Kongsi Resepi

Monday, 25 February 2013

With Love -- 5Hari Lagi..

Pejam celik pejam celik lagi 5hari je berkhidmat kat PPj ni..
Kejap je masa berlalu..

Haiihh..
Tak caya dalam masa 5bulan ulang alik dari KL - Putrajaya..
Kalau skang ni perjalanan ke tempat kerja tak jem..
Cuma perjalanan tu rasa jauh la kan..

Tapi lepas ni akan mengharungi kesesakan lalu lintas..
Walaupun tempat tu dekat..
Takut, nerves, excited semua ada dalam diri ni..
Minggu depan bermula lah rutin baru..

Hari ni...
Hurm..
Siapkan kerja-kerja yang patut disiapkan sebelum tinggalkan tempat ni..
Lagi dekat tarikh nak tinggalkan tempat ni,
Lagi excited nak datang kerja..
Tapi tak semua orang macam tu.. #katabosakulah

Macam sekolah dulu.. 
Masa form 5,
Dah tahu tu tahun terakhir sekolah, 
Attendance full!!
Kalau sebelum ni pening skit, tak g sekolah.
Tapi masa tu, sanggup kau pergi sekolah..
Tu semua kenangan..
Bukan apa.. 
Kita sendiri dah tahu kan lepas ni kita takkan jejak balik ke tempat tuu..
Dan semua ni akan tinggal kenangan jee...


Taktahulah kenapa berdebar-debar jantung ni..

Monday, 18 February 2013

With Love -- PPj Team

Note: Cerita ni terjadi awal bulan.

Plan ni terjadi dengan tiba-tiba..
Asalnya bincang pasal annual dinner company..
Ntah macam mana terjebak plak nak outing ramai-ramai..

Plan bagai nak rak,
Lagi-lagi sorang team tu, accident..
Alahai... Sunyi opis kejap ni haa..

Tak pasal-pasal kena organizer kan plan ni..
Sebab.. aku kan KAKAK.. #katadorang
-.-'''
Layankan je la..

Hari Jumaat petang baru terhegeh-hegeh nak booking bowling..
Fuhhhhh!!
Nasib dapat booking..

Hari Sabtu tu (2/2/2013)
Plan yang dirancang pun menjadi kenyataan..
Tawakal je laa sapa yang tak datang.. #tapicuakjuga ok!

Masa otw tu,
dorang msg kate ada yang tak datang, ada yang balik kg,
Ada yang demam..
Tawakal je la kann..

Sampai je kat MV,
Surpriseee!!
Semua ada... Sorang je takde sebab urgent kena balik kg.
Yang demam jadi sehat, yang kete rosak, jadi elok dan macam-macam hal laa..
Budak yang accident tu, aku dengan chenta-hati pergi jemput kat rumah dia..
Alahai... Siannyaa...

Makan-makan bagi energy sikit..
Barulah ada semangat nak main.
Aku juga kena jadi ahlong kat dorang..
Bayar dulu, kutip kemudian..
Aku kan KAKAK #katadorangkann!

Dalam pukul 5lbh tu,
Baru lah gerak ke Danau Kota makan steamboat..
----
Tapi aku kena lah consider kan, ikut majoriti nak makan apa..
----
Tapi tak best skang kat situ dah..
Makan pun ada limit..
Ish!!
Tapi baru makan setengah jam,
Semua dah mengah-mengah!
Yela, sebelum tu laparkaann..
Budak accident tu kena la bergilir-gilir suapkan dia. 
Tapi bukan aku la.. Hohoho..


Lepas makan,
Dorang bagi plan, g karok kejap..
Layankan je la..
Sejam karok..
Nasiblah kira bilik, kalau kire kepala..
Muat lahh 10 orang dalam bilik tu..
huhuhuh.

Lepas tu baru lah balik..
Confirm yang jadi co-pilot sure tertido termasuk aku..

Lepas ni, organizer lain plak plan nak ke Broga! :)

Saturday, 16 February 2013

Meteor Melanda Rusia

Tengok status kat FynnJamal..
Ingatkan apa lah yang dimaksudkannya..
Ruparupanya..
Bila tengok kat utube...
Subhanallahh...

Meteor..
Tu pun hanya serpihan kecilan je...
Arini kluar dlm paper..
Meteor melanda rusia semalam. #taksilapakulah
Didapati 400 orang tercedera akibat impak dari meteor.
Majoriti nya terkena serpihan kaca..

Teringat movie Deep Impact..
Pergh...
Walaupun tengok dalam utube je..
Tapi terasa impak dia kat sini..

Moga rakyat malaysia yang berada di Rusia semuanya selamat ye!


Boleh tengok impak tingkap pecah!
Klik link Ni

---------------------
Hujan tahi bintang yang melanda Russia semalam menyebabkan lebih 500 orang cedera, merosakkan bangunan dan memusnahkan rangkaian komunikasi mudah alih. Batu yang terbakar dapat dilihat dari jarak beberapa kilometer apabila ia terhempas kira-kira jam 9.20 pagi waktu tempatan.

Seorang saksi mengumpamakannya seperti satu babak dalam filem Armageddon.

Tahi bintang itu dipercayai terhempas dalam sebuah tasik berhampiran Chebarkul, sebuah bandar di wilayah Chelyabinsk.

Bandar Chelyabinsk, 1,440 kilometer ke timur Moscow dan berhampiran sempadan Kazakhstan adalah yang paling teruk terjejas.

Lebih 500 orang mendapatkan rawatan perubatan selepas kejadian, termasuk 80 kanak-kanak sementara 112 dimasukkan ke hospital.

Sebahagian besar mangsa mengalami kecederaan di muka akibat terkena serpihan kaca.

Bagaimanapun, setakat ini tidak ada laporan mengenai kematian atau ada orang yang terkena serpihan tahi bintang itu.

Anggota tentera menemui tiga sisa tahi bintang berkenaan, dua di kawasan berhampiran Tasik Chebarkul, barat Chelvabinsk sementara yang ketiga dijumpai berhampiran bandar Zlatoust yang terletak 80 kilometer dari Chebarkul.

Satu daripada serpihan tahi bintang itu yang jatuh di Chebarkul menyebabkan lubang selebar enam diameter.

Menurut laporan yang tidak dapat disahkan dalam Russia Today, tahi bintang itu dipintas oleh pertahanan udara negara itu.

Akademi Sains Russia menganggarkan tahi bintang itu seberat 10 tan. Menurutnya, ia memasuki atmosfera bumi dengan kelajuan 54,000 kilometer sejam dan berkecai kira-kira 30 hingga 50 kilometer dari bumi.
----------------------------------


Sumber: Harian Metro




Thursday, 14 February 2013

BR1M 2.0

Weeeeee...
Sempena hari "No Valentines" ni...
Orang lain dapat bunga, cokelat, hadiah, makan-makan..
Jalan-jalan..

Tapi aku plak dapat sepucuk surat cinta..
Pukul 9:40 mlm ada orang ketuk orang bagai nak pecah pintu tu.
Ingatkan adik aku yang baru balik..
Rupanya jiran tetangga tolong hantarkan sepucuk surat ni..



WOW!!
Alhamdulillah..
Dapat juga BR1M ni..
Minggu lepas ayah aku dapat yang rm500 tu..
Minggu ni rezeki aku plak..
Tak sangka secepat ni..
Hehehehe

Ahad ni kene collect voucher kat SK Bangsar..
Dalam tengahari mcm tu..
Then cash out kan kat BSN..

Dapat la juga merasa Br1m ni before kawen.
Hehehehe..
Takdapat yang lain, Allah gantikan rezeki yang ni plak..

Korang dah dapat belum??