Kongsi Resepi

Sunday 28 October 2012

Apple iPad Generasi Ke-4 (4th Generation) Dilancarkan Secara Rasmi


Seiring dengan pelancaran Apple iPad Mini pada awal pagi tadi, Apple turut melancarkan iPad generasi ke-4 (4th gen) bagi menggantikan model iPad generasi ke-3 yang sedia ada. Jika iPad generasi ke-3 dirujuk sebagai “The new iPad”, model iPad yang baru ini pula dirujuk sebagai “iPad with Retina display”.

Spesifikasi iPad Generasi Ke-4
Apple iPad 4 ini dikuasakan oleh pemproses yang telah dipertingkatkan iaitu A6X dwi-teras beserta dengan grafik empat-teras. Ianya mampu memberi prestasi dua kali ganda berbanding dengan pemproses A5X yang digunakan pada iPad 3. iPad 4 ini juga tersiap pasang dengan sistem operasi terkini untuk peranti mudah alih dari Apple iaitu iOS 6.

Masih mengekalkan paparan Retina display, iPad 4 ini juga turut mengekalkan skrin bersaiz 9.7 inci dengan resolusi 2048 x 1536 piksel (264ppi).
iPad 4 tersedia dalam 3 pilihan saiz storan iaitu 16GB, 32GB dan 64GB. Seperti gajet Apple yang lain, iPad ini tidak menyokong penggunaan kad slot tambahan seperti kad microSD atau sebagainya.

Dua pilihan model boleh dipilih oleh pengguna iaitu model dengan WiFi sahaja atau WiFi + Cellular (3G + 4G LTE). Tidak seperti Apple iPhone 5 ataupun Apple iPad mini, model WiFi + Celullar iPad generasi keempat ini tidak menyokong penggunaan kad Nano-SIM, sebaliknya hanya menyokong penggunaan kad Micro-SIM sahaja.

Apple iPad generasi ke-4 ini turut dilengkapi dengan kamera belakang (iSight Camera) dengan resolusi 5 Megapiksel yang turut mampu merakam video berkualiti Full HD 1080p. Kamera hadapannya (Facetime HD Camera) telah dipertingkat resolusinya kepada 1.2 Megapiksel berbanding 0.3 Megapiksel sahaja yang terdapat pada iPad generasi yang ke-3. Kini pengguna boleh melakukan panggilan video pada kualiti HD 720p.

iPad ini mempunyai dimensi yang bersaiz 241.2mm x 185.7mm x 9.4mm (panjang x lebar x tebal) dan seberat 652 gram (model WiFi) atau 662 gram (model WiFi + Cellular) termasuk bateri. Apple iPad ini dikuasakan oleh bateri berkapasiti 11,666 mAh yang memberi tempoh penggunaan sehingga 10 jam.

Port penyambungan Lightning turut terdapat pada iPad baru ini. Port penyambungan ini telah diperkenalkan buat pertama kali pada iPhone 5 yang telah dilancarkan pada bulan yang lalu.

Melihat kepada spesifikasi ini, tidak terdapat banyak perbezaan antara iPad 3 dan iPad 4. Yang membezakan antara kedua-dua tablet ini adalah pemproses yang digunakan adalah lebih pantas, kamera hadapan (Facetime camera) dengan resolusi yang dipertingkatkan, serta menyokong port penyambungan Lightning connector.

Seperti kebiasaan, Apple iPad baru ini ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu hitam dan putih.

apple ipad 4th gen colour black white malaysia
Tarikh dan Harga Apple iPad 4 Dipasaran
Harga untuk model WiFi :
  • 16GB – US$499 (sekitar RM1,525 di Malaysia)
  • 32GB – US$599 (RM1,830)
  • 64GB – US$699 (2,140)
Harga untuk model WiFi + Cellular :
  • 16GB – US$629 (sekitar RM1,925 di Malaysia)
  • 32GB – US$729 (RM2,230)
  • 64GB – US$829 (RM2,535)
Buat masa ini, masih belum ada pengumuman bilakah Apple iPad 4 ini akan mula dijual secara rasmi di pasaran Malaysia.

Walaupun iPad baru ini akan menggantikan model iPad generasi ke-3 yang sedia ada, Apple masih tetap akan mengekalkan iPad 2 dipasaran nanti. Jadi jika anda bercadang untuk membeli iPad yang baru, seeloknya anda tunggu terlebih dahulu kerana saya pasti Apple iPad generasi ke-4 ini akan memasuki pasaran Malaysia sebelum penghujung tahun 2012 ini.

No comments: