Kongsi Resepi

Thursday, 29 November 2012

Kenduri Jadi Kecoh: Katerer Saji Lauk Basi!

Sapa antara keluarga korang ke, kawan korang ke, pernah kena macam ni???
Kesian kaaan..
Bayar mahal2, tapi apa pun tak boleh makan..

Dari pengalaman aku,
Masa sepupu aku kawen 2 tahun lepas..
Dia ada amek pakej makanan kenduri kat katerer ####..
Sebab kakak ipar dia promotekan yang makanan dari dorang sedap...
Dorang pun amek katerer yang sama sebelum ni..

Selalunya makanan kenduri kawen, 
Takkan basi selagi tak masuk hari esok..
Tapi kes ni..
Dalam pukul 3, dah start basi...
Tetamu masih ada yang datang lagi kenduri tu..
Jangan kan lauk, nasi pun dah start lembik..

Selalunya kite start packing lauk-lauk nak bagi sedara dalam pukul 4 kan..
Mujurlah perasan awal..
Ada lauk yang tak dapat selamatkan..
 Ish Ish Ish...

Sama macam kes kat bawah ni..

BALIK PULAU – Kemeriahan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di sini kelmarin bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan didakwa telah basi dan berbau busuk manakala nasinya pula mentah.
  
NAZURAH dan Nazli terpaksa bergaya di pelamin dalam keadaan perasaan mereka remuk selepas majlis kenduri perkahwinan tercemar dengan sajian basi


Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong.

Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.

Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.

Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi.

p/s: klu korang kena apa yg ko nak buat?

No comments: