Kongsi Resepi

Thursday 12 July 2012

Tujuh Jam Berbaris Beli Burger

Kalau untuk kes beratur-beratur panjang beli beger, confirm semua tahu kan..
Tak lain tak bukan berger yang tengah femes skang, Berger Bakar, WangsaMaju...
Sampai kan sanggup ada orang beratur selama 3 jam untuk rasa burger tue..

Tapi tak boleh pecah rekod untuk berger yang baru ni..
TUJUH JAM BERATUR SEMATA-MATA BELI BURGER...
Kau ada???
Hahahhaha..

Lokasinya bukan kat KL, mahupun luar KL..
Tapi kat Malaysia Manila....

Kau sanggup??

Adoiii.. 7jam ko jah beratur semata-mata beli burger...
Sempat la ulang alik Melaka-KL jap..


Ceritanya begini...
|
|
V


Lebih 1,500 penduduk di bandar Manila sanggup beratur panjang bagi menikmati hidangan burger setinggi lima inci pada harga istimewa di Zark's Burgers, terletak di bandar La Salle, Manila, Filipina sempena 'Jawbreaker Day'. 

Burger setinggi lima inci itu mengandungi tiga lapis daging, sos keju sayuran dan sos yang dicipta sendiri oleh syarikat berkenaan. 

Pemiliknya, Zark berkata, pada hari biasa burger itu dijual pada harga 250 peso (RM19), namun sempena 'Jawbreaker Day' burger berkenaan dijual pada harga 150 peso (RM11). 

Menurutnya, sebahagian pelanggan sanggup beratur selama tujuh jam untuk mendapatkan burger berkenaan. 

"Kami membuat perubahan dengan mengadakan 'Jawbreaker Day' setiap minggu berbanding sebulan sekali sebelum ini. Mereka yang inginkan burger ini perlu membeli kupon tiket sebagai tempahan awal," katanya. 

Beliau berkata, 'Jawbreaker Day' juga menganjurkan pertandingan menikmati burger, kentang goreng dan teh ais terpantas secara percuma.


Sumber ]

Promote: Dah alang-alang cite pasal burger, jangan lupa singgah dan rasa lah kenikmatan Lava Grill Burger, terletak di Serdang.. Berbaloi-baloi... Klik SINI

No comments: