Kongsi Resepi

Friday 24 February 2012

Rahsia Memudahkan Rezeki

Salam Jumaat semua :)
Tak semuanya yang indah itu indah, Dan tak semuanya yang cela itu cela. Kadang-kadang yang indah boleh membawa kepada keburukan  dan keburukan itulah yang akan berakhir dengan keindahan
Hari ini adalah hari  Jumaat segala penghulu hari, aku akan sharekan rahsia untuk memudahkan rezeki. Moga-moga kite semua dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan. Amiinn....


1. Istighfar paling kurang 100kali dan jika banyak masalah bacalah 1000kali sehari atau lebih pun tidak mengapa, Insya-ALLAH akan terbuka jalan penyelesaian kepada masalah itu. Istighfar membuka segala simpulan. Apa saja yang berlaku di dalam hidup kita, kunci masalah adalah di dalam hidup kita. Kitalah puncanya, Tujan tidak menzalimi kita sebaliknya kita yang menzalimi diri kita sendiri. Istighfar adalah konsep zero minda iaitu kosongkan jiwa hanya ada Dia. Bila ada Dia di dala, hidup ini maka semua masalah akan tidak ada apa-apa. Hanya Dia yang mengaturkan semua maslaah. Serahkan kepada Allah semuanya. Buat secara istiqamah. 

2. Jika ada masalah atau mahu mendapat rezeki agar diberi jalan untuk mempermudahkan. Buat selawat selama 10hari sebanyak 1000kali sehari. Dengan niat khusus. Tapi jangan lupa solat fardhu.

3. Buat solat taubat bermula daripada titik untuk berubah buay setiap malam. Kemudian buat solat tahajjud kerana di situ banyak keistimewaan yang dijanjikan.

4. Buat solat duha jangan putus. Solat duha memang hebat sangat peranannya, rezeki melimpah ruah. Keberkatan datang, tapi jangan buat untuk dapatkan duit tetapi untuk mendapatkan keberkatan dan kasih sayang Allah. Kunci dunia ini adalah kasih sayang jika ada kasih sayang yang baik dari Allah maka Allah akan beri apa saja yang Dia mahu. 

5. Jaga dan sayangi ibu bapa macam mereka adalah raja di dalam hidup kita walaupun ibu bapa kita tidak menyukai kita. Buatlah apa saja yang boleh untuk menyayangi ibu bapa kita. Orang yang berjaya adalah orang yang menyayangi ibu bapa mereka.


Selamat beramal 

No comments: