Kongsi Resepi

Saturday 18 February 2012

Hujan Oh Hujan

Teringat masa zaman kecik-kecik dulu, hujan lah waktu paling best, sebab dapat main ujan, lagi bila balik dari sekolah rendah agama. Aku pergi dan balik sekolah jalan kaki je. Bila hujan je, tak pergi mengaji, alasan hujan. Chet!! Paling seram penrah kawan-kawan sepermainan dulu cakap, kalau masa hujan, korang duduk bawah pokok, then bila dah guruh-guruh, korang balik rumah terus, then tengok balik pokok tempat korang teduh tu, nanti ada "benda" duduk bawah tu. Annoying gile. Haha. Biasalah, budak tak cukup umur, percayalah bulat-bulat, lagi-lagi bila belakang rumah aku ni ada taman permainan dan pokok yang tak pernah nak tinggi..


Memandangkan sekarang musim hujan, so kebarangkalian untuk bangun pergi kerja adalah tipis. Hahaha! Nak dating pun kena cancelkan last minute. Semalam ntah kenapa teringin nak makan kat SS2. Lama kot rasanya tak pergi. So, aku dengan mrMok pergilah selepas balik keje. Mula-mula cuaca cerah, ntah tiba-tiba masa otw tu, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Terpaksalah berdating sekejap bawah jambatan. Pengalaman pertama sebab tak pernah merempit tengah-tengah hujan ni. Tapi takutlah juga bila duduk bawah jambatan tu dengan kereta, bas lalu lalang. Tawakal je la. Bila hujan dah reda, baru meneruskan destinasi. Alhamdulillah, sampai juga tempat yang nak dituju dan menghadap rezeki didepan mata. Sejuk jeeee. Takpe, susah-susah dulu, senang-senang kemudian. Bila lagi nak merasa susah kan asyik merasa senang jee. ^_^


Sumber: Pakcik Google

No comments: