Kongsi Resepi

Wednesday, 8 August 2012

Resepi : Daging Lada Hitam

Alhamdulillah..
Dah masuk 19Ramadhan..
So, semalam korang masak juadah berbuka ape?
Mama buka kat kampung..
So, terpaksa lah balik tu aku masak serba ringkas untuk ayah & adik-adik..
Hehe...

Jadi, juadah berbuka untuk saya sekeluarga semalam,
Daging Lada Hitam

Lagipun bahan dia ringkas je, 
mujurlah semua bahan-bahan ada dalam peti ais..
Tak delah terkejar-kejar nak beli barang kat pasar..
Ye lah, balik kejar masa bulan Ramadhan ni, 
Betul-betul mencabar..
Jem jangan cakap la..
Menguji kesabaran..

Meh sini saya sharekan resepi..
Mana tau, boleh buat juadah berbuka korang untuk hari ni.. 

#Maaf lah kalau buat korang tertelan air liur..
Bahan-bahan
  • 500 gm daging lembu *potong kecil dan nipis
  • 2 s/b kicap pekat
  • 2 s/b tepung jagung *bancuh
  • 1 cawan air
  • 2 s/b lada hitam *tumbuk
  • 3 s/b minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa...

Bahan Tumis (mayangkan/hiriskan)
  • 5 ulas bawang merah/kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar

Bahan Hiasan (pilihan)
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang *potong 1 inci
  • 1 biji tomato *belah 6
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau

Cara membuat
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu. 
  2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
  3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
  4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.
  6. SIAP!!
 

Sumber: Chef Hanieliza


2 comments:

emycandy said...

emmm nampak sedap niiii :)

missmeraa said...

@emycandy --> try laa... hehehe