Minggu lepas balik kg ziarah nenek+datuk..
Alhamdulillah, dorang sehat..
Lama rasanya tak balik kg..
Masa nak sediakan lauk tengahari,
Nenek nak masakkan menggunakan keladi.
Sapa-sapa yang suka makan keladi, boleh cuba resepi ni.
Saya tak pernah makan keladi dan tak tau apa rasa,
sebab mak saya tak pernah masakkan masakan keladi ni.
Tapi kalau kat kampung, ada la juga jumpa lauk ni,
cuma tak pandai nak makan.
Jum kite tengok bahan-bahan dan cara masaknya.
#Inilah rupa batang keladi sebelum disiang |
Bahan-bahan
BAHAN A:
BAHAN B: (Dikisar)
Cara Memasak
BAHAN A:
- 500gram batang keladi dan ubinya
- 2 sudu makan udang kering
- 3 tangkai daun kesum
- 5 keping asam gelugur
- 5 cawan air
- Garam secukup rasa
BAHAN B: (Dikisar)
- 5 biji bawang merah
- 1/2 inci belacan
- 5 biji cili merah
Cara Memasak
- Buangkan kulit batang keladi dan kulit ubinya. Basuh dan tuskan.
- Masukkan keladi dan garam ke dalam periuk dan rebus sehingga masak dan lembut. Kemudian tuskan.
- Masukkan bahan-bahan yang dikisar, keladi dan bahan-bahan yang lain ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
- Rasakan garam dan hidangkan.
Tips:Bagi menghilangkan gatal keladi, masukkan 3 atau 4 keping hirisan pinang ke dalam masakan semasa memasak.
No comments:
Post a Comment