Kongsi Resepi

Wednesday, 21 March 2012

Zaman Persekolahan

Waahhh! Hari ni keputusan SPM keluar. Aku tengok status bekas calon-calon SPM 2011, semuanya update status pasal keputusan yang akan keluar hari ni. Ada yang tak senang duduk, ada yang tak keruan, ada yang tak boleh tido, dan macam-macam la perasaan yang dorang sharekan kat wall FB masing-masing semalam. Bila teringat balik, da lapan tahun berlalu. Kejap je kan. Tapi makin hari, fenomina 15A1 menjadi trend. Dari 15 ke 20, lepas tu ke 21A1. Rezeki masing-masing. Jangan nanti jadi culture-shock dah la. Opppsss!! 

Dan setiap murid wajib ada henfon dah sekarang. Bayangkan, budak sekolah rendah pun da pakai i-phone. Jeles acik tau. Dunia teknologi makin canggih, dan dah tak terkejar dah kan.

#Untunglaaaaa

Masa alam persekolahan dulu, mesti korang-korang termasuk aku ada cikgu feberet kan, kalau tak feberet tapi mesti ada gelaran lah untuk sorangdua cikgu kaaan.. 


Tingkatan 4, orang kate "honeymoon year". Hahahaha. Memang honeymoon betul-betul. Aku teringat cikgu Math masa tu, merajuk taknak ajar bila aku tanya soalan untuk kerja sekolah. Yela, dia dok mengajar, kiteorang duk cakap-cakap. Hahaha. Masuk tingkatan 5, catch-up balik siliver untuk semua subjek. Tiba-tiba rindu zaman sekolah. Pergi lab, masak-masak, jahit, bertunang, bertukang, perhimpunan, spot-check, sukan, kokurikulum, paling syok hari guru. Confirm la kan, cikgu displin yang paling banyak dapat hadiah. 

#Kadang-kadang pening nak bagi hadiah apa
Paling menggerunkan masa kena jawab soalan tiba-tiba. Ngeri kot. Balik ni study, esok, cikgu nak tanya.


Yang syok bila dapat jawab, dapat extra markah untuk exam.

#Best kaannn

Boring bila dapat cikgu B.I atau Sejarah yang lagi memboringkan.


Yang syok masa waktu PJ (Pendidikan Jasmani). Cikgu aku ada macam bawah ni, tapi kiteorang gelarkan dia "Datin" walaupun bukan. Nasib dia bukan cikgu PJ kelas aku.


Tapi tu semua tinggal kenangan. Semuanya telah berlalu. 

Alhamdulillah, sekarang aku dah genggam segulung ijazah, hasil penat lelah belajar selama ni. Terima kasih makayah dan cikgu-cikgu masa sekolah dulu. Walaupun nakal masa sekolah, tapi ilmu yang diturunkan tak pernah luntur. 

#Alumni Uniten 2011
Kepada calon-calon SPM 2011, jangan mengalah andai dapat keputusan tak seberapa. Perjalan korang masih jauh. Andai tak dapat masuk U, masuklah tingkatan 6, takpun amik kusus kemahiran. Anggaplah adik-adik dah buat yang terbaik masa exam aritu kan. Tahniah diucapkan kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang. 

Setiap hariku dibimbingnya,
Agar tumbuhlah bakatku,
Kanku ingat selalu, nasihat guruku,
Terima Kasih Cigu :)

2 comments:

Izman said...

woaaaa.......rindu zaman sekolah saye......

mieraahajis said...

main "kejar-kejar" hahahha