Kongsi Resepi

Friday 23 March 2012

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum...
Salam hari jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan keatas diri ini untuk bernafas dan menikmati segala yang ada dimuka bumi ini sehingga saat ini. Hari ni aku nak share kelebihan Solat Sunat Dhuha dan pada waktu bila solat sunat ini boleh dilakukan. 

Solat sunat Dhuha (Kunci Rezeki) merupakan antara solat sunat yang menjadi amalam Rasulullah S.A.W sendiri. Banyak hadis-hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutaamaanya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah yang bermaksud,

"Kekasihku Rasullulah Sallalahu 'alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan telah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakkat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuada tiga hari daripada tiap-tiap bulan."                              (HR Al-Bukhari & Muslim) 
Cara untuk melakukan, berapa bilangan rakaat bagi solat dhuha, waktu yang sesuai, niat solat sunat dhuha dan doa selepas selesai solat boleh lihat dibawah.

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Kelebihan melakukannya, sepertimana sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis yang bermaksud:,


” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” 
(HR. Anas B Malik). 

” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” 
(HR Tirmizi)
”  setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” 
(HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Kita juga digalakkan mengerjakan solat sunat dhuha lebih-lebih lagi ia memberikan kita kebaikan seperti mendapat rezeki murah dan sebagainya. Jika ada masa, luangkanlah masa selama lima minit untuk mengerjakan solat sunat dhuda. Insya-ALLAH.

Jom kita cuba biasakan diri kita mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Even ianya hanya solat sunat, tapi banyak kelebihanyya jika melakukannya.

6 comments:

M@W@R Q@SeH said...

terima kasih di atas perkongsian ini..

missmeraa said...

@M@W@R Q@SeH

sama-sama. ilmu tiada hadnya :)

Nour Adieb said...

Rezeki melimpah ruah berkat solat Dhuha :D

Iza said...

Assalam..
InsyaAllah..terima kasih.

missmeraa said...

@Iza Teratak Usang --> sama-sama. Moga dipermudahkanNya

missmeraa said...

@Cik Adieb --> insyaALLAH. mudah-mudahan :)