Kongsi Resepi

Wednesday, 10 October 2012

Sumbangan Untuk Adik Adam Ahmad Syukri

Pagi ni, keluar sebuah kisah adik kecil yang bernama Adam Ahmad Syukri, berusia 7bulan yang mengalami Brain Damaged Severe HIE. Lebih tersentuh hati bila melihat bagaimana keadaan bayi comel ini di MHI bertarikh 4 October. Kelihatan betapa cekalnya mamanya menjaganya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sapa yang terlepas, boleh tengok kat tonton.com.my.


Serius..sangat tersentuh naluri keibuan ni!




 
Bayi comel yang bernama Ahmad Adam Syukri..
Cukup sempurna dan cukup sifat dari segi fizikal..
Namun sapa sangka, itu semua kuasa Allah. Memang tiada siapa yang dapat tandingiNya.
Bayi comel yang tak sempat menikmati kehidupan seperti bayi lain, didapati mengalami Brain Damaged Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) atau dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak. Ya Allah..

TRILOGI
Anak comel kecil ini dilahirkan secara vacum pada 04-03-2012 dan pada waktu kelahirannya bayi comel ini keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scan MRI menunjukkan pada 09-03-2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk dan pada yang sama Adam tidak pandai menelan airliur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. ..

Adam juga perlu bergantung pada mesin suction kerana tdidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata bayi comel yang dulu boleh nampak wajah ibubapanya kini mengalami inhjured, begotu juga telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya.
Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumor hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup sihat seperti kanak-kanak normal memang amat tipis. Doktor pakar juga mengklasifisikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak.



Ahmad Adam Syukri..terkini..
Siapa sangka progress tumbesaran Adam di Fanpage Ada
Begitu terkejut dan sebak tatkala me melihat progress tumbesaran Adam di Fanpage Ahmad ADAM Syukri kini telah pun berusia 7bulan. Moga Allah panjangkan umur adik Adam.


Kalau ada diantara readers yang ingin menghulurkan bantuan, disini ada disertakan nombor akaun kepunyaan mama Adam. Boleh ringankan sedikit beban ibu Adam
 yang bercuti tanpa gaji untuk menjaga Adam.

Noraisah Mohamad Malena

02040007292201 (CIMB)
161136331818 (MAYBANK)

Semoga ada sinar baru untuk Adam. InsyaAllah.

No comments: