Kongsi Resepi

Thursday 19 July 2012

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja



Ingat lagi muka pakcik atas nih?
Yang selalu ada di kaca tv setiap awal & akhir Ramadhan..
Dan juga confirm-confirm korang ingat dialog ni....

-- CONTOH --



"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 30 Ogos 2011"

Tapi tahun ni tahun ke-2 takde da muka ni kat kaca tv. 
Sebab:

KUALA LUMPUR: Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan bersara, Jumaat.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan persaraan beliau, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22tahun lepas.


Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.

Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari, 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang merupakan seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.


Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yangdi-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) JabatanPerdana Menteri sebelum bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan pada April 1987. - bernama 


Lepas ni mesti kita akan rasa janggalkan? Bila orang yang umumkan tarikh raya tu lain dari yang sebelumnya hehehehe... Wei pengumuman puasa malam ni...

4 comments:

mrs kayrul said...

pakcik yg sentiasa menemani tiap kali awal ramadhan dan awal syawal

missmeraa said...

@mrs kayrul --> tapi skang da diganti dgn pakcik baru....

Nizam Ijam said...

org yang sentiasa membawa khabar gembira :)

missmeraa said...

@Nizam Ijam --> xcited duk dpn tb..