Kongsi Resepi

Friday, 16 March 2012

Setiap Kesulitan Pasti Ada Penyelesaiannya

Semua manusia tak lari dari masalah kan? Selapas satu masalah selesai, timbul masalah baru, walaupun kecik. Setiap masalah, ada jalan penyelesaian. Contoh macam nak balik keje tiba-tiba hujan, masalahnya, macam mana nak balik? Payung takda. Naik bas plak ni. Jalan penyelesaian samada tunggu sampai hujan reda takpun redah. Masalah juga tu. Aku pun tak lari juga dari masalah, masalah nak pilih baju pakai pergi kerja. Hahaha. Masalah juga tu..


Percayalah pada janji Allah. Sekalipun di saat kita diamuk gundah-gulana. Semuanya sudah termaktub dalam lembaran ayat suci-Nya. Bacalah surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6:  
"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al-Insyirah: 5-6)
Tentu ayat di atas sudah tak asing lagi bagi kita. Kita seringkali mendengar ayat ini, namun kadang hati kita masih saja lalai, sehingga tidak betul-betul merenungkannya. Atau mungkin kita pun belum memahaminya. Padahal jika ayat tersebut betul-betul direnungkan sungguh luar biasa faedah yang dapat kita petik. Jika kita benar-benar mentadabburi ayat di atas, sungguh berbagai kesempitan akan terasa ringan dan semakin mudah kita pikul.

Percayalah... 

"Satu kesulitan tidak mungkin mengalahkan dua kemudahan"
‘Abdullah bin Mas’ud RA pernah berkata, “Seandainya kesulitan masuk ke dalam suatu lubang, maka kemudahan pun akan mengikutinya..."

Yakinlah saudaraku...
Bahawa di balik setiap kesulitan pasti ada kemudahan yang begitu dekat. Mungkin di awal-awal kesulitan, belum datang pertolongan atau jalan keluar. Namun ketika kesulitan semakin memuncak, semakin di ujung tanduk, maka setelah itu datanglah kemudahan. Mengapa demikian ya? Itu kerana di puncak kesulitan, hati sudah begitu amat pasrah. Segala suatu telah diserahkan seluruhnya pada Allah, Rabb tempat bergantung segala urusan. Itulah yang dinamakan hakikat dari tawakkal.


Kuncinya adalah sabar. Sabar menanti adanya kelapangan adalah penyelesaian paling ampuh dalam menghadapi masalah, bukan dengan mengeluh dan berkeluh kesah.
Imam Asy Syafi’i pernah berkata dalam bait syair, 
Bersabarlah yang baik, maka niscaya kelapangan itu begitu dekat. Barangsiapa yang mendekatkan diri pada Allah untuk lepas dari kesulitan, maka ia pasti akan selamat. Barangsiapa yang begitu yakin dengan Allah, maka ia pasti akan merasakan penderitaan. Barangsiapa yang selalu berharap pada-Nya, maka Allah pasti akan memberi pertolonganNya. - 
Harini aku sharekan satu surah dari Al-Quran untuk melapangkan segala kesulitan atau masalah yang menimpa kita, InsyaALLAH moga Allah permudahkan segalanya. 


Surah Al Inshirah atau Surat Alam Nasyrah (سورة الشرح) adalah surat ke-94 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surat-surat Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Adh-Dhuha. Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bererti: bukankah Kami telah melapangkan. 






Isi Kandungan:
Penegasan tentang nikmat-nikmat Allah SWT yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, dan pernyataan Allah bahawa disamping kesukaran ada kemudahan kerana itu diperintahkan kepada Nabi agar tetap melakukan amal-amal saleh dan bertawakkal kepada-Nya.


Terjemahan Ayat:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
  2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
  3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
  4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
  5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
  6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
  7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
  8. وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Surah alam-Nasyrah dengan At-Tin
Dalam surat Alam Nasyrah, Allah SWT menjelaskan perintah kepada Nabi Muhammad SAW selaku manusia sempurna. Maka dalam surat At Tiin, diterangkan bahawa manusia itu adalah makhluk Allah yang mempunyai kesanggupan baik lahir maupun batin. Kesanggupannya itu menjadi kenyataan bilamana mereka mengikuti jejak Nabi Muhammad SAW. 


Renung-renungkan dan selamat beramal :)





Monday, 12 March 2012

Monday Bluesss

Selamat pagi. 

Nasiblah teringat hari ni hari bekerja. Terasa kejap je hari berhujung minggu berlalu. Tak puas rasanye. Lagi-lagi bila cuti sekolah da start untuk seminggu. Sentap mak pepagi kena pergi kerja. Huhu... Dulu masa sekolah, nak sangat kan habiskan cepat-cepat alam persekolah. Sekarang, dah bekerja, baru terasa rindu zaman study muda-mudi dulu. 

#Amboi! Macam dah lama je tinggal zaman U, sedangkan baru nak masuk setahun tinggalkan Uniten. :D

Mood di pagi hari Isnin untuk minggu kedua di bulan March ni, terasa lambat bebenor masa berjalan. Bulan March ni lah bulan yang paling lama. Sebab:
  • Khamis, Jumaat dan Sabtu ada 5hari dalam bulan ni.
  • Tak da cuti. Sobsob. Januari dah sebat semua cuti. 
  • Boringggg
  • Rasa gaji lambat nak dapat. ^_^

Bila adik-adik ada kat rumah sempena cuti sekolah, mood nak bekerja ke laut. Lagi tak best bila adik ajak keluar di waktu hari bekerja. Sabar naa, hujung minggu ni kite keluar. Hehe

Jum! Mood nak bekerja dah otw. Selamat bekerja yee. 

#Lagi 3minggu nak hujung bulan. TikTokTikTok   



Saturday, 25 February 2012

Korean Version

Korea? Penyanyi ataupun pelakon sekalipun, walaupun tak berapa kenal sangat, tapi fans dorang, jangan cakap la. Melayu pun ada juga yang fanatic. Hehe. Bak kata mak aku dulu la,

Kau memanglah kenal dorang, dorang tu kenal ke kau?

Huahuahua...! Menusuk kalbu perli tu. ;) Ok, stop!

Aku start layan cite korea ni masa tahun 2000, tak salah aku, Winter Sonata, 1st drama korea ditayangkan kat tv3. Punyalah semangat nak balik cepat dari sekolah, kadang-kadang tu, jejak je tanah lepas turun bas, berlari kau semata-mata tak nak lepaskan starting drama dia.



Winter Sonata

Aku nak tengok pun sebab Bae Yong Jun, hero Winter Sonata ni. Haha. Sanggup aku download full drama and burn ke CD. Huahuahua. Walaupun jalan cerita dia slow, tapi nak tengok hero punya pasal, layan kan je la.

Lepas Winter Sonata habis, diganti plak dengan drama Autumn In My Heart. Ni pun sama juga spesis dia, Hero dia juga. Hahaha. Ni pun sanggup download full drama dia. Tapi ni lagi tragis dari Winter Sonata, lagi slow cite dia, asik dok nanges jeee. Tak larat kadang-kadang nak tengok.


Autumn In My Heart

Lepas tu, muncul plak Meteor Garden. Maybe. Masa tu aku da tak layan sangat, tapi aku teringat classmate masa sekolah dulu, fanatic giler kat pelakon Meteor Garden, sebab dorang adalah penyanyi yang lengkap dengan pakej. Sanggup kawan aku beli magazine cine semata-mata ada gambar mamat-mamat MG ni walaupun sepatah haram pun kau tak faham. 

Yang aku ingat, Full House, My Girl, lagi apa ntah. #memang dah lame tak ikut perkembangan drama korea ni.

Lepas tu, muncul plak K-Pop bagai. Macam SuperJunior, #Huahuahua, tu je yang aku kenal! Ah! Macam-macam la group sekarang ni, M-Pop tak pasal-pasal pun ada juga kot? ^_^

SuperJunior


Tapi dalam banyak-banyak lagu korea aku dengar, video clip ni la yang tak pernah boring and touching sangat. Walaupun tak faham maksud dia, tapi penyampaian jalan cerita tu pun da tinggal kan kesan. Jom layan.... 

KISS - Because Im A Girl

Bila ingatkan balik, kelakar pulak masa zaman sekolah dulu. Excited bagai duk depan tv. Hehe..

Friday, 24 February 2012

Rahsia Memudahkan Rezeki

Salam Jumaat semua :)
Tak semuanya yang indah itu indah, Dan tak semuanya yang cela itu cela. Kadang-kadang yang indah boleh membawa kepada keburukan  dan keburukan itulah yang akan berakhir dengan keindahan
Hari ini adalah hari  Jumaat segala penghulu hari, aku akan sharekan rahsia untuk memudahkan rezeki. Moga-moga kite semua dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan. Amiinn....


1. Istighfar paling kurang 100kali dan jika banyak masalah bacalah 1000kali sehari atau lebih pun tidak mengapa, Insya-ALLAH akan terbuka jalan penyelesaian kepada masalah itu. Istighfar membuka segala simpulan. Apa saja yang berlaku di dalam hidup kita, kunci masalah adalah di dalam hidup kita. Kitalah puncanya, Tujan tidak menzalimi kita sebaliknya kita yang menzalimi diri kita sendiri. Istighfar adalah konsep zero minda iaitu kosongkan jiwa hanya ada Dia. Bila ada Dia di dala, hidup ini maka semua masalah akan tidak ada apa-apa. Hanya Dia yang mengaturkan semua maslaah. Serahkan kepada Allah semuanya. Buat secara istiqamah. 

2. Jika ada masalah atau mahu mendapat rezeki agar diberi jalan untuk mempermudahkan. Buat selawat selama 10hari sebanyak 1000kali sehari. Dengan niat khusus. Tapi jangan lupa solat fardhu.

3. Buat solat taubat bermula daripada titik untuk berubah buay setiap malam. Kemudian buat solat tahajjud kerana di situ banyak keistimewaan yang dijanjikan.

4. Buat solat duha jangan putus. Solat duha memang hebat sangat peranannya, rezeki melimpah ruah. Keberkatan datang, tapi jangan buat untuk dapatkan duit tetapi untuk mendapatkan keberkatan dan kasih sayang Allah. Kunci dunia ini adalah kasih sayang jika ada kasih sayang yang baik dari Allah maka Allah akan beri apa saja yang Dia mahu. 

5. Jaga dan sayangi ibu bapa macam mereka adalah raja di dalam hidup kita walaupun ibu bapa kita tidak menyukai kita. Buatlah apa saja yang boleh untuk menyayangi ibu bapa kita. Orang yang berjaya adalah orang yang menyayangi ibu bapa mereka.


Selamat beramal