) baru alihkan. Nanti makan hadap je benda-benda tue"

Setel semua dalam pukul 1:30 am. Haaaaa...




Orang lain semua dah tido, kiteorang baru nak celebrate. Adik bongsu aku dah tido, bangun balik tengah-tengah pagi. Last-last tak boleh tido. 

Monday, 14 May 2012

Hadiah Untuk Mama!

Cont. Hari Ibu..

Aku dengan 2org adik lagi, pergi MidValley je. Sebab dekat dengan rumah. Lagi sorang tue, tak ikot, katanya malas. Cekidout!!

Lain yang dirancang, lain yang dibeli. dari pukul 3ptg sampai lah ke pukul 8 mlm, baru lah jumpa hadiah yang berkenan. 

1. Promotion Minyak Wangi 
- RM192 untuk 100ml
- free bag
- free extra botol perfume
- free mekup+photoshoot
Kenapa tak amik nie? Rasa rugi, sebab mama tak de ngan kiteorg. Then benda tu nampak kecik kan. Rugi plak, kang aku amek pakej mekap tue, bukannya nak pergi mana pun. so, REJECT! Walaupun terasa nak survey harga kat perfume shop.

2. Handbag CR
- survey kat JJ, Metrojaya, Butik-butik handbags
- da tertarik 1,2 handbag nie
- terlebih bajet pulak
- ada yang under bajet, tapi tak tahu mama berkenan ke tak,
- REJECT lagi!

Sian adik yang kecik ni, nak makan katanya. Kiteorang pergi makan kat Popeyes, yang lain semua penuh. Sambil makan, sambil pikir-pikir nak beli apa. Perut dah kenyang, jum sambung survey lagi! 

3. Pergi Memory Lane
- Dah dapat card! Then ternampak daddy+anak-anak dia belikan present for their mom. So, ingat nak belikan mug, tapi.....Rasa macam tak best. Common. Ternampak music box! Haaaa.. Menarik. Tak adalah benda ni bersepah-sepah, atleast dia ada barang untuk disimpan. So, belikan music box, tapii under nama adik aku yang bongsu tue. Aku topuplah sikit duet dia. 

4. Pergi Jusco, tetiba, ternampak peralatan dapur! Jeng Jeng Jeng! Rice cooker, blander, pemanas air, iron n etc semua dah ada kat rumah.Last-last aku ternampak Oven yang boleh bakar kek tue. Waaahhh!! Menarik! Discuss2 dengan adik, kite amik ni je lah. Tapi JJ abes stok, kiteorang pergi care4. Hehe. Nasib ada stok. Bayar and rapping terus. 

5. Nak balik, adik aku belikan famous amos untuk mama. 

Sampai je kat rumah.....

Nantilah aku sambung cite......
Hehe...

Saturday, 12 May 2012

Kek Untuk Mama!

Ingat ENTRY ni? 

Sementara nak tunggu hari Ahad sesi mencari hadiah, arini, aku buat kek. Tak pernah seumur hidup buat kek!
Haaaa... So, aku buat Kek Coklat Moist. Dah lama berhajat nak buat, akhirnya buat juga. Bahan yang simple, aku pun mulakan membuat kek nih. Nasib bahan tak banyak. Tu yang rajin tue. Mintak resepi kat makcik sendiri, punya "kede". Tak kasi share ilmu tue! Nah amik. Aku google resepi, lagi sedap dari makcik aku punya. Hehe. 

Sebelum nak kukus, aku bahagikan kepada 2 bekas. 1 untuk mama, 1 untuk future-MIL. Sebab, petang tue dorang nak bawa pergi picnic. Hehe. Tahun lepas pergi PD, tahun ni gi sg. Congkak. Celebrate sekali Mothers Day fMIL. :D. Nasiblah sempat masak, chenta hati kata, sedap! Tapi dia kata yang kek ni aku beli! Chett! 

Ni hasilnya, walaupun rupa tak da menarik sangat, tapi ayah kata sedap. Hehehe... 

Kek Coklat Moist

Oklah, nak siap-siap pergi picnic. Harap-harap takda acara baling tepung macam tahun-tahun lepas.
Huhu.... 



Thursday, 10 May 2012

Pendapat..

Hujung minggu ni, 13-May-2012, Hari Ibu kan?
Korang dah ada plan ke nak bawa mama korang pergi mane-mane? Kepada ibu yang da kembali ke rahmahtullah, salam takziah diucapkan, jangan lupa hadiahkan Al-Fatihah dan Yassin kepada arwah mama korang ye. :'(

Last year, just beli cupcake. Masa tu musim cupcake baru nak "up". Hehe..

So, back to basic, lagi 3 hari je nak hujung minggu ni. Last week birthday mama, aku belanja makan kat Tanjung Harapan, Port Klang, tapi celebrate 2minggu awal lah. Hehe. Sebab, atuk dan nenek ada kt KL, alang-alangkan. Jadi, sempat lagi nak cari hadiah untuk mama, tapi dilemma tak tau nak beli hadiah apa.


Antara yang tersenarai:

Perfume

atau

Handbag

 atau


Bodyshop Set
#Semua adalah hasil pakcik google

So, boleh korang bagi pendapat tak nak belikan yang mana 1?
Cuma perfume je not sure nak beli brand ape & bau wangian macam mana. Kalau untuk diri sendiri, taulah cita rasa, tapi ni untuk Ibu kan. Hehe :)


Tuesday, 8 May 2012

8-Mei-2012


Bismillahirrahmanirrahim~


Alhamdulillah, DIA masih lagi memberi kesempatan ke atas diriku sehingga hari ini untuk bernafas, menikmati keadaan sekeliling. Hari ini, genap usiaku TEEEETTT (hehehehe). Kejapnye masa berlalu. Syukur, dalam usia begini, aku telah penuhkan impian ibubapaku untuk melihat aku menggegam segulung ijazah dan mempunyai pekerjaan tetap setelah penat lelah mentelaah ilmu selama 7 tahun. InsyaALLAH, ada rezeki, akan ku sambung pengajian bersama bakal-suami :D

Aku mohon kesyukuran kepada mu Ya Allah, 
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. 
Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...
dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. 
Namun begitu besar kasihMu…
Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.
Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. 
Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? 
Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini 
Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. 
Adakalanya aku kurang kesabaran. 
Ada masanya aku goyah keimanan. 
Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. 
Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman.  Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim.  Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini… pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran.  Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna,  Tapi kasihanilah aku…  Bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya  Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku.  Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. 
Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.


 8 MEI 2012??
-coming soon-

Thanks kepada yang drop wish kat wall FB, semoga Allah merahmati kalian :)


Monday, 7 May 2012

Neves Neves!




6 jam je lagi....
DUP DAP DUP DAP





Wednesday, 2 May 2012

Murni SS2


Malam birthday mama (1-May-2012), ayah ajak makan kat luar. Birthday binik die a.k.a mama aku. Hehe. Sanggup tu seharian tak makan nasi, walaupun perut minta di isi, terpaksalah tahan nafsu, tu pun makan pisang goreng kasi alas perut. Tempat standard kiteorg, SS2 Murni, PJ. Tak de tempat lain dah. Nasib senang dapat empat duduk.

Pergi sini, sebab jakun je tengok pekerja dia boleh hafal menu, tak payah nak tulis-tulis atas kertas. Ada sekumpulan rombongan keluarga meja sebelah kiteorang, dorang bentang 6meja, agak-agak berapa ramai? Masa dorang duk order, kiteorg tengok lah pekerja nie amik order DAN repeat balik apa yang dorang ni order, DAN tak de satu pun makanan yang tersalah bagi. Kiteorg yang 6 sekeluarga ni pun, terkial-kial nak order. Hahaha. 

Just makan, chicken chop, 

Hawaiian Bread,

 mee raja, 

sandwich versi BIG MAC,

 nasi goreng chicken chop.

 Air paling best, I Love U, I kiss U, DAN Ice Blanded Milo Dinasour. Aku syorkan order Milo ni. Tak sia-sia wei, memang cukup rasa.. 

#Ni adalah milo tabur!

Ke masa tu kritikal lapar??

Tuesday, 1 May 2012

Happy Birthday n Mothers Days, Mama!

Walaupun Mama tak baca blog ni, 
Walaupun Mama tak tau kewujudan blog ni,
Walaupun Mama bukan kaki BW tegar,
Tapi...
Kat sini... Akak nak ucapkan...

Happy Birthday n Happy Mothers Day!


Thanks for everythings.