Kongsi Resepi

Friday 30 March 2012

Tawakal Dan Redha Dalam Cinta

Ramai yang bertanya. kenapa kita perlu setia sedangkan kekasih kita itu belum tentu jadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlalu dimasa kini, sehigga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyediakan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa di atas, Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan. Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasannya, hanya masa yang dapat menentukan..

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagiakan pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.

Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaliknya, Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka  akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan..

Penting untuk kita ketahui samada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita tapi.. yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan..
Tawakal dan Redhalah ..


Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu hari nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya.. dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu hari nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekuranganya.

2 comments:

Ayue Rejaluddin said...

wahhhhh sgt bermotivasi....

missmeraa said...

@LoveJean --> praktik la kan :)