Kongsi Resepi

Thursday, 11 October 2012

Mampukah MRT Atasi Kesesakan Lalulintas?



Based tajuk kat atas ni, agak-agak masa tahun 2020 nanti..
Harap-harap panjanglah umur masa tue..
KL kurang jem tak nanti?
Dorang target yang penurunan sebanyak 50% penduduk awan kat KL akan menggunakan pengangkutan awam..
Ye ke?

Jalan sesak.
Sedangkan kempen kongsi kereta ke tempat kerja pun tak terjalan sangat..
Ni kan plak nak berjalan kaki ke MRT?

Dan pada masa yang sama perjalanan yang jauh dari pintu ke pintu,
Kemungkinan itulah yang menyebabkan pengguna lebih selasa menaiki kenderaan sendiri..
Ye lah, kot-kot ada problem teknikal kaann..
Tapi masa tahun 2020 Malaysia dah jadi negara maju.. :)

Keadaan sesak dalam LRT/ Komuter..
Banyak negara-negara maju yang dah guna MRT ni..
Contohnya Hong kong, Singapore, Taipei dan banyak lagi..


MRT Hong Kong
MRT Singapore
MRT Taipei


Panjangnya 150 kilometer sementara kos pembinaan dianggarkan RM36.6 bilion. Itulah projek Sistem Pengangkutan Pantas (MRT) ydengan rangkaian rel pertama dari Sungai Buloh ke Kajang, meliputi kira-kira 60 kilometer dengan 35 stesen yang akan melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Cadangan projek MRT yang dijangka siap pada 2020. Sebahagian besarnya bertujuan menangani kemelut pengangkutan awam yang membebankan kehidupan pengguna yang mendiami kawasan Greater Kuala Lumpur (Greater KL).

Greater KL meliputi kawasan seluas 279,327 hektar terdiri daripada Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Kajang, Klang, Sepang dan Selayang. Jumlah penduduk Greater KL dianggarkan sekitar enam juta dan dijangka meningkat 10 juta pada 2020.

Projek rel MRT yang berkelajuan tinggi dan besar-besaran ini disebut Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) pada 10 Jun tahun lepas.

Memperbaiki pengangkutan awam dipilih sebagai satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), yang diberi keutamaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).

MRT dijangka menawar khidmat sehingga dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding 480,000 oleh sistem rel bandar buat masa ini. Pembinaan terminal bas dan rel turut dijangka menambah pecahan mod pengangkutan awam di Greater KL dari 12 peratus pada 2009 kepada 30 peratus pada 2015.

MRT adalah satu lagi pembangunan yang sedang di laksanakan yang mana amat berguna untuk rakyat Malayia .


Sekarang ni, MRT Corp. ada buat contest..
Kat FB, kat radio dorang dah iklankan.
Just bagitau "Why I need MRT" dan memenangi wang tunai RM5k. Wow!!
Ni menunjukkan korang support MRT.
Slogan yang best akan dijadikan sebagai slogan iklan rasmi untuk MRT.
Boleh join contest kat sini..
Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahu kann?
 

4 comments:

kyrul@broblogger.net said...

dah click says awak jugakk .. :)
macam menarik je contest ni .. MRT ni yang nak buat dekat bukit bintang tu kann?

missmeraa said...

@kyrul@broblogger.net --> Aah..
adakah dengan adanya MRT ni akan kurangkan kesesakan lalu lintas kat sana? hehe.. btw, TQ ye :)

MéuzAngelo™ XXIII said...

bagus la tambah lg.. aku tension je kalau tren penuh.. nak pulak ade ketiak bangla basah menghala ke muka.. haha :p [singgah sini pulak :)]

missmeraa said...

@MéuzAngelo™ XXIII --> wow.. tak sanggup naik masa org blk kerja.. lagi2 monorail.