Kalau masakan warna kuning,
Tak lain tak bukan sure dari masakan orang Nogori haahh..
Aku suka masakan lemak ni..
Dulu kecik-kecik mana tau nama masakan ni..
Selalu panggil nama "masak kuning" jee..
Tup-tup dapat ayahanda cinta-hati orang nogori haahh..
Bila pergi rumah dia,
Lauk kuning/masak lemak kena ada...
Pedas tak hengat pulak tue..
Bapak dia kata, takde lah pedas sangat..
Tapi ni pedas tahap kronok pun boley kronik ok..
Mak aku jarang masak wane kuning ni..
Selalu kari, sambal, sup..
Bila dah besar, google resepi..
Baru lah tau senang rupenyaa.. :D
Aku sharekan resepi kat sini...
#Aku tak pandai nak bagi anggaran berapa..
BAHAN-BAHAN:
Ayam-buang kulit kecuali ayam kampung
Santan
Cili Padi (blend)
Kunyit hidup (blend)
Daun kunyit
Serai (diketuk)
Asam keping
Garam
CARA MEMASAK:
1. Toskan ayam yang dah dicuci untuk mengeluarkan lebihan air.
2. Gaulkan ayam bersama serai, cili padi dan kunyit hidup yang dah diblend di dalam kuali diatas api perlahan. #Tujuannya untuk mengeringkan air ayam.
3. Bila air ayam dah kering, boleh la masukkan santan cair.
4. Bila ayam dah kecut/masak dan santan dah mendidih masukkan asam keping, santan pekat, dan garam.
5. Bila mendidih sekali lagi, boleh letak daun kunyit dan tutup api.
6. Siap & hidang.
TIPS:
1. Kalau resepi asal dari N.9, memang tak letak bawang pun.. api ada juga sesetengah resepi letak bawang.. Pendapat masing-masing..
2. Ayam seeloknya ditoskan terlebih dahulu untuk membuang lebihan air ayam, kalau masuk basah-basah, rasa macam tak sedap jer bila air ayam tu dimasak sekali dengan santan.
3. Bila dah masuk santan, kuah masak lemak kene sentiasa dikacau supaya tak berketul dan naik minyak, kalau tak kuah masak lemak jadi tak cun. Untuk masak lemak ayam, cukup lah letak sekeping asam keping, kecuali kalau masak lemak ikan boleh letak 2-3 keping sebab masakkan ikan memang kena rasa masamnya tu. Kalau nak letak kentang pun boleh.
No comments:
Post a Comment