Kongsi Resepi

Tuesday, 30 April 2013

Mood Ke-Laut Dah!

Lamanye tak update blog...
Dah bersawang dah blog ni..
Sampai terbersin-bersin ni... Ishh...

Bukan tak nak update,
Dan juga bukan bz dengan keje. Hehehe..
Tapi tak tahu nak update apa..

Semalam dengan hari ni,
Pergi keje lengangnyaaa jalan.. 
Alahai...
Ramai yang amek cuti direct dari sabtu sampai 1hb Mei..
Esok kan public holiday..
Dan confirmmmm IronMan 3 soldout!!!

Cuti aku kena simpan dulu..
Nak pakai lepas raya nanti..
Hehehehe..

Esok harijadi mama..
Takyah susah minta cuti untuk celebrate,
Memang dah jatuh public holiday untuk 1malaysia.

Lain.. Hurm..
Beberapa hari je lagi nak mengundi nih.
Makin neves rasa dia.
Almaklumlah,
1st time undi..

So,
Hari ni confirm la mood korang dah tak de nak keje..
Selamat bercuti esok!



Thursday, 11 April 2013

Tutorial : Semakan Daftar Dan Lokasi Mengundi Untuk PRU13

Semalam, SPR dah umumkan tarikh keramat untuk mengundikan..
Jatuh pada 5 MEI 2013 iaitu hari Ahad.
So, kepada yang bekerja, mengundi di kg halaman,
Dah boleh apply cuti..

Adik aku konvo pada tarikh tu pun kena tangguhkan ke minggu hadapan..
Kesian plak pada bakal pengantin yang dah setkan tarikh majlis kawin pada tarikh tu..
Lagi-lagi da booking dewan tapi digunakan untuk mengundi..

Haiihh..
Korang da dapat surat/poskad untuk lokasi mengundi??
Aku dah dapat dah..
Ada juga kawan sama kawasan tempat tinggal, 
Tapi tak dapat lagi..

So, 
Sini aku bagi tutorial untuk korang..
Untuk semak lokasi korang untuk mengundi..

Korang pergi laman web SPR


Lepas tu klik "Semakan Daftar Pemilih"


Then, masukkan IC/KP korang. Tak payah ada "-" ..
Pastu klik button "Semak"

Barulah kluar info nama, lokasi, parlimen, pusat mengundi dan masa mengundi.
Korang boleh cetak dan tampal lah kat cermin. Sebab hari hari tengok cermin dan korang tak lupa masa mengundi..
Jangan plak mengundi hari sebelum waktu mengundi haa...

 

So, selamat mengundi ye. Pengalaman pertama ni... Huhu..
Semalam dah tengok demo mengundi kat MHI..
Undi adalah rahsia! :)

Ingat! 
5 MEI 2013 - Ahad 
Tarikh mengundi!


Banjir Kilat Di Sekitar KL - 10 April 2013

Mujurlah tak bawa kereta lately ni..
Semalam, hujan lebat dari pukul 5ptg sampailah ke malam..
Subhanallah...

Hujan lebat disertai dengan angin yang kuat.
Aku terpaksa lah duk lepak kat parking dulu dalam setengah jam..
Sebab, kalau pakai payung pun, 
Rasa nye payung pun boleh terbang.
Hujan tak menandakan nak berenti, 
Makin lebat, makin kencang adalah.
Nak tengok banjir ke tak kat jalanraya pun tak nampak dah view dari opis ni..

Dalam 630ptg, nekad, redah ujan.
Payung plak tak bawa.
Tawakal je la..
Tengah-tengah berlari tu, (dah separuh lenjun dah)

Ada kakak ni offer tumpang payung dia.
Alhamdulillah..
Dia pun kene stay dalam 20minit..
Kalau tunggu hujan benti betul-betul, tak tahu lah pukul brapa nak geraknya..


Naik LRT takyah cakap la sejuk dia macam mana.
Aku dah la konfem kuyup,
Tambah dengan aircond kuat lagi.

Dah alang-alang pukul 7 kat area Bangsar,
Aku tunggu je lah adik aku balik keje pukul 730mlm.
Boleh keringkan sket baju ni kan..

Then, masa kat bastop, 
Macam tak de harapan je nak naik bas,
Aku paksa adik aku jalan kaki dalam 500meter ke bastop sebelum LRT bangsar.
Nasib dah renyai skit..

Elok sampai rumah,
Hujan turun lebat kaw kaw!

Bila review gambar banjir semalam,
Memang teruk.
Kalaulah bawa kereta, tak tahu berapa jam aku sangkut.










Wednesday, 10 April 2013

WW: Proses Dalam Bilik Mengundi


1st time mengundi nih. Neves!!