Kongsi Resepi

Tuesday, 28 August 2012

Resepi : Daging Rendang Tok Basah

Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir Batin :)

Ni resepi turun temurun...
Hanya ada pada hari raya je.
Sangat laku & limited!

Kalau sapa lambat masuk ke dapur masa makan sama-sama di pagi raya...
Alamatnya memang tak dapat lah.
Ntah! Tak tahu pulak kenapa mama buat limited.
Malas nak tanya.
Ke sebab dah banyak sangat rendang ayam, daging, sup daging, kuah kacang, lontong, sambal, lemah, ketupat etc atas meja tuh? 
Kaaannn..

Raya kan sebulan..
Korang boleh lah mencuba resepi ni untuk majlis rumah terbuka..
Tak pun masa tetamu datang ke rumah...



Bahan-bahan: (1a)
  • 1 kg daging pinang - #dihiris
  • 4 biji bawang besar - #dihiris
  • 125ml kicap lemak manis
  • 4 sudu makan rempah rendang tok
  • 2 sudu makan kerisik


Bahan-bahan: (1b)
  • 1 biji bawang besar - #dihiris
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 juntum bunga cengkih
  • 3 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun pandan
  • 2 labu bawang putih - dikisar
  • 5cm halia muda kasar
  • 125ml cili kering yang dikisar
  • Garam secukup rasa
  • 125ml minyak masak
  • 250ml santan

Cara Memasak:
  1. Daging dipotong kiub saiz 2.5cm. Gaul semua bahan A dan dibiarkan diperap selama 45 minit.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, daun pandan dan serai sehingga kuning-kekuningan.
  3. Selepas itu, masukkan bawang putih dan halia. Kacau rata sehingga mendidih.
  4. Masukkan cili bih. Kacau perlahan-lahan hingga pecah minyak. 
  5. Selepas itu masukkan daging perap tadi., balik-balikkan sama rata, masukkan santan dan kacau rata. Tutup kuali dan biarkan mendidih dengan api yang sederhana kecil selama 3jam.
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Jika sudah cukup lembut, bolehlah tutup api dan hidangkan.


Kan best kalau boleh repeat balik dengan ketupat!!

 



1 comment:

izyantyPersonalTaste said...

nak cuba buat lah, nampak sedap n senang :) tq for resepi.