Kongsi Resepi

Monday, 30 April 2012

Previous Birthday Gift



Lagi seminggu, usia akan bertambah. Umur da masukkkk... Teeeett! Hahahaha. Dan pada masa yang sama, cepat masa berlalu, dah masuk setengah tahun dan juga bulan puasa nak dekat da nih. Cepat betul.... 

Hari ni, tetiba nak review balik surprise birthday-gift yang aku dapat dari mula kenal chenta-hati sampai lah tahun lepas. Tapi bila dikenangkan balik, makin tahun makin tak mengharap dah nak hadiah apa. Sebab, semuanya dah ada. 


TAPI.....
Yang penting, as long as chenta hati ada disisi, celebrate sama-sama walaupun makan di gerai tepi jalan pun dah syukur alhamdulillah. #Betullah, awak!

Standardlah kan, bila belum tiba masanya lagi, teringin-ingin hati nie nak tu, nak ni, nak memiliki benda idaman hati. Tapi bila dah dapat offer, kiranya ada orang dah buka offer NAK APA, masa tue lah acik tak tahu dah nak apa. 

Macam duet juga, bila dapat gaji, tengok barang yang idamkan sebelum gaji kuar, meluap-luap nak, bila dah ada gaji, pandang sebelah mata je. Nafsu nak memiliki pun dah ilang. Kaannn..

Jum, aku sharekan barang-barang yang pernah dapat. Walaupun tak semewah berlian, tak semahal Coach, tak secantik Guest, asalkan ikhlas dari hati, dan dia tak lupa hari istimewa pun, da ok kan.

2008
Chenta hati buka offer untuk aquarium ni. 
2-3 hari kemudian, da dapat "cucus ikan". Lagilah berkobar-kobar nak bela ikan.


Masa ni lah 1st time tengok ikan beranak. Banyak giler. Comelnyaa. Aritu sempat kira, dalam 30ekor anak dia, tapi yang hidup 10 ekor je. Tak tahu napa.

Setahun kemudian, 2009...
tak de present, but surprise yang memang tak dijangka.

Nasib lah pakai wane itam.


Setahun kemudian.. 2010..
Apa eh?? Hurm.. 
Oh! Kasihsayang yang bertambah-tambah. Masa ni ekonomi gawat..
Pergi makan, makan n makan. Dan karaoke.
#Rutin tahunan
Pastu dapat ni.
#Sebab nama "Bubu"

Tahun 2011..
Ekonomi stabil balik, acik disunting! :D
Pergi GH, yang telah sekian lama tak pergi. Best best best!
Semua game, kiteorg main. Dan shopping. 

Celebrate sekali dengan Hari Ibu with future-MIL.
future-MIL sponser.
Dan dapat ni.

Bos sponser kek+belanja makan
And officemate belanja Famous-Amos
TQ! 

#Tahun ni lah yang paling best.
TERIMA KASIH SEMUA


DAN
Untuk tahun 2012.....
Jeng jeng jeng...
14Feb2012 aritu dapat Mini DSLR Pendrive #speechless

Katanya tu sekali pakej untuk birthday comingsoon.
Hurmm..
Awak, minggu depan ada dapat pape tak? 
#Kelip-kelip mata sambil senyum.


Notepad: Korang da GANTI PUASA belum?? 

Friday, 27 April 2012

Putih dan Hitam



Diri kita umpama sehelai kertas... 



Warnanya putih kerana banyaknya kebaikan yang kita buat. Apabila kita melakukan satu-satu kesalahan sama ada disengaja atau tidak, terpalit setitik dakwat hitam di atasnya. Begitu juga jika kita punya sesuatu kelemahan.

Biasanya manusia akan terdorong untuk melihat titik hitam yang sedikit itu berbanding keseluruhan kertas yang putih. Biasanya manusia terdorong untuk menghukum kita berdasarkan titik hitam, bukannya keseluruhan kertas yang putih.

Kebaikan kita walau sebanyak mana pun, susah orang hendak nampak dan iktiraf. Tapi kesalahan, kesilapan atau kelemahan kita walaupun kecil, cukup cepat orang nampak.

Oleh itu, berhati-hatilah. Berusahalah agar kertas putih kita tidak terpalit apa-apa kotoran lain, sekalipun kecil. Kerana selalunya manusia menghukum kita dengan melihat kotoran yang sedikit itu.

Thursday, 26 April 2012

Realiti Hidup

Semalam, tengah clik-clik youtube, terjumpa 1 video nie. 

Realiti kEHIDUPan
Menarik. Short-film yang telah ditonton seramai 9,455, 671 kali. Sembilan juta, bukan bilangan yang sikit. Short-film ni menayangkan tentang sesuatu hubungan yang lazimnya akan melalui 7fasa.

Strangers, again  

Stage 1: Dating - Pertama kali berjumpa..
Stage 2: The Chase – Tempoh berkenalan dengan lebih mendalam - This is the best part!
Stage 3: Honeymoon – In relationship
Stage 4: Confortable - Keadaan terlalu selesa dan kurang menarik | Dah tak tau nak borak apa!
Stage 5: Tolenrasi – Salah faham, tidak berusaha untuk memahami antara satu sama lain
Stage 6: Downhill - Bergaduh, tidak berkomunikasi, tidak dapat menyelesaikan masalah
Stage 7: Breaking up - bercerai atau perbaiki?

Mesti baru korang perasan kan, yang korang melalui stage-stage ni tanpa sedar. Sapa yang pernah gagal dalam percintaan dulu, mungkin dah sampai stage 7 dan akan mulakan balik dengan stage 1.

Tapi untuk sesuatu perhubungan yang lama, tak kira lah dah kawin ke, atau masih bercinta, stage 4 lah yang perlu berjaga-jaga.

 Jika awal percintaan/perkahwinan, semuanya serba wangi, kemas je, selepas masuk tahun ketiga ke atas, mula lah pakai yang simple, mekap pun tak berapa nak mekap.

Jadi, terjadilah mencari kesalahan antara satu sama lain, dimana masing-masing perlulah berusaha untuk memperbaikai sesama sendiri. Kalau tak, tanpa sedar kita akan perlahan-lahan masuk ke stage 5 dan 6.

Tak mustahilkan, ramai yang nak sempurna, mengharapkan kesempurnaan dengan pasangan masing-masing. Tapi, pernah tak kita muhasabahkan diri untuk memperbaiki kelemahan kita sendiri? 

"Jika mahu yang sempurna, jadilah orang yang berusaha ke arah kesempurnaan dahulu"

Jangan terlalu meletak kesempurnaan yang berlebihan dalam perkahwinan, kerana perasaan itu akan berubah menjadi kecewa apabila hilang kelebihan pada pasangan kita tu nanti. 

Bukan ke hakikat kejadian manusia itu Allah dah ciptakan untuk saling lengkap-melengkapi??

Moga Allah memelihara kita dari ujian kehidupan dengan apa yang kita katakan. Wallahu'alam.

Segmen : Tambah Follower Tambah Kawan

Ada segmen baru...
Kali ni, segmen : tambah follower tambah kawan, dianjurkan oleh syamirazainan dan ditagged oleh Ayuejean...
Thank you tag kita. :)

 
Sila clik gambar di atas :)


Kalau ikotkan malas nak join, sebab kite BW orang, follow dorang, tapi dorang tak reply. Macam saje je masuk, tapi tak de buat apa-apa pun.. #Tepuk tanya, tanya seleraa :)

Tapi tak pelah, memandangkan dah lama tak join segmen BW ni, aku menjoinkan diri. Sapa-sapa nak join juga, sila lah. Syarat yang simple. Cekidout!

Kita tagged awak pulak!