Kongsi Resepi

Friday, 15 March 2013

Teambuilding di Bukit Tinggi - Part1

Dah nak masuk hujung minggu, 
Baru lah nak update!

Bukan apa,
BZ dengan keje.
Kitekan budak baru. Kena tunjuk komitmen keje tu skit. 
Hehehehe..

Teambuilding ni under company lama aku..
Haaaa...
Actually,
Plan dari awal tahun,
Tapi banyak keje kena setlekan.
Biasalah kita kan vendor..
Ikut je lah kata client.

Tangguh punya tangguh,
Barulah dapat tarikh yang best.
Tapi masa tu aku dah dapat offer keje baru kan..

Tapi plan kena diteruskan.
Ex-bos siap ugut,
Kalau aku tak pergi, 
Semua ni cancel. -.-'''

Lupa plak!
TB ni untuk PPj team je.
HQ tak join.

So, Bukit Tinggi je lah yang available.
Request kat PD, HQ kate xde.

Hari Sabtu pagi pun berkumpul kat tempat yang dijanjikan..
Janji pukul 11pagi,
Tapi pukul 12 baru semua sampai.
Tunggu dorang ni,
Aku sempat lah g basuh kete kat gombak nun.

Perjalanan dalam sejam je macam tu.
Pergi 3 biji kete.
Tapi kite hanya merancang...
Allah yang menentukan segalanya....

Kiteorang chck in kat Meranti Suite Park..
Minyak, makan, minum, penginapan, semuanya ditanggung!






Kata 1rumah dengan family bos,
aku n aisa kena lah jadi pengasuh. Perhatikan budak-budak ni.




Semua aktiviti terpaksa dipostpone ke hari Ahad..
Sebab ada kete member ni,
Elok dah kat resort nak check-in,
Minyak kete bocor.
Fuuuhhh!!
Nasib dah sampai, kalau dibuatnya jadi masa daki bukit tu..
Then pada masa yang sama, 
Salah sorang staff yang excident tu, 
Besi yang support bahu dia, dah terkeluar!
seram weiii..
Muka pucat je.
Ex-bos taknak amik risiko,
Terpaksa turun balik ke KL then terus hantar ke hospital.

So, xtvt untuk hari Sabtu tu, 
BBQ je lah.
Aku n Aisa, skali dengan bos n family.
Budak2 laki, bilik lain.
Petang tu mati akal tak tahu nak buat apa,
Aku n Aisa, g ketok bilik budak2 ni,
Kite mulakan bedtime story.
Macam-macam cerita.
Baru seminggu tak jumpa..

Dah la lapa,
Hujan lagi..
Ntah sapa ntah buka tv channel masakan masa tu!

Then masing-masing boring,
Aku ajak dorang jalan2 sekitar resort ni.
Esok dah tak sempat dah kaaann..

Ni ke penghujung jalan!
Dah penghujung, patah balik. Sebab jalan mati n hutan.
Nampak taman permainan tu?
Situlah tempat kiteorang BBQ.

Tak de tempat pun nak jalan,
Pusing-pusing kawasan resort..
Then tunggu bos balik!

Cafe ke, restoran ke, memang takde!
Bos memang ada bawa extra makanan, 
Tapi segan lah nak rasmikan dulu kan..


Walaupun kiteorang tak ramai mana,
Tapi dah rasa macam 1 family.
BBQ malam tu, 
Bos bagi soalan, sapa yang perlu disalahkan bila jadi macam ni?
#ala, yang bos hantar sorang staff ke hospital tu.








Bukan nak blame, 
Ni salah satu meningkatkan prestasi di alam pekerjaan.
1 soalan banyak jawapan kan..


Esoknya, bos n wife sediakan breakfast!
Tugas aku -- Kena call budak2 ni suh siap2 n datang breakfast!
Oh ya! 

Sorang je yang tak join, 
alasan amik kunci rumah baru -- katanyaa...
Tahulah dah kawin, but plz bg komitment sket!
Setiap kali ada outing ke,
bowling ke, ada je alasan. -.-''
Bukannya tiap-tiap minggu,
2bulan sekali je. Tu pun belum tentu.



3 comments:

RY-RYN said...

Resort tu nmpk mcm selesa.. Mahal tak?

missmeraa said...

@RY-RYN -- HI dear..
resort ni mcm apartment. act ni persendirian then owner akan sewakan kepada guest. mcm homestay la.
yang complete set apartment ni, bos i yang booking kan.
sebab dalam kawasan ni ada 2 tempat penginapan. 1 under resort(ada beranda kayu, nampak macam usang tapi kukuh la juga),lagi 1 persendirian(beranda mcm dlm gambar ni). btw, tmpt dia xde pape. :D sesuai untuk tido je. hehe..

u try google meranti suite park berjaya hills.

RY-RYN said...

@missmeraa Oh, yeke? Hehe.. Tringin jgk nak ke Bkt Tggi ni, tp tak pasti dgn tmpt penginapan kt situ.. Anywy, thanks for the info.. =)