Kongsi Resepi

Thursday 11 April 2013

Tutorial : Semakan Daftar Dan Lokasi Mengundi Untuk PRU13

Semalam, SPR dah umumkan tarikh keramat untuk mengundikan..
Jatuh pada 5 MEI 2013 iaitu hari Ahad.
So, kepada yang bekerja, mengundi di kg halaman,
Dah boleh apply cuti..

Adik aku konvo pada tarikh tu pun kena tangguhkan ke minggu hadapan..
Kesian plak pada bakal pengantin yang dah setkan tarikh majlis kawin pada tarikh tu..
Lagi-lagi da booking dewan tapi digunakan untuk mengundi..

Haiihh..
Korang da dapat surat/poskad untuk lokasi mengundi??
Aku dah dapat dah..
Ada juga kawan sama kawasan tempat tinggal, 
Tapi tak dapat lagi..

So, 
Sini aku bagi tutorial untuk korang..
Untuk semak lokasi korang untuk mengundi..

Korang pergi laman web SPR


Lepas tu klik "Semakan Daftar Pemilih"


Then, masukkan IC/KP korang. Tak payah ada "-" ..
Pastu klik button "Semak"

Barulah kluar info nama, lokasi, parlimen, pusat mengundi dan masa mengundi.
Korang boleh cetak dan tampal lah kat cermin. Sebab hari hari tengok cermin dan korang tak lupa masa mengundi..
Jangan plak mengundi hari sebelum waktu mengundi haa...

 

So, selamat mengundi ye. Pengalaman pertama ni... Huhu..
Semalam dah tengok demo mengundi kat MHI..
Undi adalah rahsia! :)

Ingat! 
5 MEI 2013 - Ahad 
Tarikh mengundi!


No comments: