Ingatkan apa lah yang dimaksudkannya..
Ruparupanya..
Bila tengok kat utube...
Subhanallahh...
Meteor..
Tu pun hanya serpihan kecilan je...
Arini kluar dlm paper..
Meteor melanda rusia semalam. #taksilapakulah
Didapati 400 orang tercedera akibat impak dari meteor.
Majoriti nya terkena serpihan kaca..
Teringat movie Deep Impact..
Pergh...
Walaupun tengok dalam utube je..
Tapi terasa impak dia kat sini..
Moga rakyat malaysia yang berada di Rusia semuanya selamat ye!
Boleh tengok impak tingkap pecah!
Klik link Ni
---------------------
Hujan tahi bintang yang melanda Russia semalam menyebabkan lebih 500 orang cedera, merosakkan bangunan dan memusnahkan rangkaian komunikasi mudah alih. Batu yang terbakar dapat dilihat dari jarak beberapa kilometer apabila ia terhempas kira-kira jam 9.20 pagi waktu tempatan.
Seorang saksi mengumpamakannya seperti satu babak dalam filem Armageddon.
Tahi bintang itu dipercayai terhempas dalam sebuah tasik berhampiran Chebarkul, sebuah bandar di wilayah Chelyabinsk.
Bandar Chelyabinsk, 1,440 kilometer ke timur Moscow dan berhampiran sempadan Kazakhstan adalah yang paling teruk terjejas.
Lebih 500 orang mendapatkan rawatan perubatan selepas kejadian, termasuk 80 kanak-kanak sementara 112 dimasukkan ke hospital.
Sebahagian besar mangsa mengalami kecederaan di muka akibat terkena serpihan kaca.
Bagaimanapun, setakat ini tidak ada laporan mengenai kematian atau ada orang yang terkena serpihan tahi bintang itu.
Anggota tentera menemui tiga sisa tahi bintang berkenaan, dua di kawasan berhampiran Tasik Chebarkul, barat Chelvabinsk sementara yang ketiga dijumpai berhampiran bandar Zlatoust yang terletak 80 kilometer dari Chebarkul.
Satu daripada serpihan tahi bintang itu yang jatuh di Chebarkul menyebabkan lubang selebar enam diameter.
Menurut laporan yang tidak dapat disahkan dalam Russia Today, tahi bintang itu dipintas oleh pertahanan udara negara itu.
Akademi Sains Russia menganggarkan tahi bintang itu seberat 10 tan. Menurutnya, ia memasuki atmosfera bumi dengan kelajuan 54,000 kilometer sejam dan berkecai kira-kira 30 hingga 50 kilometer dari bumi.
----------------------------------
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment