Kongsi Resepi

Thursday 22 March 2012

Gastrik Oh Gastrik!

Dah 6hari aku puasa ganti, tapi hari ni aku niat untuk puasa sunat. Lagi 3,4 bulan nak sambut Ramadhan, baru la sekarang terkedek-kedek nak ganti. Takpe lah, sikit-sikit, lama-lama habislah kan. Yang korang dah ganti belum? Hehe.. Tapi hari ni, aku kena gastrik. Mujurlah bukan pengidap gastrik tegar. Gedikkan taknak sahur / makan malam sebelum tido. 

Sekarang ni, lagi 2 jam kot nak buka, rasa rugi plak kan kalau aku buka. Tapi aku pernah kena gastrik teruk masa bulan puasa, 2-3 tahun lepas. Bila dah gastrik, gatalkan tak nak buka dulu, so, perut akan menjadi pedih. So masa buka, kau makanlah apa pun, mesti perut rasa tak best. Lagi tak best, bila dia tendang balik. Perghhh! Tak rasa rugi ke, korang dah buka makan ayam golek, mutabak femes (kononya lah kan), tup tup, kena buang balik. Ngeri kot masa tu. Sapu minyak kat perut pun serba tak kena. Yang tak best, bila angin dalam perut berpusing-pusing. Kadang-kadang tu, kentot buang angin pun tak lepas, dia masuk balik dalam perut. Perghhh!! Selagi boleh kuarkan angin, aku kuarkan. Hahahha. Bukan apa, selagi boleh tahan puasa, insyALLAH.

Gastrik ni bukan apa, cuma kurang makan, atau makan tak ikut masa tak pun makan lambat. Dari situ, angin boleh masuk. Kadang-kadang dia kena kat ulu-hati. Kalau makan pulak masa kena gastrik tu, tak boleh makan yang masam-masam, macam orange, nenas walaupun tembikai. "Tembikaikan sejuk." Memang sejuk, tapi boleh makan dalam kuantiti yang sedikit. Doc yang pesan macam ni kat aku.

Lepas ni, tak boleh lah terlepas waktu makan, dan kena lebih menjaga kesihatanlah nampaknya. 

#Bulan puasalah alasan ni paling femes. Hehe
So, kat sini aku share lebih details makanan/minimum yang tidak digalakkan untuk ambil masa gastrik...


Makanan/Minuman berasid
Kepada yang suka minum orange juiceair limau nipis atau air asam jawa, disarankan agar mengurangkan pengambilan minuman ini. Memang ia kaya dengan vitamin C tetapi ia juga kaya dengan asid yang bakal buat dinding perut anda jadi nipis, selembut sutera… Jika nak minum juga, pastikan anda telah makan di waktu prime anda iaitu pagi, tengahari dan malam. Makanan yang berasid pulak ialah makanan yang biasanya mengandungi cuka seperti acar dan sebagainya. Ini memang sumber terbaik untuk asid.. sekali kena pasti berguling…

Makanan Pedas
Ini bergantung kepada tahap ketahanan perut seseorang. Ada yang makan kari pun dah cukup pedas untuk mereka dan ada yang tak boleh makan lada sulah pun!! Ada yang ekstrem yang boleh makan masak lomak cili api (mmm lazatttt) ditambah dengan sambal kicap + cili api. Makan atas risiko sendiri.. kalau rasa tak boleh, jangan!! 

Makanan Yang Berangin
Ada banyak jenis makanan berangin seperti kekacang, ulaman petai, jering, kerdas dan yang sewaktu dengannya juga  durianubi dan lain-lain. Jika diketahui makanan tersebut ber “angin” elakkan memakannya lebih-lebih lagi dalam kuantiti yang banyak. Namapun gastrik kan? (bukan gas trick macam yang ramai kena di bulan puasa tau!!).. jadi kurangkanlah makanan seperti di atas. 

Susu?
Yang ini aku tak berapa pasti sebab ramai yang bercanggah pendapat mengenai kesan pegambilan susu ke atas pesakit gastrik. in my case, aku tak boleh mulakan hari tanpa minum milo + susu. Minum susu segar lagi aku suka, cuma agak parah la kalau tiap-tiap hari nak beli susu segar kan? Ada yang kata susu buat perut derang lagi meragam, jika benar, elakkanlah! 


"Semoga Aku Di Beri Kesihatan Yang Baik. Aminn~ "

No comments: