Kongsi Resepi

Thursday 14 September 2017

Im Back!

Assalamualaikum semua..
Setelah sekian lama mendiamkan diri dari dunia blogging,
masa ni la baru free.

Bz dengan kehidupan baru..
Kerja, keluarga baru..
Layan kerenah anak, walaupun penat, bila tengok wajak anak syurga tengah tido, hilang segala penat, stress kat tempat kerja.

Bila nak buat cerita baru kat blog ni, dan dan la anak dah bangun.
Niat di hati nak buat lepas anak tido malam, last last, dengan kite-kite tertido sekali.

Bila baca balik cerita-cerita yang pernah share dalam blog ni, rasa macam lucu..
Betul ke apa yang aku tulis ni...? kehkehkeh..

Hari ni, 14.September.2017,
Malaysia dikejutkan dengan berita Pusat Tahfiz terbakar di Jalan Dato Keramat.
Allahu.. Anak-anak syurga.. InshaAllah..

Bila da jadi seorang ibu ni, naluri tu rasa lain je.
Ntah kenapa masa tengah tengok anak tido tadi, tetiba fikiran ni melayang teringat video dimana semasa api tengah marak, kedengaran suara anak-anak syurga menjerit meminta tolong.

Paling kecik, umur 7 tahun.
Bila pandang wajah anak sendiri yang tengah tido, taktahu kenapa emosi tetiba.
Tu baru yang duk asrama yang ada ibu bapa.

Yang had anak yatim -- duk dirumah anak yatim..
Umur baye-baye anak -- setahun lebih. Kita ni boleh la layan kerenah dia, tengok dia setiap masa.
Yang duk di rumah anak yatim tu, bukannya boleh hadap 24jam. Kasih sayang pun share-share.
Berdikari..

Emosi tetiba.
Allahu... Apatah lagi anak-anak syurga yang terperangkap dalam kebakaran di Tahfiz tersebut..
Berlari ke bucu bilik untuk selamatkan diri..

Haiiihh...
Syurga tempat mu, wahai anak-anak.




Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

No comments: