Da lama tak buat desert berat.
First time buat masa majlis rumah terbuka.
Tawakal lah nak jadi apa, rasa apa..
Sebab tak pernah rasa dan buat.
Hehehehe..
Tapi alhamdulillah...
Laku juga desert ni..
Ingatkan tak laku..
Tapi tu lah, buat pun 1 tray je..
Tak lalu nak buat lagi..
Tetamu ramai masa tu..
Bahan-Bahan:
- Kek gulung/kek span #potong halus-halus
- Agar-agar Kristal NONA #cairkan mengikut panduan pada kotak tersebut.
- 3 sudu besar Tepung Kastard
- 1 cawan air
- 1 tin Fruit Cocktail # asingkan buah dan air
- 1 tin Buah Peach #asingkan buah dan air
- 1 sudu besar Gula
- 1 tin Susu Cair
Cara-cara: (1a)
- Susunkan kek gulung yang telah dipotong ke dalam bekas kaca.
- Basahkan kek dengan air Fruit Cocktail. #jangan sampai banjir
- Taburkan Fruit Cocktail atas kek. #jangan terlalu padat & jangan terlalu sikit
- Tuangkan Kastad yang telah dimasak agak-agak sampai menutupi semua Fruit Cocktail tadi.
- Susun lagi sekali kek gulung atas Kastad. Kali ni kek tu jarak-jarakkan sedikit #ulang langkah no.1 sampai no.4 )
- Biarkan dalam 10 minit supaya Kastad tak terlalu cair.
- Susunkan Buah Peach atas Kastad.
- Tuangkan agar-agar Kristal di atas Buah Peach.
- Simpan dalam peti sejuk & boleh makan.
**Cara-cara membuat kastad (1b)
- Cairkan Kastad dalam mangkuk dengan sedikit air.
- Panaskan susu cair & gula pada api yang pelahan.
- Masukkan kastad ke dalam periuk.
- Tambah secawan air.
- Kacau sehingga masak.
Inilah rupa kek gulung/swiss roll |
No comments:
Post a Comment