Kongsi Resepi

Thursday, 11 April 2013

Banjir Kilat Di Sekitar KL - 10 April 2013

Mujurlah tak bawa kereta lately ni..
Semalam, hujan lebat dari pukul 5ptg sampailah ke malam..
Subhanallah...

Hujan lebat disertai dengan angin yang kuat.
Aku terpaksa lah duk lepak kat parking dulu dalam setengah jam..
Sebab, kalau pakai payung pun, 
Rasa nye payung pun boleh terbang.
Hujan tak menandakan nak berenti, 
Makin lebat, makin kencang adalah.
Nak tengok banjir ke tak kat jalanraya pun tak nampak dah view dari opis ni..

Dalam 630ptg, nekad, redah ujan.
Payung plak tak bawa.
Tawakal je la..
Tengah-tengah berlari tu, (dah separuh lenjun dah)

Ada kakak ni offer tumpang payung dia.
Alhamdulillah..
Dia pun kene stay dalam 20minit..
Kalau tunggu hujan benti betul-betul, tak tahu lah pukul brapa nak geraknya..


Naik LRT takyah cakap la sejuk dia macam mana.
Aku dah la konfem kuyup,
Tambah dengan aircond kuat lagi.

Dah alang-alang pukul 7 kat area Bangsar,
Aku tunggu je lah adik aku balik keje pukul 730mlm.
Boleh keringkan sket baju ni kan..

Then, masa kat bastop, 
Macam tak de harapan je nak naik bas,
Aku paksa adik aku jalan kaki dalam 500meter ke bastop sebelum LRT bangsar.
Nasib dah renyai skit..

Elok sampai rumah,
Hujan turun lebat kaw kaw!

Bila review gambar banjir semalam,
Memang teruk.
Kalaulah bawa kereta, tak tahu berapa jam aku sangkut.










10 comments:

Aety Hassan said...

smlm saya balik pukul 6.45ptg.. masa tu hujan lagi.. rasa mcm balik pukul 8pm ajer.. aduss.. dalam hati berdoa supaya jalan tun razak tak banjir..

salam kenal buat empunya blog.. sambil BW, saya terus jd ur new follower.. ^_^

missmeraa said...

@Aety Hassan tau xpe. gelap je kan. da la dari PNB ke LRT ampang park tu xde bumbung..

Aety Hassan said...

@missmeraa huhuh.. AT plak kena amik adik kat LRT Damai. Masa berhenti kat trafik light depan celcom tuh, mmg dah cuak.. doa banyak2.. tapi alhamdulillah.. ^_^

Hani Razhani said...

fuh! dashyat ni. Mujur smlm sy sempat sampai umah...kalu tak memang pakat berenang la huhu.

missmeraa said...

@Aety Hassan mujur xde pape kan...

missmeraa said...

@Hani Razhani kesian tgk yg kereta tenggelam tu..

AyueJean AJ said...

KL dah jadi kolam anak ikan....
=D

elly nadyra said...

goshhhh dasyatnya banjir smalam!
tak bawak keta pun susah gak nak balik, bawak keta pun sama, apa pun memang lambat la blk kalau banjir kan!

missmeraa said...

@AyueJean AJsmart pun dah tak smart dah :D

missmeraa said...

@elly nadyra tu la kan. tp ok la xbawa kete, sekurang2nya, xde lah kete rosak kalau sangkut dalam banjir. nnt kene kluar duet lagi. hehe