Kongsi Resepi

Saturday, 14 April 2012

Titanic Part 5 : Hiasan Dalaman

PART 5

docked

Seperti yang sedia maklumlah kan, RMS Titanic adalah sebuah kapal penumpang kelas berat yg dimiliki perusahaan pelayaran White Star Line. Pada tanggal 14 April 1912 dalam pelayaran perdananya , Titanic melanggar sebuah iceberg (gunung es) dan tenggelam 2 jam 40 minit kemudian. Pada saat pertama kali dilancarkan Titanic menjadi kapal uap penumpang terbesar di dunia.

underway

Titanic dibangun dengan teknologi paling baru pada masa itu dan diiklankan sebagai kapal yg “tidak akan mungkin tenggelam” dalam iklan promosinya. Tragedi Titanic menggegarkan seluruh dunia kerana disamping kapal yg “canggih” kru kapal juga terdiri dari orang-orang yg sangat berpengalaman, namun nyawa yang terkorban sangat besar. Tragedi ini kemudian merubah undang-undang maritim di dunia dan penemuan bangkai kapal pada tahun 1985 semakin membuat musibah Titanic menjadi legenda sampai saat ini. Kat sini, aku share gambar-gambar asli hiasan dalam Titanic.









------------------------
SOS yang dikirim kapal "Titanic" ke Korta Bima
---------------------
Tiket kapal "Titanic" 

-----------------------------------
Jum ke:

Titanic Part 4 - Fakta

PART 4

Fakta disebalik Titanic  

1. RMS Titanic dimiliki oleh White Star Line, yang merupakan kapal penumpang besar pertama pada ketika itu.


Pandangan Sisi RMS Titanic


2. Titanic memiliki panjang 882 kai 9 inches (269.1 m) dengan lebar maksimum 92 kaki 6 inches (28.2 m). Tinggi keseluruhannya, diukur dari dasar lunas ke puncak anjungan, adalah 104 kaki (32 m). Kapal ini seberat 46.328 tan kiraan kasar dan dengan daya muat 34 kaki 7 inches (10.5 m), Keseluruhan berat kapa ini adalah 52.310 tan.

Pandangan dari tengah Titanic


3. RMS singkatan dari Royal Mail Steamer


-- Pelayaran perdana Titanic, disertai koordinat tenggelamnya kapal

-  John Jacob Astor, pada tahun 1909, dia dan isterinya adalah orang terKAYA di Titanic


--   Tujuh dari lapan anggota band Titanic

4. Pengarah "Titanic", James Cameron telah pergi melihat bangkai kapal Titanic yang sebenar sebanyak 12 kali dengan purata 16 jam sekali.

5. Kebanyakan syot kapal Titanic di lautan tidak benar tetapi penggambarannya dibuat di Baja, Mexico dan kebanyakan pelakon ekstra adalah orang Mexico.

6. Ketika babak Jack (DiCaprio) dan Rose (Winslet) 'terbang' di depan kapal dan bercium, matahari yang terbenam di belakang mereka memang benar. Mereka terpaksa melakonkan babak itu dalam beberapa minit sebelum matahari terbenam.

7. Leonardo DiCaprio bersetuju untuk membintangi filem ini kerana ia mengisahkan cinta dua darjat.

8. Sekalipun air yang naik di koridor tampak sejuk, sebenarnya suhu air ketika Rose terapung di atas papan untuk menyelamatkan diri adalah pada suhu 80 darjah.

9. Semua lakaran Rose dan lukisan Jack telah dilukis oleh James Cameron sendiri.

10. Setiap wanita di set memakai korset sekalipun mereka pelakon ekstra yang tidak kelihatan di kamera. Semua pelakon sokongan diwajibkan menghadiri kelas etika untuk mengetahui cara orang pada tahun 1912 bercakap dan bergerak. Semua pelayan juga perlu belajar cara untuk melakukan tugas mereka.

11. Ketika Jack menyebut "Sit over there on the bed. I mean, couch!", ia tidak ada dalam skrip dan DiCaprio telah tersalah menyebutnya. Namun semua orang menyukainya dan mereka memutuskan untuk mengekalkan kesilapan itu.

12. Babak di mana Rose meludah pada muka Cal (Billy Zane) telah diilhamkan sendiri oleh aktres tersebut.

13. Babak di mana ibu Rose, Ruth (Frances Fisher) mengikat korset Rose pada awalnya terbalik kerana Rose yang sepatutnya mengikat korset Ruth. Namun para pelakon dan pengarahnya sendiri merasakan mesej yang disampaikan lebih kuat sekiranya korset Rose yang diikat, untuk menunjukkan betapa si ibu mempunyai kuasa untuk 'mengikat' kebebasan anaknya.

14. Winslet bersungguh-sungguh 'melobi' peranan Rose kerana pada awalnya Cameron agak skeptikal dengan keupayaan yang ada padanya.

15. Cameron telah menyelam lebih dalam untuk melihat bangkai Titanic asal dengan menggunakan kamera khasnya. Sesetengah rakaman yang diambilnya tidak pernah dilihat sesiapa sejak tahun 1912.

16. Babak lakaran Jack dan Rose merupakan babak pertama yang dirakamkan antara DiCaprio dan Winslet. Aktres ini telah berbogel di hadapan DiCaprio pada hari pertama untuk membiasakan diri.

17. DiCaprio sensitif pada air, jadi dia tidak boleh masuk ke dalam air sejuk.

18. Replika Titanic dalam filem itu berukuran 775 kaki panjang dan terapung di dalam tangki 17 juta gelen. Sut paling mahal dalam Titanic bernilai AS$4,350 (RM13,336), sama dengan nilai hari ini sebanyak AS$75,000 (RM231,463). Hanya separuh daripada kapal tersebut adalah benar dan selebihnya dibuat menggunakan imej komputer.

19. Ikan lumba-lumba yang berenang di tepi kapal adalah benar.

20. Semua kostum tahun 1912 yang dihasilkan untuk filem ini bernilai AS$8.4 juta (RM25.7 juta). Filem ini sahaja memakan kos AS$200 juta (RM613 juta) – lebih mahal daripada menghantar orang ke bulan.

21. Kesilapan dalam filem – watak Jack mengatakan dia pernah pergi memancing di tasik ais di Tasik Wissota, berhampiran Air Terjun Chippewa, Wisconsin. Tasik Wissota merupakan tasik buatan manusia yang hanya diwujudkan pada tahun 1917, lima tahun selepas tenggelamnya Titanic.

22. DiCaprio dan Winslet mengakui mereka membuang air dalam tangki untuk terus kekal hangat dan kerana mereka terlalu malas hendak keluar dan menggunakan tandas.

23. Banyak jakuzi dibina di sekeliling set supaya semua pelakon boleh berehat dan memanaskan badan.

24. Orang-orang ini adalah yang sebenar masa peristiwa Titanic, 1912.
     (Kiri: Peranan dalam filem, Kanan: Orang yang sebenar (1912)

1. Captain Edward James Smith
Titanic asli dan kisah yang sebenarnya
-- lahir pada 27 Januari 1850 di Hanley, Stoke-on-Trent, Inggris
-- meninggal pada 15 April 1912,Samudera Atlantik (bencana Titanic)
-- tidak ditemui sehingga kini

2. Molly Brown
Titanic asli dan kisah yang sebenarnya
-- lahir pada 18 Julai 1867 di Hannibal, Missouri
-- meninggal pada 26 October 1932 di Barbizon Hotel, New York City (Tumor Otak)

3. John Jacob Astor
-- lahir pada 13 Julai 1864 di Rhinebeck, New York
-- meninggal pada 15 April 1912, Samudera Atlantik (bencana Titanic)

4. Thomas Andrews
Titanic asli dan kisah yang sebenarnya
-- lahir pada 7 Februari 1873 di Comber, Country Down, Irlandia
-- meninggal pada 15 April 1912, Samudera Atlantik (bencana Titanic)

5. Bruce Ismay
Titanic asli dan kisah yang sebenarnya
-- lahir pada 12 December 1862 di Crosby, Merseyside, Inggris
-- meninggal pada 15 October 1937 Liverpool, Inggris


Surat khabar terkenal New York Times, sehari setelah Titanic tenggelam pada 16-April-1912, Selasa.
Titanic asli dan kisah yang sebenarnya

Jum ke:
Part 1 |  Part 2   | Part 3 | Part 4 Part 5 | Part 6Korban Selamat Terakhir Titanic

--------------------------------

Titanic Part 3 - 100tahun Kemudian

PART 3

Penemuan sulung bangkai kapal Titanic pada tahun 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadiklan kekal terkenal sehingga kini. 


100 tahun kemudian....

Sebuah kapal persiaran mewah, MS Balmoral

Sebuah kapal persiaran mewah, MS Balmoral dengan jumlah penumpang yang sama memulakan pelayaran pada 10 April 2012. Kapal itu belayar dengan mengikut laluan yang sama dari pelabuhan di Southampton. Ia membawa 1,309 penumpang. Kapal tersebut turut menuju ke lokasi Titanic tenggelam pada 15 April 1912 di Lautan Atlantik. Titanic karam semasa pelayaran sulung menuju ke New York, Amerika Syarikat.


Pelayaran selama 12malam itu adalah sempena memperingati ulang tahun ke-100 tragedi kapal tersebut. Pada masa yang sama, pihak penganjur juga menghidupkan semula pengalaman di atas kapal tersebut seperti sajian makanan yang sama sehingga kepada persembahan muzik secara langsung pada zaman itu. Menurut pihak penganjur, penumpang dari 28 buah negara yang menempah pelayaran itu. Sebahagian penumpang merupakan saudara-mara penumpang kapal tersebut. Tiket-tiket berharga AS$4,445 (Rm13,595) sehingga AS$9,520 (RM29,117) ditawarkan kepada penumpang.

Wooowww!


Antara penumpang lain turut serta ialah para penulis dan ahli sejarah termasuk seorang pakar sejarah Titanic, Philip Littlejohn, seorang cucu mangsa yang terselamat. Sebahagian penumoang turut memakai pakaian pada zaman awal tahun 1900 semasa mereka menaiki kapal berkenaan. Pengajur pelayaran itu, Miles Morgan menyatakan ia merupakan pelayaran yang istimewa terutamanya untuk para saudara penumpang yang meninggal dunia. Kapal itu akan berlabuh di Cherbourg di Perancis dan Ireland seperti yang dilakukan Titanic.





Selain daripada itu, pada tahun ini juga, sempena memperingati ulang tahun ke-100 tragedi karamnya kapal Titanic, pengarah terkenal, James Cameron akan melancarkan semula filem Titanic buat kali pertama dalam bentuk 3D bermula 5April 2012. Selepas ditayangkan pada 1997, filem ini telah menjadi salah satu filem paling berjaya dalam sejarah perfileman dunia yang mengaut kutipan sebanyak USD1.8 billion selain memenangi pelbagai anugerah.

Titanic akan kembali berlayar di semua cinema seluruh dunia. Mungkin ada yang diantara korang dah tengok Titanic berulang-ulang kali kan, so, apa kata kita tengok lagi sekali dalam versi 3D. Walaupun tengok berulang kali, babak menangis mesti ada. Hehe.. Dulu tengok Titanic ni kat dalam CD je, tak mampu/tak kenal erti panggung wayang masa tu, masa ni lah nak menonton dalam cinema. Walaupun 15tahun dah berlalu, tapi penangan jalan cerita dia tak pernah lupa.

Poster TITANIC, 1997

Titanic yang dibintangi Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio adalah filem kedua terlaris tertinggi sepanjang masa. Masa ni lah Leonardo DiCaprio femes! Apa saja movie yang keluar kat panggung, wajib tengok walaupun jalan cerita dia BORING. Hahaha.

-------------------------------------------------------------------------
Jum ke:
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4Part 5 | Part 6 |
Korban Selamat Terakhir Titanic  
--------------------

Titanic Part 2 - Tragedi Titanic



PART 2

MENGENANG TRAGEDI TENGGELAMNYA KAPAL LAUT “TITANIC”

Kapal Titanic pada 4 April 1912. 

Tanggal 15 April 2012, genaplah 100tahun kapal Titanic karam ke dasar laut. Yelah, RMS Titanic, kapal penumpang terbesar di dunia yang dilengkapi teknologi paling canggih ketika itu dan didakwa tidak mungkin tenggelam, meninggalkan Pelabuhan Southampton, Inggris pada 10 April 2012 . Akhirnya 'tersungkur' ke dasar laut disebabkan berlanggar dengan bongkah ais, pukul 11.40 malam (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, sebelum ia tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada pukul 2.20 pagi Isnin (15 April 1912). 
Kapal Titanic karam ketika dalam pelayaran pertama dari England menuju ke New York pada 15 April 1912 menyebabkan lebih 1,500 orang maut dan ia menjadikan sejarah bencana terburuk tetapi pada masa yang sama menjadi termasyur dengan misteri karamnya Titanic.

 Ia amat mengejutkan bagi orang banyak bahwa walaupun dengan teknologi modern dan awak kapal yang berpengalaman, ternyata Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi. Kegemparan media massa yang meliput bencana, para korban Titanic, serta legenda mengenai apa yang terjadi di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut diganti. Penemuan sisa-sisa bangkai kapal Titanic yang tenggelam terpecah di dasar laut pada 1985 yang ditemukan oleh team Jean-Louis Michel dan Robert Ballard, menjadikan Titanic lebih terkenal lagi.



Kapal Titanic merupakan kapal penumpang paling mewah danterbesar yang pernah dibuat, dimiliki White Star Line, dibangun di galangan kapal Harland and Wolff di Belfast, Irlandia Utara yang dibiayai oleh hartawan Amerika, J.P Morgan dan perusahaannya International Mercantile Marine Co., dimulai pada 31 March 1909.Badan kapal Titanic selesai diproduksi pada 31 Mei 1911, dan perlengkapan dalam di selesaikan pada 31 
March 1912 . Panjang Titanic 269 meter dan lebar 28 meter , berat mati 46.328 ton, danketinggian dari permukaan air ke geladak setinggi 18 meter.

Titanic dilengkapi 2 mesin dengan 4 silinder, 3 baling-baling, dan 1 turbin Parsons bertekanan rendah yang menggerakkan 3 baling-baling. Terdapat 29 ketel dipanaskan oleh 159 perapian batu bara yang mampu menghasilkan kecepatan sampai 23 knot (43 km/j). Hanya 3 dari 4 cerobong kapal setinggi 19 meter yang berfungsi; cerobong yang ke-4 digunakan sebagai lubang udara, dan untuk memperlihatkan kehebatan kapal. Kapal Titanic mampu membawa3.547 penumpang dan awak kapal. Karena ia juga berfungsi mengirim surat, maka namanya diberi penambahan kata depan RMS (Royal Mail Steamer).






Pada waktu itu, fasilitas dan kemewahannya tidak dapat ditandingi. Ia menawarkan fasilitas kolam renang, ruang olah raga, pemandian Turki (Turki bath), perpustakaan dan gelanggang squash. Ruang kelas utama dihiasi seluruhnya dengan panel kayu, perabotan mewah danperhiasan yang indah lainnya. Ia memiliki 3 lift untuk digunakan penumpang kelas utama dan, satu inovasi pada waktu itu, 1 lift bagi penumpang kelas 2.


Titanic mempunyai 3 bahagian kelas penumpang yang dipisahkan. Kelas ke-3 juga dikenal sebagai geladak, terdiri dari kabin kecil di dek bawah, diisi oleh kebanyakan pendatang dari Inggris yang mengharapkan penghidupan lebih baik di Amerika. Kabin dan ruang kelas ke-2, terletak di bahagian belakang, memiliki fasilitas yang samadengan kelas 1 di kapal lain. Kebanyakan penumpang kelas ke-2 pada mulanya menempati kelas 1 di kapal yang lain tetapi, karena tidak tersedianya batu bara, maka dipindahkan ke Titanic. Kelas utama merupakan
 bahagian kapal yang paling mewah.



Titanic dianggap sebagai puncak arsitektur laut dan pencapaian teknologi. Ia dianggap oleh majalah Ship Builders sebagai kapal yang “hampir tidak mungkin tenggelam.” Titanic terbagi atas 16 ruang kedap air dengan pintu yang beri pengunci elektrik dan akanmenutup hanya dengan menekan satu tombol dari dek kapal; walaupun, sekat kapal tidak menghalangi keseluruhan ketinggian geladak (hanya sampai Dek-E). Titanic mampu terapung dengan baik walau 2 ruang tengah dipenuhi air atau 4
 bahagian  pertama dipenuhi air; apabila lebih dari itu maka ia akan tenggelam.

Ketika Titanic bergerak meninggalkan tempat berlabuhnya, ombak yang dihasilkan oleh kapal tersebut menyebabkan kapal penumpang New York, yang berlabuh di dekatnya, putus tali tambatnya dan tertarik hampir (sekitar 4 kaki) dari Titanic sebelum kapal tunda New York pergi. Kejadian tersebut baru berhenti setelah satu jam. Selepas menyeberangi selat Inggris, Titanic berhenti di Cherbourg,Perancis, untuk menurunkan dan mengambil penumpang tambahan dan berhenti sekali lagi di Queenstown (sekarang ini dikenal sebagai Cobh, Irlandia), sebelum meneruskan pelayaran ke New York dengan2.223 penumpang.

Pada malam Minggu, 14 April, pukul 23:40 waktu setempat, ketika Titanic berlayar di selatan Grand Banksdi Newfoundland, pengawasFredrick Fleet dan Reginald Lee melihat bongkahan gunung es yang besar tepat di depan kapal. Fleet membunyikan loceng kapal sebanyak 3 kali dan menelefon dek pengawal.
 
Opsir Pertama Murdoch langsung mengarahkan kemudi ke sisi kiri dan mengurangi kecepatan, kemudian mundurkan mesin kapal.Tabrakan ternyata tidak dapat terelakkan, dan gunung es terapung tersebut bergesekan dengan  bahagian lambung kanan kapal, dan merobek badan kapal di 4 bahagian pertama dan mematahkan paku bajadi bahagian bawah kapal yang tertutup permukaan air sepanjang sekitar 91 m.

Pintu kedap air baru berhasil menutup rapat saat air sudah keburu memasuki 5 
bahagian kedap air pertama, lebih 1  \bahagian dari apa yang dapat ditahan Titanic agar tidak tenggelam. Berat 5 bahagian kedap air yang dimasuki air menarik kapal ke bawah melebihi ketinggiandinding kedap air, kemudian air memasuki bahagian lain. Kapten Smith, merasakan guncangan hantaman itu, sesampainya ke dek pengawal dan memerintahkan berhenti sepenuhnya. Setelah pemeriksaan oleh pegawai kapten dan Thomas Andrews, sadar bahwaTitanic akan tenggelam, dan setelah tengah malam pada 15 April, perahu penyelamat disiapkan dan pengumuman keadaan darurat diberitahukan.


-------------------

Di geladak, para penumpang berlari ke arah belakang atau melompat ke laut dangan harapan dapat sampai ke perahu penyelamat. Bahagian belakang kapal perlahan-lahan terangkat ke atas, dan barang-barangyang tidak terikat berjatuhan ke laut. Sewaktu 
bahagian belakang kapal terangkat, sistem eletrik mati dan lampu ulai padam. Tidak lama kemudian, pada bahagian badan kapal yang tidak kuat menahan beban mengakibatkan Titanic pecah menjadi 2 bahagian antara 2 cerobongterakhir, dan bahagian depan tenggelam sepenuhnya. Bahagian belakang kapal langsung terhempas kembali di permukaan air dan terangkat tegak lurus. Selepas beberapa saat, pada pukul 02:20 waktu setempat,semuanya tenggelam ke laut.

Dari sejumlah 2.223 penumpang, hanya 706 penumpang yang selamat;1.517 penumpang tewas. Kebanyakan penumpang tewas disebabkan karena korban terkena hypothermia dalam air bersuhu −2 °C. Hanya2 dari 18 perahu penyelamat yang kembali untuk menyelamatkan korban yang tenggelam dalam air selepas kapal tenggelam. Perahu penyelamat nombor 4 kembali dan menyelamatkan 5 orang, 2 dari mereka kemudian tewas.

Hampir 1 jam kemudian perahu penyelamat nombor 14 kembali dan menyelamatkan 4 orang penumpang dimana 1 penumpang kemudian tewas juga. Penumpang yang lain berhasil menaiki perahu penyelamat yang terapung dari geladak.

-----------------------------------------

Kedua
 bahagian kapal tersebut tenggelam dengan cara berbeza. Bahagian depan menancap kira-kira 609 m di bawah permukaan dasar laut dan tenggelam dengan agak perlahan. Sedangkan bahagian belakang tenggelam dengan cepat ke dasar lautan; badan kapal terburai akibat terdapat udara yang terperangkap di dalam kapal. Bahagian belakang kapal menghantam dasar dengan kecepatan tinggi, terbenam jauh ke dalam lumpur.

--



Hampir 2 jam setelah Titanic tenggelam, kapal RMS Carpathia tiba di tempat kejadian, dan dalam beberapa jam kemudian mereka yang masih hidup diselamatkan. 


Jum ke:
Part 1 Part 2 | Part 3 | Part 4Part 5 | Part 6
Korban Selamat Terakhir Titanic

---------------