Kongsi Resepi

Saturday 17 March 2012

'Jangan sampai adat susahkan urusan kahwin'

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan orang Melayu tidak terlalu memberi tumpuan pada soal adat dan budaya sehingga menyusahkan urusan perkahwinan termasuk "terpaksa berhutang." Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, urusan perkahwinan sepatutnya dipermudahkan dan tidak wajar membiarkan diri dibebani pelbagai 'gangguan' budaya Melayu. 


“Soal nikah kahwin dalam Islam adalah perkara yang amat digalakkan dan boleh disempurnakan walaupun hanya dengan mas kahwin 'cincin besi'.

“Malangnya, pengaruh masyarakat yang mahukan keindahan budaya Melayu ditonjolkan yang menjurus kepada kemewahan dan pembaziran menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, bakal pengantin dan keluarga sepatutnya hanya memikirkan belanja mas kahwin dan jamuan untuk tetamu sahaja. Budaya Melayu yang mahu ditonjolkan katanya, menunjukkan banyak duit tapi pada hakikatnya banyak antara masyarakat yang terpaksa berhutang.

"Kita lihat banyak pameran perhiasan, pintu gerbang perkahwinan yang sengaja dibuat-buat sedangkan ia memakan banyak belanja," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini, hari ini. Beliau berkata, jika tidak kena caranya, si suami mungkin terpaksa mengambil semula mas kahwin dan berhutang dengan isteri kerana mahu melangsaikan pinjaman persiapan majlis perkahwinan.

"Padahal mas kahwin itu seratus peratus milik isteri, tetapi akhirnya habis di tangan suami dek kerana hutang yang banyak," katanya.

sumber: My Networks

*******************************************************************************************


Tengok sekarang ni pun, kenduri kahwin, dah grand-grand dah. Macam dah jadi trend, umpama macam dorang ni berlumba-lumba majlis sapa yang lagi hebat. Dan pada masa yang sama, hantaran sekarang pun mengikut tahap level pihak perempuan. Tak hairan lah, sekarang ramai kaum perempuan menyambung pengajian tahap lebih tinggi. Macam Master, umur 24 pun dah boleh graduate,jadi, sebelum umur 30 dah ada segenggam PHD.

Pada zaman sekarang ni, nilai hantaran seseorang perempuan terletak pada tahap pengajian dorang bukan tahap kebolehan diri. Makin tinggi pengajian, makin tinggilah harga. Hantaran paling rendah sekarang ni, puratalah kan, dalam RM8k, untuk Diploma. Benda ni lah kadang-kadang membebankan pihak lelaki. Bukan nak menyebelahi pihak lelaki, tapi, kalau difikirkan logik, andai kite ada abang kandung, tak terasa beban ke kalau hantaran tinggi, lagi-lagi pihak perempuan nak 100% duit sendiri dari pihak lelaki. Tak ke naya. 

Kadang-kadang, aku terfikir juga, dengan nilai hantaran yang makbapak kite letakkan, sama ke nilai dengan yang ada kat diri kite? Boleh ke menjadi isteri yang boleh patuh arahan suami? Boleh ke menjadi ibu yang baik kepada anak-anak suami kite? Dan sebagainya..... 

MunasabahDiri: Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi. 

Jum dengar ni --> Ta'liq, Hantaran & Video dan Nikah Gantung

No comments: