Kongsi Resepi

Sunday, 25 March 2012

Eh! Tak Penat Lagi laaa..

Nikmatnya dapat bangun lambat rehat lama sikit dihujung minggu ni. Lagi 2minggu je Y.E.S (Year End Sale) nak habis dah. Masa perlukan duit untuk beli  barang-barang penting, masa ni la duit takcukup. Bila duit gaji kemain berkepok-kepok lekor dalam poket ni, taktahu dah nak shoping apa dah. Acik pening! Masa nie lah memerlukan duit untuk beli tu, beli ni. Mujurlah minggu depan dah dapat gaji.

#Sentiasa sesak

Semalam (24-March-2012), aku pergi ke Jln TAR, Jalan Tunku Abdul Rahman, bertemankan cinta-hati untuk menyambung misi mencari baju untuk majlis sepupu aku hujung bulan 4. Amboi, awalnya acik mencari baju. Hahahaha. Saja je, bukannya beli secara 3pasang sekali gus, beli 1-1 dulu. Asik dok tengok orang lain soping je, jeles gak rasanya hati. 

Ramainya manusia kat KL ni, pergh. Nasib tak panas terik, mujurlah hujan baru berhenti, rasa sejuklah sikitkan. Tapi apa-apa pon kan, aku akui, Jalan TAR & Sogo adalah the best kalau bershoping kan.. 

Jalan-jalan, dah jumpa warna dan design yang berkenan. Ni macam terus stock untuk raya je. Eh eh. Raya-raya, kenduri-kenduri. Sapa suh pengantin taknak sponspor sepasang baju untuk pengapit? Hahahah. Tepuk dada, tanya hati.

Lepas tu, masuk plak kedai barang-barang perkahwinan. Walaupun taktahu kawin bila (moga-moga dipermudahkan semuanya) tapi dapat rasa situasi dalam kedai tu pun jadi lah. Aku cuma beli Crepe-paper & dawai halus. Saje gatal, murah takpe, jangan mahal. Bukan apa, saja nak cuba buat bunga tisu.

#Crepe-Paper yang Colorfun. Rasa nak borong semua jeeee..
#Moga-moga DIY ni menjadi

Tapi DIY bunga tisu banyak design die eh. Acik pening tak tahu nak buat yang mana satu. Rasa nak buat semua je. Hahahah. #Dah! Stop citer pasal ni.

Sambung berjalan lagi, servey untuk mencari baju kurung warna pepel violet. Kusudah jatuh hati dengan warna nie. Takmau dah warna laen. 

#Purple Violet

4,5 buah kedai aku dengan cinta-hati keluar masuk, tapi tak ketemu juga. Dah ada yang berkenan, tapi spoil tang jahitan, manik, dah habis size lah, baju senteng/pendek. Conclusion,  ada yang je yang tak kena. Sampai kan kena perlilah dengan sidia, 

"Eh! Jum lah jalan-jalan lagi. Sana kan banyak kedai lagi tak melawat. Belakang-belakang bangunan tu."

"Alah, taknak lah. Dah penatlah. Sana tu kedai tudung je. Kang gi sana, kena patah balik ke parking, lagi jauh."

"La, mana ada JAUH. DEKAT je dengan parking tu. Kedai pun taktutup lagi""

"Tolong-tolong-tolong! Lain kali laaaa. Kaki acik nih dah penat dah. Nanti nex-week ke, kita terus  pergi kedai tu terus, Takyah pusing-pusing dah. Jum gi makan, LAPAAAARR"

Sian cinta-hati, tapi kita belanja awak makan kan kan kan.. Makan kat Downtown, Cheras je.Orang lain, meja yang 2orang, ada cawan 2, pinggan 2, yang kiteorang ni, air tin 5 tak hengat, asik tambah air jeee. Tak cukup makan steamboat, beli uncle bob, pastu makan mihun sup utara. Ni betul-betul balas dendam tak makan dari pagi ni. Dah kenyang, baliklah.

#Ada orang panggil - Cucuk-cucuk
#Gian dah acik makan Uncle-Bob ni


#Sup Utara, tapi sup dia kurang KICK! 
Aku cuma beli sepasang baju kurung, tudung - 2helai, crepe-paper, dawai dan makan-makan.

Syukur ku kepada Mu, Ya-Allah, rezeli yang engkau limpahkan keatas hambamu ini. Aminnn~


P/S: Awak, terimakasih ye temankan jalan-jalan tadi. 
Nah! Untuk awak :)
Kenalakan atau kesungguhan, 
Sukar untuk mencari perbezaan,
Betapa kau cuba melindungi,
Jelas diwajah rahsia hati

4 comments:

Izman said...

hahaha......penat berjalan.......sakit kaki ku ini....

mieraahajis said...

@Izman --> jum JALAN lagi!

Izman said...

eh! buleh2' pusing satu K.L trus lg best' haaaaa

mieraahajis said...

@Izman --> SATU KL xbest, pusing SEMUA KL. haaaa