Kongsi Resepi

Thursday 8 November 2012

Apple iPad mini Dilancarkan Secara Rasmi



Kelmarin, Apple telah melancarkan tablet terbaru keluaran syarikat tersebut iaitu Apple iPad mini. Ianya hadir selepas iPad generasi ke-3 dilancarkan pada awal tahun 2012 yang lalu. Adakah tablet ini berbaloi untuk dimiliki? Mari kita lihat.

Spesifikasi Apple iPad mini

Tablet ini dikuasakan oleh pemproses Apple Dual-core A5, sama seperti yang terdapat pada iPad 2. Dengan RAM bersaiz 1GB, pasti ianya akan memberi kelancaran sewaktu menggunakan gajet ini nanti. Ianya juga menggunakan sistem operasi iOS 6 yang terkini.

Apple iPad mini dilengkapi dengan skrin LED bersaiz 7.9 inci dengan resolusi 1024 x 768 piksel (163 ppi). Tidak seperti iPad biasa, skrin pada iPad mini ini tidak mempunyai paparan Retina display.

Terdapat 3 pilihan saiz storan yang ditawarkan iaitu 16GB, 32GB dan 64GB. Apple iPad mini dijual di dalam versi WiFi sahaja atau WiFi + Cellular (3G + 4G LTE).

Sama seperti Apple iPhone 5, iPad mini ini turut dilengkapi dengan port penyambungan Lightning. Untuk model WiFi + Cellular pula, ianya turut menyokong penggunaan kad Nano-SIM.

iPad mini dilengkapi dengan kamera belakang (iSight Camera) 5 Megapiksel yang juga turut mampu merakam video pada kualiti Full HD 1080p. Kamera hadapannya (Facetime HD Camera) pula berolusi 1.2 Megapiksel dan panggilan video boleh dibuat pada kualiti HD 720p.


Apple iPad mini ini mempunyai saiz yang berdimensi 200mm x 134.7 mm x 7.2mm (panjang x lebar x tebal). Saiz yang cukup selesa walau dipegang dengan sebelah tangan sekalipun. Dengan kerangka yang diperbuat dari aluminium, berat tablet ini pula hanya 308 gram untuk model WiFi dan 312 gram untuk model WiFi + Cellular. iPad mini akan dikuasakan oleh bateri lithium-polymer 4,490 mAh yang mampu bertahan sehingga 10 jam dengan penggunaan WiFi atau sehingga 9 jam dengan penggunaan Cellular.

iPad mini akan ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu hitam (Black & Slate) dan putih (White & Silver).


Senarai penuh spesifikasi Apple iPad mini ini boleh didapati menerusi link berikut : http://www.apple.com/ipad-mini/specs/

Tarikh dan Harga iPad mini Dipasaran

Harga untuk model WiFi :
16GB – US$329 (sekitar RM1,010 di Malaysia)
32GB – US$429 (RM1,310)
64GB – US$529 (RM1,610)

Harga untuk model WiFi + Cellular :
16GB – US$459 (sekitar RM1,405 di Malaysia)
32GB – US$559 (RM1,710)
64GB – US$659 (RM2,010)

Apple iPad mini akan mula dijual di Amerika Syarikat pada 2 November 2012 nanti. Belum ada pengumuman rasmi bilakah iPad mini ini akan dijual di Malaysia pula buat masa ini.

Dengan harga permulaan yang tidak kurang dari RM1,000, mungkin ianya tidak ‘mini’ seperti yang diharapkan oleh para peminat terutama untuk kita di Malaysia ini. Tetapi memandangkan ianya adalah produk Apple, saya pasti iPad mini ini tetap akan laris seperti pisang goring panas nanti. Setuju?





No comments: